Monday 18 March 2013

Gol ke-200 Lampard bantu Chelsea atasi West Ham


LONDON 18 Mac - Frank Lampard menjaringkan gol ke-200 bersama Chelsea dan membantu kelab "Blue" melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris selepas menang 2-0 ke atas West Ham di Stamford Bridge semalam.
Gol kedua Chelsea dijaringkan oleh Eden Hazard sekali gus meletakkan kelab bimbingan Rafael Benitez itu dengan kelebihan satu mata berbanding Tottenham yang sebelum itu tewas kepada Fulham, di tangga keempat liga.
Keputusan perlawanan yang berlangsung Ahad:
Chelsea 2 - West Ham United 0
Sunderland 1 - Norwich City 1
Tottenham Hotspur 0 - Fulham 1
Wigan Athletic 2 - Newcastle United 0

No comments:

Post a Comment