Friday 15 March 2013

Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia seri dengan Pakistan

PEMAIN negara, Faizal Saari (kanan) melepaskan pukulan sambil cuba dihalang pemain Pakistan, Muhammad Irfan ketika perlawanan Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Azlan Shah, di Ipoh malam ini. - UTUSAN/ROY AZIS ABD AZIZ
IPOH 14 Mac - Kedudukan Malaysia ke perlawanan akhir belum terjamin apabila seri 2-2 dengan Pakistan dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-22 di Stadium Azlan Shah di sini malam ini.
Malaysia yang mengekalkan rekod tanpa kalahnya dalam empat perlawanan berjaya mengutip lapan mata berada di tangga kedua dan perlu menang ke atas India Sabtu ini untuk ke mara ke final.
Dalam satu lagi perlawanan, Korea Selatan berjaya mengikat Australia 3-3. Bagaimanapun skuad Kanggaroo itu kekal di tangga teratas dengan kelebihan jumlah jaringan berbanding Malaysia.

No comments:

Post a Comment