Monday 25 March 2013

Harimau Malaya ambil serius perlawanan amal dengan Palestin


JURULATIH skuad skuad bola sepak kebangsaan, K. Rajagobal (kanan) berjabat tangan dengan jurulatih Palestin, Jamal Mahmoud selepas sidang akhbar perlawanan persahabatan amal antara kedua-dua pasukan di Kuantan hari ini. - UTUSAN
KUANTAN 25 Mac - Skuad Harimau Malaya akan memberikan persembahan terbaik pada perlawanan bola sepak amal antarabangsa menentang skuad Palestin di Stadium Darul Makmur walaupun ketiadaan beberapa pemain utama di sini malam esok.
Jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal berkata, ketiadaan pemain-pemain tersebut disebabkan terdapat beberapa pemain Kelantan dan PKNS dalam skuad kebangsaan akan beraksi pada perlawanan pusingan kedua Piala FA yang berlangsung malam ini.
Menurutnya, antara pemain tersebut ialah Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Helmi Reneli, Mohd. Shakir Shari dan Mohd. Badhri Radzi atau Piya.
Tambahnya, selain itu, pemain sayap, Wan Zack Haikal Wan Noor tidak dapat beraksi kerana akan berangkat ke Jepun hari ini manakala penyerang kebangsaan, Noorshahrul Idlan Talaha mempunyai komitmen keluarga ketika perlawanan itu.
"Ketiadaan beberapa pemain tidak menghalang skuad kebangsaan untuk meneruskan momentum selepas meraih kejayaan menewaskan Yemen 2-1 di ibu negara minggu lalu.
"Saya memberitahu kepada para pemain bahawa semua perlawanan yang disertai amat penting termasuk perlawanan amal ini kerana ia akan menjadi panduan kepada mereka dalam memperbaiki mutu permainan," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar mengenai perlawanan amal tersebut di sini hari ini. -

No comments:

Post a Comment