Friday 22 March 2013

Pengganas Kiram mengaku dibayar


ANGGOTA polis mengawal ketat salah seorang dari lapan pengganas Kiram selepas didakwa di Mahkamah Tinggi, Tawau, Sabah, semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN
TAWAU 21 Mac - Seorang lelaki pengikut kumpulan pengganas Kiram yang dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendakwa tindakannya menceroboh Lahad Datu adalah kerana diarah dan dibayar oleh seseorang.
Holland Kalbi yang menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana menganggotai kumpulan pengganas turut menyifatkan tindakannya itu sebagai bodoh.
Bagaimanapun Hakim P. Ravinthran menjelaskan pengakuan itu tidak direkodkan kerana tertuduh tidak diwakili peguam bela manakala prosiding berkenaan hanya untuk membacakan pertuduhan kepada tertuduh-tertuduh bagi mencatatkan sama ada mereka memahaminya atau tidak.

No comments:

Post a Comment