Monday 25 March 2013

Kemaluan dua beranak yang dipotong berjaya disambung


KUALA TERENGGANU 25 Mac - Pasukan pakar perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) berjaya menyambung semula kemaluan seorang bapa dan anaknya yang putus selepas dikerat oleh pemuda itu semalam, ekoran ajaran sesat dipelajarinya melalui internet.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, pihak hospital bagaimanapun belum dapat memastikan sama ada kemaluan yang disambung pada hari sama itu boleh berfungsi seperti biasa.
Menurut beliau, suspek berusia 40-an dikatakan kini stabil manakala bapanya yang berusia 67 tahun masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut.
"Kami akan memastikan suspek ditahan reman dan disoal-siasat sebaik sahaja dia pulih sepenuhnya, selain merujuk lelaki itu kepada pakar psikiatri.
"Polis juga mungkin membawa kes ini untuk rujukan pakar agama kerana kita tidak tahu sejauh mana pengaruh yang telah dibawa oleh suspek.
"Pada masa sama, polis akan menyiasat ahli keluarga lain untuk mengetahui pembabitan mereka memandangkan mangsa telah dipukul sebelum kemaluannya dipotong," katanya di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi semalam di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya, Dungun di sini, suspek yang dipercayai mempelajari ilmu sesat telah memotong kemaluan bapanya sebelum kemaluannya sendiri.
Suspek dikatakan turut menyuruh abang iparnya memotong kemaluan sendiri namun lelaki itu melarikan diri.

No comments:

Post a Comment