Saturday 23 March 2013

Grand Prix Malaysia: Vettel terpantas sesi kelayakan


PELUMBA Red Bull, Sebastian Vettel melambaikan tangan kepada penonton selepas berjaya mencatatkan masa terpantas pada sesi kelayakan perlumbaan Formula Satu Grand Prix Malaysia, di Litar Antarabangsa Sepang, dekat Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/HAFIZ JOHARI
SEPANG 23 Mac - Pelumba Red Bull, Sebastian Vettel mencatatkan masa terpantas pada sesi kelayakan yang berlangsung hari ini dalam cuaca hujan sekali gus akan memulakan perlumbaan Grand Prix Malaysia di petak pertama esok.
Pada sesi kelayakan tersebut, juara dunia tiga kali itu mencatat masa 1 minit 49.674 saat meninggalkan dua pelumba Ferrari, Felipe Massa yang akan memulakan saingan esok di petak kedua dan Fernando Alonso di petak ketiga. - AFP

No comments:

Post a Comment