Thursday 21 March 2013

Bola Kampung masuk pawagam



SALAH satu adegan dalam filem Bola Kampung The Movie.


SELEPAS diberi kepercayaan menyanyikan lagu tema filem Savages arahan Oliver Stone tahun lalu, Yuna sekali lagi diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu tema filem animasi The Croods berjudul Shine Your Way yang mula ditayangkan di seluruh dunia hari ini.
Filem terbitan Dreamworks Animation itu menceritakan kehidupan sebuah keluarga pada zaman prasejarah yang terpaksa berhijrah ke tempat baharu setelah tempat tinggal mereka musnah.
Selain The Croods, sebuah lagi filem animasi tempatan Bola Kampung The Movie juga menemui penonton cilik hari ini.
Filem yang meminjam suara daripada barisan pelakon terkenal seperti Ezlynn, Afdlin Shauki, Marsha Milan Londoh dan Aznil Nawawi itu menceritakan pengembaraan Iwan bersama rakan-rakannya ke dunia maya demi menyelamatkan kerajaan yang diancam virus.
Mengubat kerinduan peminat tegar filem Gila-Gila Remaja tahun 1985, sebuah sekuel arahan V. Nagaraj berjudul Gila-Gila Remaja 2 kembali ke pawagam minggu ini.
Turut menemui kaki wayang minggu in ialah filem seram Side Effects dan filem biografi muzikal Andrea Bocelli: Love In Portofino.

No comments:

Post a Comment