Tuesday 16 April 2013

7 Negara Yang Mempunyai Kelajuan Internet Paling Pantas

Ni antara 7 negara yang mempunyai kelajuan internet paling pantas .. perhh memang masyukk la law laju macam negara korea ni.. dipetik dari facebook

internet paling pantas

1. Switzeland
Sebuah negara Eropah yang terkenal dengan jam yang mempunyai kualiti ini mempunyai kepantasan capaian pada purata 7.3 Mbps.Pada kelajuan sebegini ianya cukup pantas walhal pengguna internet berada dalam lingkungan 5.8 juta pengguna

2. Republik Czech
Republic Czech memiliki kepantasan capaian internet pada purata kelajuan 7.4 Mbps dan ianya sebuah negara yang cukup maju dalam aktiviti perhubungan kerana negara ini mempunyai pelanggan Wi Fi terbanyak di Eropah

3. Latvia
Walaupun ia adalah sebuah negara yang kecil namun penduduk negara ini berpuas hati dengan kelajuan internetnya dan menurut Akamai kelajuan internetnya pada sekitar purata 8.2 Mbps

4. Belanda
Adalah tidak menghairankan bagi sebuah negara maju seperti Belanda yang lebih di kenali dengan negara Kincir Angin dengan purata 8.5Mpbps.Kebanyakan penduduk di Belanda mempunyai akses kepada Internet iaitu pada sekitar 92%.

5. Jepun
Negara yang di kenali dengan pelbagai gelaran seperti Negara Matahari terbit dan ada juga menggelarnya Negara Sakura memang terkenal dengan kemajuan teknologinya dan bukanlah sesuatu yang menghairankan jika mereka juga mempunyai kelajuan internet pada sekitar 8.9 Mbps

6. Hong Kong
Negara yang merupakan sebuah negara bekas Wilayah China ini mempunyai pengguna internet sekitar 4.9 juta.Dan rakyat Hong Kong ternyata mereka pasti berpuas hati dengan kelajuan internet pada sekitar 10.3 Mbps

7. Korea
Rakyat di negara Korea pasti berbangga kerana mereka adalah negara yang mempunyai kelajuan internet yang paling pantas.Dengan kemudahan internet yang disediakan kerana kelajuan internet di sini cukup mengkagumkan iaitu pada sekitar 13.8 Mbps

No comments:

Post a Comment