Friday 22 March 2013

Raja Azmi dedah "anak ikan" baharu


KUALA LUMPUR 22 Mac - Produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman akhirnya mendedahkan "anak ikan" baharunya untuk membintangi filem terbaru terbitan JAS Productions berjudul Anak Ikan.
Beliau berkata, "anak ikan" baharunya itu akan mendukung watak utama dalam filem arahan menantu beliau, Shahdan Hashim yang dijangka akan memulakan penggambaran selepas April nanti.
Menurut Raja Azmi, "anak ikan" beliau bukanlah berbangsa Melayu tetapi beliau yakin hero filem Anak Ikan yang menelan belanja hampir RM1 juta itu mampu memberikan satu lakonan yang memuaskan.
"Setelah berbincang dengan pengarah filem, kami mengambil keputusan bahawa Davin Singh, anak jati Kuala Lumpur merupakan orang yang sesuai untuk mendukung watak utama dalam Anak Ikan," katanya dalam temu bual secara eksklusif dengan Utusan di rumah beliau, di sini hari ini.
Beliau berkata, biarpun Davin tidak mempunyai pengalaman dalam bidang lakonan, namun beliau telah menyerahkan tanggungjawab untuk mendidik dan mengasah bakat lakonan pemuda itu di tangan Khir Rahman.
Selain Davin, Raja Azmi berkata, pihaknya bakal mengadakan sesi pemilihan pelakon wanita yang akan digandingkan dengan Davin dan pelakon-pelakon lain untuk filem Anak Ikan dalam waktu terdekat ini.
Filem Black Widow Wajah Ayu, Cinta 200 Ela, Haru Biru, ... Dalam Botol merupakan antara filem terbitan Raja Azmi.
Filem Anak Ikan, kata Raja Azmi lagi, adalah sebuah filem puaka yang diangkat daripada naskah cerpen dan diolah dan digarap untuk medium layar lebar. -

No comments:

Post a Comment