Tuesday 12 March 2013

Taiping bandar warisan

Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang dan Selama yang berusia 115 tahun ini pernah menjadi ibu pejabat pentadbiran British di Tanah Melayu.
SELEPAS tamatnya Perang Larut pada 1874, nama bandar Klian Pauh telah ditukar kepada Taiping. Nama yang berasal daripada perkataan Cina ‘Tai-Peng’ itu bermaksud aman selama-lamanya.
Sesuai dengan maksud namanya, suasana aman, damai boleh dirasai dan amat sesuai bagi mereka yang ingin lari sebentar daripada kesibukan hidup di kota.
Terletak di atas permukaan muka bumi yang tinggi terutama di bahagian Bukit Larut menjadikan Taiping sebagai kawasan yang paling lembap di Malaysia dengan menerima taburan hujan sekitar 4,000 milimeter setahun.
Lebih unik, bandar yang pernah menjadi ibu negeri bagi Perak itu kaya dengan pelbagai sejarah dan budaya.
Ekoran itu, Taiping telah mendapat pengiktirafan sebagai bandar warisan apabila Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menyenaraikan 31 bangunan dan tempat di bandar itu sebagai tertua di Malaysia.
Ikuti laporan wartawan S2, SITI NURAZLINA JAMALUDIN serta jurugambar FAIRUZ IZYANA AYUB meninjau sejauh mana kelebihan itu masih mampu menghidupkan bandar warisan itu sekali gus menjadi destinasi pelancongan utama di Perak.

No comments:

Post a Comment