Monday 18 March 2013

Gadis Korea ketagih darah


PERKARA yang paling hampir dengan sifat puntianak yang suka menghisap darah kita boleh kaitkan ialah nyamuk, lintah atau kelawar.
Namun, seorang wanita yang cantik dari Korea baru-baru ini menggemparkan dunia apabila video yang dimuat-naik di dalam Youtube mendedahkan gaya hidupnya yang obses dengan darah!
Jangan risau, tiada manusia yang terkorban dalam memenuhi tuntutan wanita ini. Menerusi video oleh Maspeople X Files, wanita ini menggunakan darah rusa dalam hidangan makanan dan minumannya.
Video tersebut menunjukkan ‘puntianak’ Korea itu membawa bersama darah rusa yang segar ke mana saja supaya dia dapat mencampurkan hidangannya dengan darah tersebut.
Selalunya, dia akan memesan daging mentah lalu menuang darah yang dibawanya. Malah, hidangan lain seperti mi juga dicampurkan dengan darah rusa.
Dia juga jarang keluar pada siang hari kerana lebih gemar berjalan-jalan pada waktu malam, sama seperti puntianak.
Selain itu, dia juga sering mandi dan mencuci mukanya menggunakan darah segar sebagai ritual penjagaan wajah dan kulit.
Mungkin ada yang meragui wanita Korea ini sekadar mengejar populariti dengan menggunakan darah palsu, tetapi mungkin juga dia menghidap gangguan darah, ‘porphyria’ di mana pesakit perlu minum darah setiap hari.
Walaupun tiada bukti kukuh obsesi wanita cantik ini, sejarah membuktikan ada wanita yang berkelakuan sepertinya.
Countess Elizabeth Bathory dari Hungary dituduh membunuh beratus-ratus anak dara dan mengambil darah mereka untuk dibuat air mandian.

No comments:

Post a Comment