Wednesday 20 March 2013

Nadi Malaysia maju

Kuala Lumpur: Greater Kuala Lumpur/ Klang Valley Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang (Greater KL/KV) mencatat tahap pencapaian cemerlang ke arah merealisasikan matlamatnya dan menjadi nadi Malaysia serta komponen penting untuk transformasi Malaysia kepada negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Paling penting ialah kemajuan besar di bawah projek Transit Laju Massa Lembah Klang (Klang Valley Mass Rapid Transit KV MRT) dan InvestKL mengatasi sasarannya bagi 2012.

Kerja pemerolehan tanah di bawah projek KVMRT kini mencapai 94 peratus selesai dan MRT Corp telah menganugerahkan semua 41 pakej tender awam bagi kerja kejuruteraan awam yang diperlukan.

Kerja pembinaan juga bermula tahun lalu dengan memfokuskan penyiapan kerja lanjutan dan awal bagi stesen bertingkat serta bawah tanah yang utama.

Manakala, Invest KL bertindak sebagai agensi pelaksanaan utama bagi EPP1 pula berjaya menarik 11 Syarikat Multinasional ke Greater KL/KV tahun lalu, sekali gus mewujudkan 1,393 peluang pekerjaan.


Perkhidmatan Kewangan

Industri perkhidmatan kewangan domestik memainkan peranan penting dalam memastikan kemampanan ekonomi Malaysia dan menyumbang 11.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2011, berkembang pada purata 7.5 peratus dalam tempoh 2006 hingga 2011.

Tahun lalu, sektor ini menunjukkan prestasi cemerlang dengan pembangunan pasaran modal utama. Bank pula terus memiliki modal yang mencukupi, membuktikan kualiti aset yang utuh dan terus melaporkan keuntungan tertinggi selain terus berkembang di luar Malaysia.

Di bawah NKEA Perkhidmatan Kewangan untuk EPP 1 yang memfokuskan usaha mencergaskan pasaran ekuiti Malaysia, pasaran kita menunjukkan prestasi cemerlang meskipun berlatarkan ketidaktentuan dalam ekonomi dan pasaran dunia.

Tarikan pasaran turut menyaksikan pelabur asing muncul sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia sehingga akhir Disember 2012. Pelepasan saham GLIC semakin rancak dan memuncak dengan penyenaraian beberapa IPO terbesar dunia, iaitu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) dan Integrated Healthcare Holdings Bhd.

Penyenaraian FGVH dan IHH masing-masing meraih modal RM9.9 bilion dan RM6.3 bilion, sekali gus melonjakkan permodalan pasaran Bursa Malaysia sebanyak RM39 bilion.

Selain itu, untuk mempercepat pertumbuhan industri pencen swasta, pelancaran Skim Persaraan Swasta (PRS) pelan simpanan persaraan sukarela menandakan titik tolak penting dalam memudahkan pertumbuhan industri pencen swasta. PRS dirangka oleh penyedia dana sektor swasta dan dilesenkan serta diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).


Program TUKAR

Sektor Pemborongan dan Peruncitan mencatatkan kemajuan ketara tahun lalu dan dalam beberapa bidang, melepasi sasaran ditetapkan.

Transformasi kedai runcit melalui program Projek Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) terus mencipta kejayaan besar berikutan pembukaan 568 kedai yang melepasi sasaran awal sebanyak 500 kedai.

Ini membawa kepada jumlah yang ditransformasikan setakat ini kepada 1,087 kedai dengan purata kenaikan pendapatan sebanyak 30 peratus selepas menyertai program berkenaan.

Projek Pemodenan Bengkel Automotif (Atom) turut melepasi sasaran 50 bengkel yang ditetapkan bagi tahun 2012 dengan kejayaannya mengubah 110 buah bengkel pada tahun itu. Secara kumulatif dari tahun 2011, sejumlah 165 bengkel telah diubah hingga kini di bawah projek ini.

Makan Bazaar yang pertama, yang terletak di Mall of Medini mula beroperasi sejak pertengahan tahun 2012. Bazar yang berkeluasan 180,000 kaki persegi ini menampilkan 18 kedai makanan dan minuman (F&B) serta enam kios yang berupaya memenuhi keperluan lebih 1,000 pelanggan.


Pelancongan

Pendekatan pelbagai aspek dalam mencergaskan semula industri pelancongan mencatatkan beberapa pencapaian utama. Kuala Lumpur diiktiraf menduduki tangga keempat dalam tinjauan oleh rangkaian berita global, CNN Travel berkaitan 10 bandar beli-belah terbaik dunia, mendahului hab beli-belah yang telah lama terkenal seperti Paris, Hong Kong dan Dubai pada tahun 2012.

Pencapaian hebat Kuala Lumpur itu adalah hasil gabungan mantap pengalaman membeli-belah berkualiti tinggi pada harga berpatutan. Aspek berkenaan menjadikan Malaysia memperoleh markah penuh untuk dinilai.

Bandar raya Kuala Lumpur juga dinobatkan sebagai destinasi membeli-belah kedua terbaik di Asia Pasifik oleh Indeks Globe Shopper yang diwujudkan oleh Economist Intelligence Unit iaitu sebahagian daripada Economist Group dan dibiayai oleh Global Blue, iaitu syarikat pelancongan membeli-belah yang berpangkalan di Switzerland.

Di samping itu, 45 acara mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE) utama dengan saiz minimum 650 perwakilan telah diperoleh bagi tahun 2012, sekali gus menarik sejumlah 61,659 perwakilan dan pendapatan anggaran sebanyak RM 597 juta. Pencapaian ini adalah peningkatan 100 peratus dalam jumlah perwakilan dan pendapatan yang dijana berbanding tahun 2011.

Satu daripada acara utama yang diperoleh ialah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) ke-127. Acara ini, bakal dianjurkan di Kuala Lumpur pada tahun 2015 dan dijangka menerima kira-kira 1,500 perwakilan antarabangsa termasuk ahli-ahli kehormat IOC serta seramai 1,500 ahli tambahan daripada media antarabangsa.


Elektrikal dan Elektronik

Bidang Elektrikal dan Elektronik (E&E) menyaksikannya sebagai industri penggerak utama ekonomi Malaysia yang menarik minat pelabur asing dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Hasilnya, NKEA E&E mengambil langkah penting untuk menggerakkan industri pada rantaian nilai lebih tinggi bagi meningkatkan daya saingnya dalam pasaran global, dan pada masa yang sama melindungi industri dari gangguan.

Ia sekali gus mewujudkan EPP yang dikelompokkan semula dan empat EPP baru diperkenalkan. Empat projek baru di bawah EPP 2.0 termasuk pembangunan sistem keseimbangan bagi solar fotovolta (pv), meningkatkan industri sistem terbenam, memangkinkan pengilangan komponen kenderaan elektrik menyokong penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) Rel Serantau.

Di samping itu, di bawah EPP 11, National Instruments dalam kerjasama dengan pihak kerajaan mewujudkan makmal perkhidmatan kongsi di Taman Teknologi Malaysia

No comments:

Post a Comment