Tuesday 2 April 2013

Polis nafi belasah suspek curi motosikal sehingga koma


02/04/2013 2:14pm

ALOR SETAR - Polis Kedah menafikan dakwaan anggotanya membelasah seorang suspek curi motosikal di dalam lokap Balai Polis Kulim dekat sini sehingga koma pada Jumaat lalu seperti dilaporkan dalam blog dan laman sosial Facebook baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, dakwaan yang disebarkan beberapa blog dan Facebook sejak Ahad lalu itu adalah tidak benar dan menyifatkan ia sebagai cubaan untuk memburukkan nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, kejadian sebenarnya berlaku kira-kira pukul 9.42 malam di tapak pasar malam Taman Selasih, Kulim apabila suspek yang disyaki cuba mencuri sebuah motosikal di situ dibelasah kira-kira 30 orang awam.
"Enam anggota polis yang pergi ke tempat kejadian berjaya meleraikan orang awam daripada terus memukul suspek dan suspek kemudiannya dibawa ke balai polis dalam keadaan lemah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini semalam.

No comments:

Post a Comment