Saturday 16 March 2013

Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia jumpa Australia di perlawanan akhir


PEMAIN negara, Faizal Saari menjaringkan gol melalui pukulan penalti pada minit-minit terakhir untuk menyamakan kedudukan dalam perlawanan dengan India di Stadium Azlan Shah, Ipoh hari ini. - UTUSAN
IPOH 16 Mac - Malaysia mara ke perlawanan akhir kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah untuk bertemu Australia dengan bekalan rekod tanpa kalah selepas seri 2-2 dengan India di Stadium Azlan Shah di sini malam ini.
Skuad negara layak sebelum perlawanan terakhir peringkat awal itu bermula selepas pendahulu kedudukan, Australia menang 3-2 ke atas New Zealand, yang menjadi pesaing terdekat anak-anak buah Paul Revington, dalam perlawanan petang tadi.
Kekalahan juara edisi lalu, New Zealand itu memaksa mereka untuk bersaing merebut tempat ke-3/4 dengan Korea Selatan.
India pula akan bertemu musuh tradisi mereka, Pakistan dalam persaingan tempat ke-5/6.
Semua perlawanan akan berlangsung esok

No comments:

Post a Comment