Monday 18 March 2013

China pengeksport senjata kelima terbesar

18/03/2013 6:42pm

BEIJING — China kini merupakan pengeksport senjata kelima terbesar di dunia, menurut Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI) semalam.
Menurut SIPRI, jumlah eksport senjata China antara 2008 hingga 2012 melonjak 162 peratus berbanding tempoh lima tahun sebelumnya.
Negara tembok besar itu menggantikan Britain dalam senarai lima negara pengeksport senjata utama dunia yang didominasi oleh Amerika Syarikat dan Rusia. - Reuters

No comments:

Post a Comment