Friday 15 March 2013

Barca jumpa PSG pada suku akhir Liga Juara-Juara



NYON, Switzerland 15 Mac - Pasukan pilihan Liga Juara-Juara, Barcelona dijadual berhadapan kelab kaya dari Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) pada saingan suku akhir selepas undian dilakukan di sini hari ini.
Persaingan suku akhir kali ini akan berlangsung pada 2, 3, 9 dan 10 April.
Undian lain menyaksikan kelab gergasi Jerman, Bayern Munich diundi menentang pendahulu liga Itali, Juventus manakala juara sembilan kali Real Madrid akan berhadapan kelab dari Turki, Galatasaray.
Satu lagi kelab dari Sepanyol, Malaga diundi menentang Borussia Dortmund dari Jerman dengan perlawanan pusingan pertama berlangsung di Sepanyol. - AFP
Undian Suku Akhir Liga Juara-Juara
Paris Saint-Germain (FRA) lwn Barcelona (ESP)
Malaga (ESP) lwn Borussia Dortmund (GER)
Real Madrid (ESP) lwn Galatasary (TUR)
Bayern Munich (GER) lwn Juventus (ITA)


No comments:

Post a Comment