Sunday 24 March 2013

LIMA 13 catat sejarah penyertaan terbesar syarikat tempatan


24/03/2013 10:34pm

LANGKAWI - Sebanyak 226 syarikat tempatan mengesahkan penyertaan dalam Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi ke-13 (LIMA 13) kali ini, menjadikannya penyertaan terbesar dalam kalangan syarikat tempatan sejak acara dwitahunan itu mula diperkenal pada 1991.
Pengarah Urusan HW LIMA Sdn. Bhd., Ahmad Dzuhri A. Wahab berkata, peningkatan penyertaan syarikat tempatan merupakan satu perkembangan yang baik berbanding LIMA 11, iaitu sebanyak 178 syarikat, sekali gus membuktikan perkembangan positif industri maritim dan aeroangkasa negara.
"Penyertaan syarikat tempatan amat menggalakkan berbanding LIMA 11. Ia merupakan salah satu sasaran kita yang mana ingin menarik seberapa banyak penyertaan syarikat tempatan, selain penyertaan syarikat antarabangsa pada kali ini sebanyak 207 syarikat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ahmad Dzuhri berkata penyertaan lebih 400 syarikat dari dalam dan luar negara jelas membuktikan LIMA 13 bukan sahaja platform pameran inventori ketenteraan sebaliknya ia membuka peluang perniagaan antara syarikat tempatan dan antarabangsa. - Bernama

No comments:

Post a Comment