Sunday 24 March 2013

Keghairahan penghuni taman buat sekatan sebabkan pergaduhan



BALING 24 Mac - Keghairahan penghuni taman perumahan membuat sekatan atau menutup jalan untuk mencegah jenayah tanpa merujuk pihak berkuasa telah menyusahkan masyarakat umum dan menyebabkan berlaku pergaduhan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, perbuatan segelintir komuniti taman perumahan menutup jalan-jalan yang digunakan orang ramai adalah salah.
Katanya, beliau menerima banyak aduan daripada orang ramai yang tidak puas hati dengan tindakan segelintir komuniti menyekat jalan-jalan awam di kawasan perumahan yang digunakan oleh orang ramai.
"Perlu diingatkan setiap kejiranan dalam komuniti, sebelum memasang pintu pagar keselamatan atau membuat sekatan di jalan awam mesti mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlebih dahulu.
"Syarat lain ialah pintu pagar mesti dikawal 24 jam supaya tidak berlaku pergaduhan," katanya kepada pemberita selepas melakukan pecah tanah cadangan pembinaan mini stadium Majlis Daerah Baling dan perasmian Kejohanan Futsal Terbuka majlis itu di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment