Wednesday 20 March 2013

Cuaca sejuk cabaran Harimau Muda



KIM SWEE (berdiri, tengah) bergambar bersama pemain-pemain Harimau Muda di Hotel Saujana, Petaling Jaya pada 12 Mac lalu.


FAKTOR cuaca yang sejuk dilihat menjadi cabaran utama skuad Harimau Muda sepanjang berguru di benua Eropah, Slovakia.
Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee memberitahu, ketika ini anak-anak buahnya mula menyesuaikan diri dengan situasi berkenaan.
"Pemain makin selesa setelah menjalani latihan buat kali ketiga.
"Cuaca yang amat sejuk serta berangin merupakan cabaran utama buat pemain," kata Kim Swee menerusi Twitter peribadinya semalam.
Skuad Harimau Muda yang berlepas dari ibu negara minggu lalu bakal menjalani dua perlawanan persahabatan sepanjang berada di Slovakia sebelum menyertai Kejohanan Universiti Dunia di Kazan.
Mereka bakal menentang skuad bawah 19 tahun (B-19) Slovakia di Vion, Sabtu ini sebelum berdepan B-21 Georgia di Vienna, Austria tiga hari kemudian.
Kim Swee memberitahu, beliau kini menumpukan fokus pada benteng pertahanan sepanjang mengendalikan latihan.
Seperti sedia maklum, kali ini mereka tidak disertai Wan Zack Haikal Wan Nor dan Nazirul Naim Che Hashim yang akan menyertai kelab Jepun, Ryukyu FC dalam masa terdekat.
"Mohamad Fadhli Shas pula akan menyertai kami di Slovakia selepas perlawanan persahabatan antara Harimau Malaya dan Palestin pada 28 Mac nanti," jelasnya.

No comments:

Post a Comment