Friday 22 March 2013

Malaysia bermula garang GANDINGAN Boon Heong (kiri) dan Kien Keat melengkapkan kemenangan 4-0 Malaysia ke atas Filipina pada aksi pembukaan di Surabaya, Indonesia semalam. SKUAD badminton negara meraih mata penuh apabila mudah menewaskan Filipina 4-0 pada aksi pembukaan Kejohanan Badminton Piala Axiata 2013 yang berlangsung di Surabaya, Indonesia semalam. Pemain perseorangan wanita, Tee Jing Yi yang turun sebagai 'orang' pertama pada kejohanan berpasukan ini terlebih dahulu meraih mata pertama selepas menewaskan Bianca Y. Carlos 21-12, 21-8. Kemudian, tugas kedua diberikan kepada perseorangan lelaki, Liew Daren dan pemain berusia 26 tahun itu turut meraih kemenangan 21-13, 21-15 untuk menundukkan Antonio Benjamin Gadi. Malaysia terus meraih mata ketiga apabila beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menewaskan Ronel Estanislao-Malvinne Alcala 21-14, 21-6. Mata keempat negara dilengkapkan oleh gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong setelah beregu No. 2 dunia itu mencatatkan kemenangan 21-12, 21-13 ke atas Paul J. Vivas-Peter Gabriel Magnaye. Dalam perlawanan lain, Indonesia menundukkan Vietnam 4-0, Pilihan Bintang Eropah pula tewas kepada Singapura 1-3 manakala Thailand menumpaskan Pilihan Bintang Asia 3-1. Saingan hari ini akan menyaksikan Malaysia bakal menentang Thailand, diikuti juara bertahan, Indonesia (esok) sebelum berdepan Pilihan Bintang Eropah, Ahad ini.

Malaysia bermula garang


GANDINGAN Boon Heong (kiri) dan Kien Keat melengkapkan kemenangan 4-0 Malaysia ke atas Filipina pada aksi pembukaan di Surabaya, Indonesia semalam.


SKUAD badminton negara meraih mata penuh apabila mudah menewaskan Filipina 4-0 pada aksi pembukaan Kejohanan Badminton Piala Axiata 2013 yang berlangsung di Surabaya, Indonesia semalam.
Pemain perseorangan wanita, Tee Jing Yi yang turun sebagai 'orang' pertama pada kejohanan berpasukan ini terlebih dahulu meraih mata pertama selepas menewaskan Bianca Y. Carlos 21-12, 21-8.
Kemudian, tugas kedua diberikan kepada perseorangan lelaki, Liew Daren dan pemain berusia 26 tahun itu turut meraih kemenangan 21-13, 21-15 untuk menundukkan Antonio Benjamin Gadi.
Malaysia terus meraih mata ketiga apabila beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menewaskan Ronel Estanislao-Malvinne Alcala 21-14, 21-6.
Mata keempat negara dilengkapkan oleh gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong setelah beregu No. 2 dunia itu mencatatkan kemenangan 21-12, 21-13 ke atas Paul J. Vivas-Peter Gabriel Magnaye.
Dalam perlawanan lain, Indonesia menundukkan Vietnam 4-0, Pilihan Bintang Eropah pula tewas kepada Singapura 1-3 manakala Thailand menumpaskan Pilihan Bintang Asia 3-1.
Saingan hari ini akan menyaksikan Malaysia bakal menentang Thailand, diikuti juara bertahan, Indonesia (esok) sebelum berdepan Pilihan Bintang Eropah, Ahad ini.

No comments:

Post a Comment