Thursday 21 March 2013

GTP, ETP eksperimen paling berani


NAJIB sewaktu berucap menyampaikan hasil laporan ETP dan GTP di Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR - Perancangan dan pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) ialah satu eksperimen paling berani kerajaan dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban terhadap rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, inisiatif yang dilaksanakan di bawah GTP dan ETP yang masing-masing diperkenalkan pada tahun 2010 dan 2011 turut membuktikan iltizam kerajaan membangunkan negara dan seterusnya memastikan matlamat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dapat dicapai.
"Melalui GTP dan ETP rakyat boleh menilai prestasi kerajaan iaitu menerusi laporan tahunan dan berkala yang dikeluarkan dari semasa ke semasa," kata beliau dalam blognya www.1malaysia.com semalam.
Najib membentangkan laporan tahunan GTP dan ETP kelmarin.
Beliau berkata, kejayaan yang dicapai juga hasil kerja keras semua pihak, daripada rakyat sehinggalah kepada pihak swasta dan penjawat awam.
"Alhamdulillah, dalam laporan tahunan GTP dan ETP yang saya bentangkan, banyak kejayaan yang telah kita kecapi.

No comments:

Post a Comment