Tuesday 2 April 2013

AS tidak nampak pergerakan tentera Korea Utara


02/04/2013 5:48am

WASHINGTON - Walaupun memandang serius ancaman perang oleh Korea Utara, Amerika Syarikat (AS) masih belum melihat sebarang pergerakan mahupun penempatan tentera berskala besar oleh Pyongyang.
“Ingin saya tegaskan bahawa walaupun Pyongyang telah mengeluarkan ancaman perang, tiada sebarang perubahan mahupun pergerakan pada kedudukan tentera mereka di Semenanjung Korea,” kata jurucakap White House, Jay Carney kepada wartawan.
Pada minggu lepas, Korea Utara telah menyatakan bahawa negara itu kini dalam ‘persediaan melancarkan perang’ dengan Korea Selatan selain mengeluarkan beberapa ancaman lain yang meningkatkan ketegangan di Semenanjung Korea. - Reuters

No comments:

Post a Comment