Tuesday 19 March 2013

justin Bieber buat hal lagi


Sejak akhir-akhir ini Justin Bieber sering berhadapan dengan pelbagai masalah.
PELBAGAI hal yang berlaku kepada penyanyi terkenal Justin Bieber, 19, dalam tempoh seminggu lalu.
Hinggakan bekas kekasihnya, Selena Gomez ketawa besar apabila membaca berita tentang penyanyi yang dianggapnya masih berperangai kebudak-budakan itu.
Apa tidaknya, belum selesai kisah dia pengsan selepas mengadakan konsert di London, timbul pula masalah baru yang dicipta oleh penyanyi lagu Boyfriend itu.
Kali ini, Bieber, dikhabarkan membatalkan satu daripada dua konsertnya yang dijadualkan berlangsung di Portugal minggu lepas.
Namun demikian, menurut laporan Reuters, pembatalan konsert di Lisbon itu mungkin tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kejadian yang menimpa Bieber.
Sewaktu di London, Bieber pengsan dan mengambil masa 20 minit untuk sedar selepas diberi bantuan oksigen serta terpaksa bermalam di hospital.
"Keadaan itu memang tidak diduga. Kali ini Bieber telah dipaksa untuk membatalkan konsert tersebut. Memang dia (Bieber) tidak sabar-sabar menghiburkan peminatnya di Portugal.
"Kepada semua yang sudah membeli tiket juga berhak mendapatkan bayaran balik jika diminta dalam tempoh sebulan," menurut kenyataan Pavilhao Atlantico yang dipetik Reuters.
Dalam pada itu, wakil Bieber di Amerika Syarikat masih tidak dapat mengeluarkan sebarang komen mengenai keadaan itu.

No comments:

Post a Comment