Sunday 10 March 2013


LAHAD DATU 10 Mac - Dua anggota keselamatan cedera selepas ditembak pengganas Sulu ketika melakukan operasi di Kampung Tanjung Batu di Tanjung Labian di sini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dalam kejadian antara pukul 8 malam tadi dan 4 pagi hari ini, seorang anggota keselamatan mengalami kecederaan di paha manakala seorang lagi cedera di betis.
"Malam tadi semasa menjalankan operasi di Tanjung Batu pasukan keselamatan telah ditembak pengganas Sulu secara serangan hendap dalam tempoh yang agak panjang.
"Jadi daripada sini jelas apa yang dicakap pihak Filipina tidak benar kerana dalam mereka mengatakan mahu meletak senjata tetapi masih lagi menembak anggota keselamatan kita," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurutnya, kedua-dua mangsa berumur 25 tahun dan bertugas di Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri telah dihantar ke Hospital Duchess of Kent di Sandakan untuk rawatan lanjut.
Dalam pada itu, beliau berkata, pada masa ini pasukan keselamatan masih meneruskan operasi dan tumpuan diberikan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu.



No comments:

Post a Comment