Wednesday 24 April 2013

Pengikut Dajjal Menular



Anak Kita!

Diberitahu dari seorang sahabat yang boleh dikenali dari link ini, menyebabkan saya cepat-cepat membuka myMetro. Anda boleh mengetahui apa yg disampaikan dengan satu klik di atas perkataan akhbar maya tersebut. Mungkin anda dan saya kurang sedar akan apa sebenarnya permintaan paling penting dari masyarakat kita, tetapi inilah kenyataan yang perlu kita hadapi, satu gelombang lama yang diberi nafas baru oleh 'orang kita' (orang Islam). Anda dipersilakan membaca artikel akhbar tersebut sebelum membaca artikel dalam jejaki tinggalan rasul ini selebihnya.


Maaf jika anda mungkin nampak satu entiti di dalam gambar di atas yang sangat memalukan. Tapi, tahukah anda siapa yang terdapat di dalam gambar tersebut? Gambar tersebut saya copy dari sebuah laman sosial seorang berbangsa arab. Membuatkan saya mengalirkan air mata apabila melihat agama Islam mungkin sudah tidak memberi faedah lagi kepada mereka. Ini mungkin merupakan salah satu official website Church of Satan yang berpusat di Radio City Station, New York, US. Anda boleh merungkai apa yang terbuku di dalam minda anda apabila menekan tetikus anda di atas tulis Church of Satan tersebut.




Anda yang sudah biasa pula mungkin telah pun tahu apa kaitan si laknat penyembah syaitan ini dengan the secret society Illuminati. Tetapi kepada sesiapa yang masih belum mengerti, ini mungkin masa yang patut anda gunakan untuk mengetahui siapakah mereka dan siapa di belakang mereka. sila perhatikan carta ke arah the New World Order dibawah ini. Harap carta di bawah boleh membantu anda menghubungkan si penyembah dan penyeru dajjal ini dengan Illuminati.

kerosakan aqidah anak bangsa kita

Untuk mengerti selanjutnya, saya suka mencadangkan untuk anda menonton satu dokumentari khas bertajuk 'The Arrivals' yang boleh dimuat turun melalui youtube, itupun jika pihak youtube masih belum memadam video berjumlah 51 episod yang begitu bermanfaat tersebut. Masyarakat dunia, anda seharusnya perlu bertindak segera. Penularan yang begitu drastik ini sudah tentu dan bukan lagi kemungkinan, disebabkan oleh kekosongan jiwa anak remaja kita kepada agama Islam. Ibu bapa, guru-guru, wakil-wakil rakyat, pemimpin-pemimpin negeri dan negara serta ketua-ketua negara, wajib bertindak serta sedar hakikat kewujudan golongan perosak dunia si penyambut dajjal ini dan melakukan sesuatu. Ini baru satu serangan mereka dari sudut keagamaan, belum lagi disebut dari sudut sains, politik, alam sekitar, sejarah dan sebagainya.

Hadis riwayat Amir Ibnu Sharahi Hamdan dari Fatimah binti Qais mendengar dari Rasulallah:

Setelah habis eddahku, aku mendengar suara azan lalu aku pun pergi ke masjid untuk bersolat bersama Rasulallah. Aku berada di saf wanita dan berhampiran makmum lelaki. Selepas selesai Rasulallah bersolat, baginda terus berkata:

"Hendaklah kamu semua duduk di tempat solatmu. Tahukah kamu kenapa aku panggil kamu semua ke masjid?"

Seorang sahabat menjawab: "Allah dan RasulNya lebih mengetahui."

Lalu baginda menyambung: "Aku menghimpunkan kamu kerana Tamim ad-Dari yang dahulunya seorang Nasrani datang kepadaku dan memeluk Islam. Dia (Tamim) menceritakan satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kamu semua perihal Dajjal. Dia (Tamim) beritahu aku bahawa dia pernah belayar bersama 30 lelaki kabilah Lakhm dan Juzdam. Lalu mereka dipukul ombak selama sebulan sehingga mereka terjumpa sebuah pulau di tengah lautan, tempat tenggelamnya matahari. Mereka kemudian berlabuh di pulau itu. Sesudah mendarat, mereka terkejut didatangi makhluk berbulu tebal, lalu mereka berkata:

"Apakah kamu ini?". Makhluk itu menjawab:

"Aku pengintip rahsia (Jassasah)"

Mereka bertanya lagi: "Pengintip apa?".

Makhluk itu menjawab: "Tak perlu tanya lagi, pergilah berjumpa seorang lelaki di biara itu kerana dia mahu mendengar berita dari kamu."

Tiba di biara itu, mereka melihat sebesar-besar manusia yang dirantai. Kedua tangan dipasung ke leher. Kaki dan lutut diikat besi hingga ke buku lali.

Kemudian mereka bertanya: "Siapa kamu ini?"

Lelaki yang dipasung itu menjawab: "Ceritakan kepadaku tentang kurma di Baisan."

Mereka menjawab: "Ia sudah hampir tidak berbuah lagi." Lelaki dipasung itu bertanya lagi: "Bagaimana pula dengan Tasik Thabariya? Apakah airnya masih ada?"

Lalu mereka jawab: "Airnya hampir kering."

Dia bertanya lagi: "Bagaimana dengan nabi orang-orang ummiyin, apa yang dikerjakannya?"

Mereka menjawab: "Dia telah lahir di Makkah dan berhijrah ke Yathrib (Madinah)."

Dia bertanya: "Apakah orang-orang Arab memeranginya lagi?"

Mereka menjawab: "Ya. Mereka memeranginya."

Dia bertanya lagi: "Bagaimana perlakuan mereka?"

Mereka jawab: "Dia (Muhammad) telah banyak mendapat kemenangan, hampir semua orang Arab kini mengikutinya."

Lelaki itu berkata: "Itu benar terjadi?"

Mereka menjawab: "Benar. Itu yang benar terjadi"

Lelaki itu berkata: "Kalau mereka mengikutinya, maka itulah yang lebih baik kepada mereka. Sekarang aku mahu beritahu kamu semua. Aku adalah al-Masih ad-Dajjal. Rasanya sudah hampir masa untuk aku diizinkan keluar. Bila aku keluar nanti, aku akan berjalan ke serata muka bumi kecuali Makkah dan Thahibah (Madinah) kerana aku dihalang para malaikat."

Selepas diceritakan kepada semua yang berada di masjid itu, Rasulallah pun berkata: "Inilah Thahiba yakni Madinah. Bukankah aku pernah memberitahu kamu mengenai (Dajjal) ini? Sesungguhnya kisah yang Tamin ad-Dari sampaikan kepadaku bersesuaian dengan apa yang pernah aku sampaikan pesan kepada kamu. Dajjal itu berada di Laut Shyam atau Laut Yaman, di arah Timur"

Fatimah yang menceritakan kata-kata Nabi itu kemudian berkata kepada Amir: "Itulah yang aku dengar dari Rasullallah."

Hadis ini menjelaskan tentang satu clue iaitu Dajjal adalah seorang manusia, bukan satu konsep bangsa atau puak. Jika wujud satu puak, ia adalah persoalan lain yang berkait dengan lelaki yang disebut Dajjal ini. Tidak mungkin Nabi s.a.w menyampaikan keterangan yang mempunyai maksud lain, nabi tidak mungkin membuat silap, sedangkan hadis-hadis disampaikan bertujuan bagi menjelaskan sesuatu maksud secara konkrit. Maka, pernyataan bahawa Dajjal adalah manusia juga satu pernyataan konkrit.


Lain-lain kod melalui Hadis pula menjelaskan, ketibaan Dajjal itu adalah seperti berikut:

- Akan muncul pada akhir zaman
- Mengaku bahawa dia adalah Tuhan
- Menyebar fitnah dan dusta
- Keluar selama 40 sebelum dibunuh Nabi Isa (sama ada 40 hari, 40 bulan, 40 tahun atau 40 abad tidak dijelaskan oleh Nabi)




Kalau anda berharap suatu hari anda ingin mencorak anak-anak anda menjadi pemain bola sepak terkenal, penyanyi terkenal, ratu cantik, pemuzik rock, harapan agar anda kaji semula harapan anda tersebut. Kasihanilah anak-anak kita yang tidak berdosa. Anda sememangnya berhak ke atas mereka, tapi jangan lupa, hak anda ke atas anak-anak anda sebenarnya mesti dipandu dengan apa yang Allah s.w.t dan Muhammad s.a.w tentukan. Hidup bukan selama-lamanya di dunia ini tetapi ada yang kekal di sana.

No comments:

Post a Comment