Saturday 23 March 2013

Kelayakan Piala Dunia 2014: Portugal seri 3-3 dengan Israel


23/03/2013 3:43am

PARIS - Portugal berdepan tugas sukar mengesahkan kelayakan automatik ke Piala Dunia selepas seri 3-3 dengan Israel semalam.
Pasukan Christiano Ronaldo itu kini ketinggalan empat mata di belakang pendahulu Kumpulan F, Rusia.
Rusia pula berharap menjauhkan lagi jurang tersebut dengan menewaskan Ireland Utara pada satu lagi per lawanan kumpulan itu semalam.
Namun, anak buah Fabio Capello itu perlu menunggu 24 jam lagi ekoran salji tebal turun yang menyukarkan per lawanan di padang Stadium Windsor Park, Belfast.
Gol Portugal dijaringkan oleh Bruno Alves, Helder Psotiga dan Fabio Coentrao, manakala jaringan Israel dicipta oleh Tomer Hemed, Eden Ben Basat dan Rami Gershon.
Kedudukan seri menyebabkan Portugal dan Israel terikat lapan mata selepas lima perlawanan.
Namun, hanya pendahulu kumpulan yang dijamin tempat pada final Piala dunia di Brazil pada 2014.

No comments:

Post a Comment