Thursday 21 March 2013

Konsert pertama Gun N' Roses di Malaysia sempena F1


KUALA LUMPUR 21 Mac - Kumpulan rock popular dari Amerika Syarikat, Gun N’ Roses buat pertama kalinya akan mengadakan persembahan di negara ini sempena perlumbaan F1 yang akan diadakan di Helipad, Sepang Ahad ini, pukul 9 malam.
Gun N’ Roses yang akan menampilkan penyanyi utamanya, Axl Rose dijemput mengadakan konsert yang dijangka mampu menarik sehingga 20,000 penonton itu pada acara penutup perlumbaan di litar itu.
Sebelum kumpulan rock yang ditubuhkan pada tahun 1980-an itu mengadakan persembahan, dua kumpulan rock tempatan iaitu Estranged dan Twilight Action Girl akan muncul sebagai artis pembuka tirai konsert tersebut

No comments:

Post a Comment