Wednesday 19 June 2013

Ajaib Matahari Buatan Manusia





Bukan melawan kekuasaan Tuhan tetapi bagi menyelesaikan permasalahan penduduk kampung di sebuah perkampungan bernama Viganella, Itali. Kampung ini yang terletak di sebuah lembah yang dikelilingi bukit bukau dan gunung ganang yang tinggi mengalami masalah iaitu tidak mempunyai cahaya matahari.
Dari pertengahan November hingga awal Februari iaitu pada musim sejuk, kampung ini akan menjadi gelap gelita tanpa cahaya matahari yang asli. Hanya selepas waktu itu barulah penduduk kampung Viganella menikmati cahaya matahari asli. Pelbagai usaha dicari bagi menangani permasalahan itu dan akhirnya datang seorang arkitek bernama Giacomo Bonzani di kampung itu dan memberikan satu idea yang bernas.
Walaupun idea itu dilihat pelik tetapi sangat berkesan.Giacomo Bonzani meletakkan satu cermin gergasi di satu sudut dekat pergunungan kampung itu. Tujuannya adalah untuk membolehkan cahaya matahari terkena pada cermin itu dan seterusnya memantulkan semula ke kampung tersebut.
Akhirnya kampung yang selalunya gelap pada musim sejuk itu mula menikmati cahaya matahari seperti sediakala. Cermin itu bersaiz 40 kaki, lapan meter lebar dan lima meter tinggi. Ianya diletakkan kira-kira 870 meter di atas perkampungan itu.
Cermin itu dikawal oleh satu perisian bagi menambahkan lagi keberkesanan cermin. Perisian itu boleh mengesan cahaya matahari dan memberi arahan kepada panel cermin supaya sentiasa menghalakan cahaya matahari ke kampung itu.
Kampung itu mula menjadi tumpuan ribuan pelancong sejak cermin gergasi itu dipasang lima tahun lalu. Menurut Bonzani, ketika dia mula-mula mengutarakan idea tersebut, tiada siapa yang yakin tentang keberkesanannya.
” Tetapi saya percaya ia boleh membuahkan hasil. Saya yakin pada hukum fizik,” katanya.

Tuesday 18 June 2013

Perisik Britain godam diplomat asing


PERDANA MENTERI BRITAIN, David Cameron menuruni pesawat yang membawanya menghadiri sidang kemuncak G8 di Enniskillen, Ireland Utara kelmarin.- AP


LONDON - Akhbar Guardian melaporkan agensi pengintipan Britain, GCHQ berulang kali menggodam telefon dan e-mel diplomat asing semasa Britain menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa.
Laporan tersebut mencetuskan kemarahan pegawai Rusia yang bimbang sistem komunikasi mereka telah dipintas.
Pendedahan itu dibuat beberapa jam sebelum Britain dijangka mengadakan Sidang Kemuncak Kumpulan 8 (G8) di Ireland Utara semalam.
Pertemuan tersebut dihadiri oleh pemimpin negara kuasa ekonomi dunia termasuk Rusia.
"Skandal ini boleh mencetuskan isu diplomatik yang serius," menurut ahli akademik Britain, Richard J. Aldrich.
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Britain David Cameron enggan mengulas ketika ditanya berhubung isu tersebut.
"Kami tidak pernah mengulas tentang isu keselamatan atau perisikan dan saya tidak akan memulakannya sekarang," katanya.
Pegawai-pegawai Rusia semalam mengadu tentang laporan bahawa delegasi mereka menjadi mangsa pengintipan semasa menghadiri beberapa sidang kemuncak sebelum ini.
"Ini satu skandal! Agensi perisikan Britain dan Amerika Syarikat memasang pepijat pada telefon Presiden Dmitry Medvedev semasa sidang kemuncak negara Kumpulan 20 (G20)," kata pengerusi jawatankuasa hal ehwal luar dewan rendah Parlimen Rusia, Alexei Pushkov di laman Twitternya semalam.
Selain mencuri dengar perbualan telefon, menceroboh komputer diplomat asing, GCHQ juga didakwa terlibat dalam aktiviti menggodam telefon pintar mereka. - AP

Tidak salah menang hasil SMS - Zizan




SEOLAH-OLAH menepati ramalan ramai, filem arahan Ghaz Abu Bakar, Hantu Kapcai menang besar dengan membolot lima anugerah daripada 13 kategori yang dipertandingkan pada Anugerah Blokbuster 2.
Majlis anugerah itu berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Johor Bahru, Johor pada Sabtu lepas.
Filem terbitan Showbiz Sdn. Bhd. itu mengungguli Anugerah Filem Terhebat, Anugerah Filem Aksi Terhebat dan Anugerah Filem Kelakar Terhebat serta turut menang kategori lakonan menerusi dua pelakon yang membintangi filem tersebut iaitu Zizan Razak dan Neelofa.
Zizan dan Neelofa masing-masing menggondol Anugerah Hero Terhebat dan Anugerah Heroin Baru Terhebat.
Kemenangan Zizan kali ini sekali gus berjaya mengekalkan rekod kemenangan untuk kategori yang sama dua tahun berturut-turut.
Pada Anugerah Blokbuster yang kali pertama diadakan pada tahun lepas, Zizan meraih Anugerah Hero Terhebat menerusi filem, Hantu Bonceng.
Katanya: "Nampaknya peminat masih tidak jemu-jemu menyokong kerjaya saya sehingga kemenangan kali kedua untuk kategori yang sama dua tahun berturut-turut berpihak kepada diri ini.
"Meskipun kemenangan ini dibuat menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS), saya tidak nampak sebarang masalah. Ini kerana peminat bukan pandang kepada populariti semata-mata, mereka lihat kepada bakat."
Tambah Zizan: "Cerita Hantu Kapcai pula memang menyeronokkan. Penonton memang tidak salah memilih kerana intipati cerita ini memang banyak manfaatnya."
Hantu Kapcai juga telah memberi suatu memori indah buat pengacara program Nona dan MeleTOP, Neelofa apabila dia telah memenangi trofi pertama dalam karier lakonannya.

ZIZAN bangga kemenangannya berdasarkan undian penonton.


"Kemenangan ini akan terpahat dalam sejarah sepanjang saya bergelar anak seni. Saya tidak meletakkan harapan langsung kerana semuanya layak menang.
"Sebelum ini saya sering tewas, sampai dah tak rasa apa-apa. Tetapi bila dah menang ini, ia akan menguatkan lagi usaha saya untuk terus berada dalam bidang ini," ulas Neelofa yang bakal tampil menerusi filem Pilot Cafe.
Selain Zizan dan Neelofa, Hantu Kapcai turut dibintangi Remy Ishak, Fizz Fairuz dan Izzue Islam.
Sementara selaku pengarah Hantu Kapcai, ujar Ghaz, sebelum Hantu Kapcai secara rasminya muncul sebagai filem yang meraih paling banyak anugerah pada Anugerah Blokbuster 2, dia terlebih dahulu merujuk kepada laporan menerusi laman web Astro Gempak.
"Ketika merujuk kepada Astro Gempak, saya mendapati Hantu Kapcai mendahului filem-filem lain. Namun, saya tidak mahu meletakkan harapan tinggi kerana banyak lagi filem hebat yang layak menggondol trofi kemenangan dan saya hanya menyerahkan segalanya kepada keputusan penonton yang semakin hari semakin bijak menilai filem manakah yang dirasakan harus menang," ujarnya.
Ghaz turut menyatakan antara faktor utama yang membawa kepada kejayaan Hantu Kapcai sudah tentu menerusi barisan para pelakonnya yang mantap dan sangat berbakat.
"Saya harus menyatakan hampir 70 peratus kemenangan filem Hantu Kapcai datangnya daripada peminat Zizan yang sentiasa menyokong apa sahaja karya yang membabitkan Zizan. Saya akui perkara itu. Kita kena berpijak di bumi yang nyata.
"Hebat macam mana pun sesebuah filem itu, ia harus berbalik semula kepada pelakonnya. Selain faktor pelakon, dengan jalan cerita yang menarik, barulah sesebuah filem itu akan berjaya," jelasnya yang ditemui selepas tamat Anugerah Blokbuster 2.
Sehubungan dengan kemenangan besar Hantu Kapcai, ujar Ghaz lagi, ura-ura Hantu Kapcai 2 akan diterbitkan semakin nyata.
"Insya-Allah, Norman Abdul Halim (selaku penerbit bersama Hantu Kapcai) juga ada menyatakan dia memang tunggu apabila filem ini sudah capai standard yang dimahukan barulah dia akan mulakan penggambaran sekuelnya. Penggambaran akan dimulakan pada tahun depan.
"Kami akan mengekalkan pelakon yang sama, malah akan menambah pelakon lain untuk mengembangkan lagi filem ini," ujarnya.

Malaysia tanggung kos banduan asing RM400,000 sehari

NIBONG TEBAL - Kerajaan terpaksa membelanjakan kira-kira RM400,000 sehari bagi membiayai 11,500 banduan asing di beberapa penjara di negara ini dan sedang mencari jalan bagi mengurangkan bebanan tersebut.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kementeriannya mencadangkan agar banduan warga asing ini dipindahkan ke negara asal mereka menerusi persetujuan kedua-dua negara.
Menurut beliau, langkah tersebut dilihat lebih praktikal bagi memastikan perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan untuk setiap banduan dapat dikurangkan.
"Kita akan mengadakan perbincangan dengan beberapa buah negara agar satu mekanisme memindahkan banduan (ke negara asal) untuk menjalani baki tempoh hukuman yang dikenakan.
"Secara kasar, kerajaan membelanjakan RM35 sehari untuk seorang banduan menjadikan anggaran kira-kira RM1.35 juta sehari bagi membiayai seramai 39,144 banduan di semua penjara di seluruh negara," katanya.

Bajet 2014 dibentang 25 Oktober



PUTRAJAYA 18 Jun - Bajet 2014 akan dibentangkan di Parlimen pada 25 Okt ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Najib juga mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Dasar fiskal yang bertujuan mengurangkan defisit fiskal, mengukuhkan kewangan awam dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau akan mempengerusikan jawatankuasa berkenaan yang melibatkan menteri-menteri Kabinet tertentu dan ketua-ketua jabatan.
"Pejabat dasar fiskal di Perbendaharaan akan berkhidmat untuk jawatankuasa ini. Ini menunjukkan keseriusan dari segi menguruskan kedudukan fiskal dan mengurangkan defisit fiskal kita," kata beliau dalam ucapan perasmian majlis Konsultasi Bajet 2014 di sini.
Kerajaan berada kedudukan yang betul untuk terus mengurangkan defisit fiskal daripada 4.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lepas kepada empat peratus tahun ini.
"Sasaran kita ialah untuk memenuhi sasaran fiskal jangka sederhana kira-kira tiga peratus daripada KDNK pada 2015 tanpa menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi domestik dan sokongan fiskal berterusan bagi inisiatif transformasi.
"Ini akan dicapai melalui gabungan berhemah yang bijak tetapi perbelanjaan produktif dan pengukuhan langkah-langkah peningkatan hasil yang termasuk pulangan cukai yang lebih baik dan penguatkuasaan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)," kata beliau.
Turut hadir ialah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah.
Mengenai perundingan berkenaan, Najib berkata, 96 memorandum telah dikemukakan meliputi pelbagai aspek makro, isu-isu sektoral dan sosial kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk dipertimbangkan.
"Saya percaya antara 96 memorandum itu dan sebahagiannya akan dipertimbangkan di mana kita fikirkan sesuai dengan matlamat kerajaan.
"Ia tertumpu kepada dua elemen iaitu merancakkan ekonomi negara dan menentukan kesejahteraan rakyat secara inklusif," kata beliau.
Najib berkata tema perundingan belanjawan tahun ini ialah 'Mengotakan Janji, Merancakkan Transformasi'.
"Bajet tahun ini adalah suatu yang amat penting kepada kerajaan yang telah diberi mandat baharu untuk memenuhi aspirasi rakyat," kata beliau. - BERNAMA

Monday 17 June 2013

Cemburunya kamu!

Kalau perempuan cemburu, masih banyak ‘jalan keluar’ yang boleh difikirkan, setidak-tidaknya mereka beremosi dan inginkan kepastian saja. Lepas dijelaskan atau dipujuk, sejuk hati membara tadi.
Tapi lain pula kalau lelaki yang cemburu. Itu lebih berbahaya dan jauh menakutkan kepada kekasih mereka kerana kebarangkalian yang mampu difikirkan lebih banyak dan membabitkan fizikal.
Mana tidaknya, cemburu itu didorong oleh sikap panas baran dan gemar menuduh tanpa usul periksa. Kebiasaan lelaki jenis begini adalah mereka yang ego dan sukar mengaku kelemahan diri.

Walaupun masih ada baiknya dalam sifat lelaki jenis ini seperti penyayang, bijak memikirkan soal masa depan, hebat merencana hubungan dan seorang yang taat pada janji, namun kelemahannya ini mungkin membuatkan mereka jenis lelaki yang perlu dijauhi.

Panas baran adalah sikap yang sukar dibuang dan ego adalah penyakit yang akhirnya akan merosakkan sesebuah hubungan. Itu adalah realiti dan hakikat dalam banyak kes percintaan sebelum ini.

Hujung kepada semua sikap ini adalah cemburu. Lelaki jenis ini terlalu sayangkan kekasihnya hingga tidak boleh membenarkan mereka bergaul dengan lelaki lain walaupun kawan sekerja atau kawan lama di sekolah, perlu memberitahu setiap pergerakan, 24 jam bersama hingga tiada ruang untuk diri sendiri dan mereka selalu berasa curiga dengan bayang-bayang sendiri.

Lebih 90% lelaki jenis ini gemar menuding kesalahan kepada kekasihnya selain salah anggap dan memaki hamun. Kemudian selepas menyedari salah itu berpunca daripada mereka, mulalah pujuk kembali dengan menabur ayat cinta.

Hanya separuh daripada jumlah lelaki jenis ini akan sudi melafazkan kata maaf dan selebihnya menggunakan helah lain untuk menutup kesalahan diri.

Fikirkan kembali, adakah ini calon paling layak untuk memimpin anda ke akhir hayat atau hanya akan menambah kekusutan saja? Ingat, sikap dan sifat adalah dua perkara berbeza dan dalaman seorang lelaki seperti panas baran tidak boleh diubah sebaliknya hanya mampu diredakan dengan motivasi berterusan.

Apa kriteria lelaki cemburu dan rutin tabiat mereka?

Lelaki jenis ini adalah kaki siasat. Awal perkenalan, pasangan mungkin ditatang bagai minyak penuh, bahkan segala kemahuan dituruti. Namun lama-kelamaan ada saja yang tidak kena.

Kalau boleh dia cuba mengawal setiap pergerakan. Ke mana, dengan siapa dan yang paling penting ada atau tidak lelaki bersama anda. Jika ada, anda akan disiasat dengan terperinci. Boleh dikatakan siasatan pasangan mengalahkan pihak berkuasa. Anda mungkin berasa seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman untuk dijatuhkan.

Lelaki cemburu ini juga adalah jenis yang sentiasa curiga dan sentiasa menganggap pasangannya berlaku curang. Kenapa? Kerana dia tidak yakin dengan kesetiaan teman wanitanya.

Sukar baginya untuk mempercayai, tambahan pula apabila pasangan sering diganggu dan kebanyakan daripada mereka yang mengganggu adalah lelaki yang lebih bergaya atau kacak. Itu sudah menyentuh keegoannya.

Walaupun tidak melayan mana-mana lelaki yang cuba mengganggu, dia tetap merasakan yang pasangan cuba menduakan dirinya. Padahal anda tidak tahu dan bersalah dalam hal ini. Apa yang boleh anda lakukan hanyalah bersabar dan makan hati.

Tidak perlu terang atau jelaskan kerana lelaki jenis cemburu ini tidak akan mendengar alasan anda kerana baginya, rasa kurang selesa itu akan mengganggu tumpuannya sekali gus menyifatkan anda mula lupa akan dirinya.

Paling menakutkan dan fakta lelaki jenis cemburu adalah mereka panas baran. Suami atau teman lelaki yang anda kenali dengan lebih mendalam mungkin mempunyai perangai yang suka marah.

Salah sedikit saja tapi kemarahannya bukan main lagi. Sakit hati bukan? Panas baran ini kalau tidak ditangani dengan baik mungkin akan mendatangkan padah, silap hari bulan tangan boleh naik ke muka.

Panas baran itu hanya sementara dan kemudian ­apabila marahnya reda, dia mula sedar kesilapan dan cuba memujuk anda kembali. Tapi kepada mereka yang sudah menjadi mangsa penderaan atau pukul, bolehkah maaf itu memulihkan kembali perasaan dan tekanan itu?

Lelaki jenis cemburu juga adalah individu yang tidak pernah puas. Si kaki cemburu tidak pernah berpuas hati dengan orang yang disayanginya. Ada saja kesalahan yang dicarinya. Dari sekecil-kecil zarah hinggalah sebesar-besar kesalahan.

Susah untuk memuaskan hatinya. Sikap ini akan membuatkan pasangan berfikir, kenapa si dia harus ­begini dan apakah salah anda. Pada satu tahap ­pasangan akan berada dalam keadaan yang sangat tertekan. ­Namun setiap daripada kata-kata anda tidak ­diterimanya malah air mata menjadi peneman setia setiap hari.

Jika teman lelaki atau suami anda jenis yang kuat mengongkong, dia juga adalah jenis lelaki yang kuat cemburu dan anda perlu lebih berhati-hati. Dahulu­nya anda bebas ke sana ke mari dengan sesiapa saja yang anda suka tapi sekarang tidak lagi.

Semua perkara yang anda lakukan perlulah mendapat kebenarannya terlebih dulu. Anda tidak boleh melakukan sesuatu perkara itu tanpa pengetahuan si dia. Seolah-olah kehidupan anda berada di tangannya. Anda pula harus akur dengan peraturan yang diciptanya. Nak tak nak anda terpaksa ikut.

Orang zaman sekarang menggelarkan senario itu ‘punch card’ seperti pekerja kilang atau pejabat yang mana perlu memberitahu teman lelaki apa saja aktiviti anda. Jika dikatakan tidak, maka jawapannya tidak.

Peliknya, si gadis-gadis ini pula akur mendengar arahan itu tapi tidak pula mendengar nasihat ayahnya dulu.

Lelaki jenis ini juga adalah gemar mengambil kesempatan. Ini memberi maksud si dia mengambil kesempatan di atas kelemahan kamu. Memandangkan anda tidak pernah melawan, setiap daripada kata-katanya perlu diikuti tanpa ada bantahan menyebabkan si dia menggunakan kesempatan itu.

Setiap kali keluar, pasti si dia akan mengambil telefon bimbit anda dengan tujuan untuk melihat mesej yang boleh mengundang kemarahannya. Malah si dia akan mengambil tahu banyak perkara mengenai diri anda. Ini akan digunakan agar anda tidak dapat lari daripadanya.


Buang rasa negatif

Cemburu tandanya sayang tapi kerana cemburu buta, sayang boleh melayang. Manusia mempunyai sebab berbeza untuk menjadi cemburu dan orang kata cemburu buta itu boleh membunuh.

Bunuh emosi atau lebih teruk bunuh secara fizikal. Perasaan cemburu itu normal tapi kalau sudah cemburu teramat, itu jadi tidak normal dan boleh mengganggu hubu­ngan. Apabila kita cemburu, kita bimbang jika pasangan mungkin mencari orang lain yang lebih menarik dan lebih baik daripada kita.

Tetapi lama-kelamaan pasangan akan rasa rimas, risau dan cuba mengelakkan diri daripada si dia yang suka cemburu buta. Jika anda seorang cemburu buta, perlu dipertimbangkan untuk mengikuti semua langkah ini bagi memastikan kekasih hati tidak terlepas atau mula bosan dengan anda.


Langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk mengatasi perasaan cemburu buta.

1. Cari punca sebenar
Anda harus mencari punca sebenar apa menyebabkan anda berasa terlalu cemburu. Adakah anda kurang percaya kepada pasangan kerana sikapnya sendiri? Atau anda kurang yakin pada diri anda sendiri? Jangan buat tuduhan melulu tanpa usul periksa. Jika anda memang mempunyai sifat panas baran, anda perlu menenangkan diri sebelum bersemuka dengan pasangan.

2. Beri masa Beri diri sendiri masa untuk mengatasi sifat cemburu dalam diri. Jika anda memang seorang yang cemburu, anda tidak boleh berharap untuk berubah dalam sekelip mata.

3. Minta maaf Mungkin pada mata si dia jika anda selalu meminta maaf jika suka cemburu buta, perkataan maaf yang datang daripada mulut anda itu tidak berharga lagi. Tapi ia cukup baik daripada anda ego untuk meminta maaf. Jika anda meminta maaf, ia bermakna anda sedar perbuatan anda itu salah dan cuba untuk tidak melakukannya lagi.

4. Komunikasi Luahkan perasaan anda dan mengenai masalah cemburu anda bersama-sama dengan pasangan. Berkomunikasi bukan bermaksud anda boleh melenting sesuka hati tapi sebaliknya berbincanglah dengan elok dan elakkan daripada rosakkan perhubungan anda berdua.

5. Elak salahkan pasangan Elakkan daripada menyalahkan pasangan jika berlaku perselisihan faham. Anda mempunyai pilihan untuk menyelesaikannya dengan cara baik tanpa membabitkan perasaan cemburu buta. Anda bertanggungjawab dengan perasaan anda sendiri. Menyalahkan pasangan tidak akan menyelesaikan masalah.

6. Sentiasa optimis Sekiranya anda berfikiran positif, mungkin perasaan cemburu itu dapat diatasi dan dikawal. Tapi harus ingat untuk tidak sewenang-wenangnya mempergunakan kepercayaan yang diberikan kepada anda. Jika disalah guna, mungkin perasaan cemburu buta itu akan makin bertambah dan mungkin kepercayaan itu akan hilang terus!

7. Ubah diri menjadi lebih baik Tak rugi jika anda mempunyai motivasi diri untuk ubah diri sendiri menjadi lebih baik. Minta pertolongan atau nasihat daripada pakar jika anda benar-benar ingin buang sifat cemburu buta di dalam diri. Jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan kesabaran yang lebih tinggi.

8. Kurangkan sifat marah Jangan cepat melenting, sebaliknya fikir secara positif dengan menarik nafas dalam-dalam biarpun ketika berdepan dengan si dia yang menyinggung hati anda dan membuatkan anda cemburu. Selain daripada menarik nafas dalam-dalam, anda boleh mandi, solat atau buat aktiviti yang dapat mengurangkan rasa marah dan cemburu anda.

9. Hentikan perbandingan Jangan membandingkan diri anda dengan orang lain dan menyeksa sendiri dengan perasaan negatif. Kalau anda sibuk dengan sikap cemburu buta yang negatif itu, bila masa pula anda nak berasa kemanisan kasih sayang dalam satu-satu hubungan? Bina keyakinan terhadap diri sendiri dengan mengenal pasti kelebihan yang ada pada anda dan yakinlah dengan keistimewaan yang anda miliki.

10. Belajar daripada kesilapan Sebenarnya emosi negatif mempunyai peranan dalam kehidupan kita, dan salah satu pengajarannya adalah ia mengajar kita bagaimana untuk menjadi seseorang yang lebih baik dalam memperjuang dan mengatasi sikap cemburu buta.

Justin Bieber dikecam jiran

DIA terbukti jiran yang tidak popular sejak berpindah ke komuniti berpagar di Calabasas, Los Angeles tahun lalu.
Tingkah laku buruk Justin Bieber di kejiranan berkenaan menyebabkan sebahagian penghuni enggan membayar bayaran caj khidmat bulanan.
Penduduk di kejiranan mewah itu membayar AS$1,000 (RM3,084) sebulan untuk khidmat seperti kawalan keselamatan dan pembersihan jalan raya.

Kerana marahkan Persatuan Pemilik Kediaman (HOA) yang gagal mengambil tindakan terhadap perangai buruk Bieber, mereka berhenti membayar wang khidmat itu.
FotoBieber membeli kediaman mewah yang berharga RM20.05 juta pada tahun lalu.

Bintang remaja berusia 19 tahun itu dilaporkan sering mengganggu jiran tetangga dengan bunyi bising kerana berparti dan memecut di jalan raya sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Pada Mac lalu, dia dilapor meludah ke arah muka seorang jiran apabila ditegur mengenai sikapnya yang suka memecut kereta Ferrarinya di kawasan kejiranan itu.

Jabatan Polis Los Angeles dikatakan sedang menyiasat insiden itu di mana Bieber didakwa berkata: “Saya akan bunuh kamu.”

Berikutan pergaduhannya dengan bekas pemain bola Amerika, Keyshawn Jackson minggu lalu akibat kes memecut di jalan raya, penduduk bercadang menangguhkan bayaran yuran bulanan hingga tindakan diambil, menurut TMZ.

Tindakan mereka pasti membuat HOA kerugian besar.

Penduduk mahu HOA memberikan amaran tegas kepada Bieber mengenai peraturan di kawasan kejiranan itu, termasuk bunyi bising kerana berparti, meletak kenderaan sesuka hati dan memecut.

Isnin lalu, bekas pemain NFL, Jackson yang tinggal di komuniti itu bersama empat anaknya bersemuka dengan Bieber selepas dia memecut melepasi lelaki terbabit pada kelajuan tinggi.

Jackson dilapor melompat ke dalam kereta Prius miliknya dan mengejar penyanyi terbabit dan memintas Ferrari dipandu Bieber.

Bagaimanapun, Bieber meluru ke dalam rumah agam tujuh bilik tidur bernilai $6.5 juta (RM20.05 juta) tanpa mengendahkan Jackson.

Jurucakap polis Los Angeles, Steve Whitmore mengesahkan kepada TMZ bahawa pihaknya menerima dua panggilan berasingan mengenai cara pemanduan penyanyi itu.

Ejen Jackson, Jerome Stanley berkata pelanggannya amat berang sambil menambah: “Jackson memandang serius perkara itu. Dia mahu Bieber memperlahankan keretanya dan menjadi jiran yang bertanggungjawab.”

Bekas pemain bola Amerika, Eric Dickerson yang juga tinggal di kawasan itu menulis di Twitter, turut menyelar sikap Bieber.

“Saya juga tinggal di Calabasas dan @justinbieber perlu berhati perut. Hei @justinbieber, saya juga pernah ada kereta Ferrari putih, tetapi saya tahu had laju di kawasan kejiranan, tempat ramai kanak-kanak bermain. Hanya ingin menjelaskan, saya rasa @justinbieber pemuda yang berbakat. Tetapi sebagai ibu bapa kepada anak-anak kecil, cara pemanduan yang cuai membimbangkan saya,” katanya.

Benar @ karut

‘Duduklah bersimpuh depan muka pintu, nanti orang lelaki tak masuk meminang’. Antara pantang larang yang sering kali digunakan, ketika melarang anak perempuan duduk di muka pintu. Apakah ia sekadar menakutkan atau terdapat bukti kesahihan berkaitan larangan itu?
Pantang larang ini sebenarnya ada yang berbentuk peringatan, sekadar menakutkan dan juga mengarut, lalu tidak berlandaskan hukum Islam yang sebenar.
Larangan anak perempuan makan dalam pinggan sumbing kerana bimbang akan ada hutang yang bertimbun, sebenarnya perbuatan itu bertentangan dengan sunnah Rasulullah.

Begitu juga larangan seperti tidak membuang air kecil dan besar di dalam hutan, bimbang jika ada penunggu yang akan ganggu di malam hari. Namun larangan itu sekadar bertujuan untuk menjaga adab dan kebersihan alam sekitar.

Masyarakat kita di Malaysia, mempunyai 1001 jenis pantang larang. Tidak kira Melayu, India dan Cina ada pantang larang masing-masing mengikut pemahaman dan budaya sendiri.

Zaman dengan teknologi moden kini, tidak semua orang mengamalkan pantang larang yang seolah-olah mengarut dan tidak boleh diterima akal. Namun ada juga membawa kebaikan jika pantang larang diikuti dan menjadi amalan.

Walaupun sesetengah daripada pantang larang tidak dapat diterima akal, ia tetap indah dan berseni. Adakah pantang larang yang dilanggar akan benar-benar terjadi musibah?

Sesekali kita mendengar berkaitan pantang larang ini seolah menyekat kebebasan individu untuk melakukan sesuatu perkara, sedangkan hal itu akan memberikan kesan buruk terhadap diri sendiri.

Sebagai contoh jangan minum banyak ais, bimbang nanti seseorang itu akan terkena demam dan batuk berpanjangan. Benar kerana individu yang banyak minum ais batu akan menyebabkan batuk dan selsema yang tidak sesuai dengan penerimaan badan manusia. Ramai golongan veteran berpesan akan hal yang sama kepada anak muda.

Namun ada juga yang tak masuk akal seperti apabila ada orang yang sedang menyapu, lalu terkena kaki orang lain akan dikatakan pembawa sial dan menyanyi di dapur bimbang akan berkahwin dengan orang tua. Secara akalnya tidak logik dan tidak nampak kebenarannya kerana jodoh, ajal dan maut ketentuan Tuhan.

Masyarakat lama mempercayai pantang larang yang dikatakan bertujuan untuk mengajar masyarakat sekeliling mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka.

Pantang larang juga diamalkan seolah-olah seperti harta pusaka nenek moyang zaman dulu dan sesetengah pihak beranggapan mereka harus mengamalkannya dan menurunkan tradisi itu kepada anak dan cucu mereka nanti.

Harus diingatkan bahawa tidak semua pantang larang itu benar. Kita sendiri boleh fikirkan baik dan buruk berkaitan sesuatu perkara tanpa perlu ada sebarang pantang larang. Ada juga pantang larang yang memberikan banyak kelebihan kerana menyedarkan orang ramai berkaitan sesuatu perkara.

Pantang larang seperti peringatan ada ketikanya membawa kebaikan, misalnya tidak membiarkan bekas beras di rumah kosong kerana dianggap akan memendekkan rezeki seseorang tetapi sebenarnya bertujuan memberikan peringatan kepada tuan rumah untuk menyediakan makanan, terutama apabila mendapat kunjungan tetamu.

Filem Musang Berjanggut banyak mengisi elemen dan adegan pantang larang, memakai kasut ketika menyeberangi sungai. Bunyinya seakan pelik tapi sebenarnya membawa kebaikan, seperti bimbang jika terpijak kaca dan duri. Selain memakai payung di dalam hutan untuk mengelak ular atau pohon menimpa tubuh.

Anak muda kini juga ada ketikanya tidak percaya kepada pantang larang ini dan beranggapan ia sekadar jenaka untuk menakutkan mereka. Tetapi ada juga yang harus mereka turuti. Apabila dinasihatkan oleh nenek di kampung langsung tidak dipedulikan, kononnya pandai membawa diri.

Pun begitu, harapnya pantang larang ini akan terus diwarisi sampai bila-bila, walaupun mengalami perubahan dan kian diubah oleh masyarakat kini. Hanya pantang larang yang berbentuk tidak logik dan ‘animisme’ iaitu kepercayaan kepada makhluk halus dan roh saja yang semakin terhakis.


Pantang larang mengikut amalan kaum di Malaysia:

Kaum Melayu : Ketika masih hamil

Dikatakan banyak pantang larang orang Melayu ketika hamil antaranya mereka yang sedang hamil ini dilarang untuk mencaci atau mengumpat, bimbang andai ada kesan buruk berlaku ke atas anak. Dilarang juga untuk memaku atau menggali tanah. Suami juga dilarang untuk memukul atau melanggar binatang, seperti kucing yang sedang melintas jalan kerana akan membuatkan bayi di dalam perut isteri, mengalami cacat anggota badan jika haiwan yang di langgar mendapat kecederaan. Ibu yang sedang mengandung juga dilarang untuk keluar pada waktu petang atau senja dan dilarang duduk di atas anak tangga, untuk melihat gerhana bulan atau matahari. Semua adalah untuk menjaga keselamatan anak yang dikandung.


Kaum Cina: Sambutan perayaan

Masyarakat Cina mempercayai bahawa mereka tidak boleh menyapu rumah pada hari raya pertama kerana menganggap ia boleh membuang segala keuntungan atau ‘ong’ pada hari itu. Mereka juga percaya akan ditimpa malang, jika terdapat pinggan mangkuk yang digunakan pada hari perayaan Tahun Baru Cina pecah. Jadi pada hari itu, mereka akan lebih berhati-hati ketika melakukan kerja rumah. Perkataan yang tidak sopan seperti mati, hantu, ataupun perkataan kotor yang lain, amat dielakkan. Mereka berpendapat akan membawa keburukan sepanjang tahun itu.


Kaum India: Perkahwinan

Berbeza kaum India, ketika merisik mereka akan saling membalas kunjungan tetapi rombongan sebelah perempuan melarang bakal pengantin ikut serta kerana dianggap kurang sopan. Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan ‘almanak’ Hindu tanpa ada sebarang kesilapan. Jika ada beberapa kesalahan pada kad jemputan, perkahwinan yang bakal berlangsung tidak dapat dijalankan dengan lancar. Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil, hanya sayur-sayuran yang akan dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh terutamanya daging lembu kerana agama mereka melarang.


Ada baik buruknya

“Dalam keluarga tiada pantang larang yang kami amalkan, cuma sikit-sikit pesanan emak seperti jangan baring di atas lantai yang sejuk kerana tidak baik untuk belakang badan.

“Sebenarnya, banyak pantang larang yang ada saya dengar daripada orang-orang tua selain jangan potong kuku di waktu malam, nanti pendek umur dan jangan nyanyi di dapur, nanti akan berkahwin dengan lelaki tua.

“Bagi saya semua itu hanya mitos semata-mata kerana ada benar dan ada juga tidak. Kita sendiri boleh fikir baik dan buruk sesuatu perkara itu. Namun ada juga benarnya pantang larang ini.

“Kalau baring di atas lantai simen yang sejuk itu, bagi saya mungkin ada benarnya kerana saya juga kadang kala berasa tidak selesa apabila baring tanpa beralaskan bantal atau tilam.

“Pernah sekali saya tidur tidak beralaskan tilam, apabila bangun pagi keesokannya, seluruh badan berasa sakit dan lenguh mungkin kerana keadaan simen lantai yang sejuk. Selepas itu, saya sentiasa beringat untuk tidak melakukan perkara yang sama lagi.

“Saya ada seorang rakan berbangsa India yang pernah menceritakan kepada saya, berkaitan dengan pantang larang kaum India, di mana pada hari Selasa atau setiap malam, mereka tidak digalakkan keluar kerana bimbang tiada rezeki buat keluarga mereka.

“Bagi saya, pantang larang ini sekadar ingin menakutkan saja, jangan terlalu mudah percaya, mungkin ada yang boleh kita amalkan dan ada yang bertentangan dengan akidah Islam,” katanya.

Nama: Zurine Anuar
Umur: 23 tahun
Lokasi: Perak


Sebagai satu adab

“Tidak ada pantang larang khusus yang saya amalkan namun apabila menyertai beberapa perkhemahan atau ada sebarang aktiviti di dalam hutan, ada juga pantang larang yang saya ikuti sehingga kini.

“Pantang larang seperti tidak bercakap besar di dalam hutan, bimbang andai ada penunggu hutan yang mendengar ucapan yang keluar dari mulut sendiri terutama memaki atau marahkan sesuatu.

“Emak selalu berpesan semasa masuk ke dalam hutan, jika terdengar sahutan jangan dijawab atau jangan menegur sesuatu yang pelik bila terlihat.

“Bagi saya ada benarnya kerana banyak juga kawan yang masuk ke hutan, bila menegur sesuatu yang aneh terus demam atau histeria. Pantang larang ini ada kebaikan seperti memberi pengajaran, amaran dan peringatan.

“Ada pantang larang lain ketika masuk hutan iaitu tidak mengutip atau mengambil benda yang ganjil di hutan, bimbang andai barang yang diambil ada penunggu.

“Adab dan pantang larang ini bukanlah sesuatu yang karut, pada pandangan saya sememangnya sebagai seorang Muslim, kita mempercayai wujudnya alam ghaib dan mereka secara lazimnya tinggal di hutan.

“Saya kerap kali juga mendengar cerita aneh apabila seseorang itu melanggar pantang larang ini. Mereka yang bernasib malang akan mendapat balasan daripada apa perbuatan yang mereka lakukan.

“Walaupun banyak perubahan berlaku pada zaman kini, masih ada anak muda yang mengikuti pantang larang ini ke mana saja mereka pergi. Kalau ada tercuit rasa ragu dengan hal ini, saya rasakan mereka perlu cuba dulu amalkan,” katanya.

Perdana Menteri Czech letak jawatan

RAGUE 17 Jun - Perdana Menteri Czech, Petr Necas terpaksa meletak jawatan semalam ekoran skandal rasuah dan pengintipan melibatkan pembantu rapatnya.
Peletakan jawatan itu sekali gus menyebabkan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) itu terjerumus kepada situasi tidak pasti berhubung siapa yang akan membentuk kerajaan.
Mengikut Perlembagaan Czech, kesemua kerajaan perlu meletak jawatan dan mungkin akan berlaku tawar menawar antara perikatan kerajaan, pembangkang dan Presiden, sebelum sebarang pengganti dilantik.
Necas meletak jawatan beberapa hari selepas pendakwa raya mendakwa Ketua Pejabat Perdana Menteri, Jana Nagyova kerana merasuah anggota Parlimen dan mengarahkan ejen perisikan mengintip orang ramai. - REUTERS

Saturday 15 June 2013

Cara Mudah Mengatasi/Menghilangkan Jerawat di Wajah dengan Cepat

Cara Cepat Menghilangkan Jerawat atau cara mengatasi bekas jerawat dengan cepat memang sangat membantu apalagi anda sedang mengalaminya dan ingin segera membasminya. Jerawat sangat mengganggu karena membuat kita menjadi tidak percaya diri.

Beberapa faktor penyebab jerawat salah satunya adalah bakteri Propionibacterium acnes yang banyak hinggap di kulit manusia. Pertumbuhan bakteri secara mendadak dapat membuat sistem kekebalan tubuh jadi waspada dan memicu peradangan sehingga muncullah jerawat.

Menghilangkan Jerawat di Wajah dengan Cepat
Memang butuh penanganan ekstra untuk membasmi jerawat. Tidak hanya rajin membersihkan wajah dan menggunakan obat jerawat saja, tapi perawatan kulit berjerawat harus juga dari dalam, seperti menjaga pola makan. Berikut ada beberapa makanan yang dapat menyembuhkan jerawat dan mudah didapatkan, ini dia:

Makanan yang dapat Menyembuhkan Jerawat


1. Teh Hijau
Teh hijau kaya akan kandungan anti-inflamasi, yang disebut katekin. Katekin membantu mengurangi efek radikal bebas pada tubuh, seperti polusi, sinar matahari, asap rokok dan AC. Selain itu dapat mengatasi masalah jerawat dan tanda-tanda penuaan, seperti kerut dan noda wajah.

2. Minyak Zaitun
Minyak zaitun mengandung asam lemak esensial yang dibutuhkan kulit. Kandungannya dapat menyehatkan kulit dan mengatasi masalah jerawat. Agar lebih sehat Anda bisa mengonsumsi minyak zaitun dengan sayur-sayuran.

3. Timun
Sayuran dengan kandungan air tinggi seperti timun dipecaya baik untuk kulit berjerawat. Airnya berkhasiat membuang racun-racun yan menyumbat pori-pori. Ditambah lagi, ketimun memiliki efek astringent yang menyejukkan. Jadi efektif untuk meredakan iritasi dan kemerahan pada jerawat. Disarankan mengonsumsi satu buah ketimun setiap hari.

4. Produk Susu Rendah Lemak
Salah satu komponen yang paling penting dari kesehatan kulit adalah vitamin A. Cara terbaik untuk mendapatkannya adalah dengan mengonsumsi produk susu rendah lemak . Bahkan, para ahli mengatakan bahwa kesehatan sel-sel kulit kita tergantung pada vitamin A. Kulit sehat berarti kulit yang bebas dengan jerawat.

5. Yoghurt
Yoghurt mampu mencegah bakteri jahat penyebab jerawat berkembang di tubuh. Konsumsilah yoghurt satu-dua porsi sehari. Anda bisa menyampurnya dengan pisang, stroberi atau potongan jeruk.

6. Tiram
Makanan ini biasanya lebih dikenal sebagai penambah gairah seks. Tapi ada satu lagi kegunaannya, yaitu pembasmi jerawat karena kandungan zinc-nya. Zinc berfungsi membantu penyerapan vitamin A dalam tubuh dan mengontrol hormon penyebab jerawat. Tiram yang direbus paling baik untuk menyembuhkan jerawat.

7. Air Putih
Pasti Anda sering mendengar nasihat yang menyuruh minum air putih delapan gelas setiap hari. Ya, air putih memang sangat penting untuk kesehatan tubuh dan kulit. Air putih dapat membuang segala racun di tubuh, termasuk 'racun' yang menyebabkan jerawat. Jika Anda tidak suka minuman yang tidak memiliki rasa, Anda dapat menambah lemon atau daun mint ke dalam air mineral Anda.

Tips Menangani Jerawat yang Membesar

1. Singkirkan masalah dari akarnya
Mengatasi jerawat paling tepat tentu dengan memberantas dari akarnya. Konsultasikan keadaan kulit Anda pada dokter kulit untuk mengetahui penyebab timbulnya jerawat. Bisa saja faktor kesehatan atau lingkungan menjadi penyebab jerawat. Dermatologist Anda mungkin saja akan memberi resep obatsebagai penanggulangan awal, bisa obat oral maupun oles yang mengandung benzoyl peroxide.

2. Rajin Membersihkan Wajah
Jerawat akan lebih sulit ditanggulangi jika wajah berminyak dan tidak bersih. Karena itu, selalu bersihkan wajah setiap hari, saat pagi dan sebelum tidur. Gunakan pembersih khusus jerawat, atau facial foam berformula lembut dan bebas minyak. Bersihkan secara lembut menggunakan air hangat untuk menghilangkan minyak dan kotoran.

3. Cermatlah Memilih Produk
Perhatikan produk wajah yang digunakan, terutama saat jerawat makin parah. Kulit sensitif lebih rentan terkena jerawat jika produk-produk yang digunakan mengandung wewangian, deodoran, atau alkohol. Sebaiknya beli dan gunakan produk yang bebas minyak untuk pembersih, penyegar dan pelembab. Utamakan produk seperti make-up khusus kulit berjerawat sehingga Anda dapat tetap tampil gaya dan tidak memperparah jerawat.

4. Rileks dengan Sauna
Jerawat makin parah, level stres ikut meningkat. Istirahatkan diri Anda sambil melakukan sauna sekali seminggu. Sauna juga bermanfaat membuka pori-pori dan menghilangkan sel-sel kulit mati. Jangan lupa membersihkan sisa keringat setelah sauna dengan mandi air dingin.

Thursday 13 June 2013

Wan Zack di intai Liga Super? Wajarkah?



Ada sebuah kelab di Liga Super Malaysia berminat untuk mendapatkan khidmat Wan Zack Haikal kembali di Malaysia. Wan Zack pula sekarang sedang dalam proses pemulihan kecederaan beliau di Jepun. Ong Kim Swee agak kecewa dengan tindakan sesetengah pihak tentang isu ini.

"Pertama sekali, pemain mestilah menghormati kontrak yang telah ditandatangani bersama pasukan.

"Sangat mengecewakan apabila pasukan dari Malaysia seolah-olah menikam kami dari belakang dengan menawarkan kontrak yang mungkin lebih lumayan kepada pemain yang kini beraksi di luar negara - sesuatu yang diusahakan untuk kebaikan pemain dan bola sepak negara.

"Saya juga difahamkan, pasukan tersebut telah menghubungi Zack tanpa pengetahuan Ryukyu dan mereka boleh mengambil tindakan jika perkara ini sampai kepada pengetahuan mereka." kata Kim Swee kepada Fox Sports.

Tahukah Antum Kisah Peperangan Yang Paling Menyayat Hati Umat Islam, Kisah Mempertahankan Bendera Islam

Inilah kisah peperangan yang sangat menyayat hati Umat Islam. Perang Mu'tah terjadi pada bulan Jamadil Awal tahun ke-8 H. Di dalam perang ini, Rasulullah menghantar 3,000 pahlawan elit Islam untuk bertempur dengan pasukan Romawi. Baginda mengangkat Zaid bin Haritsah sebagai panglima perang dan bersabda,"Jika Zaid gugur, maka Ja'far bin Abi Thalib akan menggantikan tempatnya, jika Ja'far gugur, makaAbdullah bin Rawahah akan menggantikan tempatnya" Pasukan pun berangkat dengan disertai Khalid bin Al-Walid yang baru memeluk Islam setelah Perjanjian Hudaibiyyah. Di dalam perjalanan, mereka telah mendapat informasi bahwa Malik bin Zafilah telah mengumpulkan 100,000 tentara sementara Heraklius sendiri datang dengan 100,000 tentara. Berita ini menyebabkan pasukan Islam berbeda pendapat apakah harus terus berperang atau mengirim utusan untuk meminta bantuan tambahan dari Rasulullah.


Namun Abdullah bin Rawahah terus maju ke hadapan kaum Muslimin dan berkata dengan lantang dan berani,"Wahai sekelompok kaum! Demi Allah! Sesungguhnya apa yang kalian benci justru itulah yang kalian cari, yaitu syahid! Kita keluar memerangi musuh bukan karena jumlah atau kekuatan atau berdasarkan jumlah, tetapi kita memerangi mereka demi Dinul Islam, yang Allah telah memuliakan kita dengannya. Oleh karena itu berangkatlah! Sesungguhnya di tengah kita ada dua kebaikan; menang atau syahid"Kata-kata ini telah membakar semangat mereka, lalu mereka pun berangkat dengan penuh keimanan untuk menggempur musuh semata-mata karena Allah. Maka terjadilah peperangan di tempat yang bernama Mu'tah, di mana di tempat inilah Allah telah membeli beberapa jiwa kaum Muslimin untuk dibayar dengan syurgaNya.

Sejumlah 3,000 pasukan Islam berjuang habis-habisan melawan 200,000 tentera musuh. Satu perbandingan yang tidak masuk akal jika difikirkan secara logik. Tetapi itulah hakikat umat Islam, umat yang dimuliakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan dibantu olehNya pada setiap peperangan.

Umat yang hidup di dunia ini hanya untuk Allah. Zaid bin Haritsah yang merupakan panglima perang terus maju menggempur pasukan musuh dengan membawa bendera Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam di tangan. Akhirnya sebatang tombak menembusi tubuhnya dan beliau akhirnya gugur. Bendera segera diambil oleh Ja'far bin Abi Thalib, seorang pemuda yang baru berusia 33 tahun. Ketika musuh telah mengepung kudanya dan menciderai tubuhnya, Ja'far justeru turun dan terus menuju ke tengah-tengah musuh mengayunkan pedangnya. Tiba-tiba seorang tentera Romawi datang dan berhasil memukulnya. Pukulan itu menyebabkan tubuh Ja'far terbelah dua dan beliau syahid menemui Tuhannya.

Bendera lalu disambar oleh Abdullah bin Rawahah dan terus dibawa dengan menunggang kuda menuju ke tengah musuh. Beliau juga turut syahid menyusuri kedua sahabatnya. Bendera lalu diambil oleh Tsabit bin Arqam seraya berteriak, "Wahai kaum Muslimin! Berkumpullah disekeliling seseorang."Lalu kaum Muslimin pun berkumpul mengelilingi Khalid bin Al-Walid dan bendera Nabi terus diserahkan kepada Khalid yang kemudian terus memimpin pasukan.

Begitulah sedikit kisah perjuangan golongan awal yang merupakan generasi terbaik umat Islam dengan membawa bendera Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam. Bendera yang menjadi rebutan para sahabat untuk memegangnya di setiap peperangan. Bendera yang menyaksikan berapa banyak sahabat telah syahid demi mempertahankannya. Bendera yang dipegang erat oleh para sahabat agar ia tidak jatuh menjamah bumi. Bendera yang benar-benar dipertahankan oleh para pemimpin dan pejuang dari kaum Muslimin yang mulia sebagai syi'ar Islam. Bendera yang bagi setiap orang yang mengucap syahadah, ia sanggup mati kerananya di dalam setiap perjuangan, semata-mata kerana Allah.

Inilah bendera kalian wahai saudaraku. Inilah bendera kita, umat Muhammad yang dimuliakan!

6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim


Hiasan
1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..
2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…
3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..
5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..
6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA…….

7 Cara Kempiskan Perut Buncit

7 Cara Kempiskan Perut Buncit

Hiasan
1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.
4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.
5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
Selamat mencuba!

Wednesday 12 June 2013

Perang Akhir Zaman Akan Menggunakan Senjata Tradisional?


Hancurnya bangsa Yahudi merupakan salah satu daripada tanda-tanda datangnya hari kiamat. Bermula dengan sebuah peperangan besar yang melibatkan banyak bangsa di dunia termasuk bangsa Yahudi. Sebelum berlaku peperangan ini, terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam.

Pertempuran dahsyat ini dikenali sebagai Armageddon, di mana lokasi utama perang ini adalah di lembah Megiddo atau Mageddon, Palestin. Mungkin ada yang menganggap Perang Armageddon hanyalah sebuah filem rekaan Hollywood belaka. Kenyataannya, Hollywood yang disokong oleh Yahudi memang mahu menyembunyikan fakta tentang Armageddon ini melalui propaganda filem. Padahal di kalangan para ahli kitab mereka telah mengkaji tentang peperangan ini dan senantiasa bersiap sedia untuk menghadapinya.
Disebutkan dalam Kitab Zakaria (89/13), bahawa sebahagian besar bangsa Yahudi akan mati dalam perang Armageddon dan dua pertiga daripada mereka akan musnah. Sedangkan dalam kitab Zagiyal (12/39) disebutkan: “Akan berlangsung tujuh bulan sehingga rumah Israel berjaya menguburkan mereka (orang-orang mereka yang terbunuh) sebelum membersihkan bumi”.
Sebutan Armageddon sebenarnya tidak terdapat dalam mana-mana Hadis. Hanya disebut dalam kajian-kajian Kristian dan Ahli Kitab. Menurut bahasa Ibrani, Ar bermaksud gunung atau bukit. Mageddo pula adalah nama sebuah lembah di Palestin. Sebuah tempat yang cukup strategik dari segi peperangan. Perang ini juga dikatakan sebagai perang terakhir dengan menggunakan seluruh kekuatan pelbagai peralatan senjata moden yang canggih. Mungkin perang itu adalah Perang Dunia ketiga yang disebut-sebut sebagai Perang Nuklear.
Banyak yang mengatakan bahawa dalam Perang Dunia Ketiga, bom nuklear akan digunakan. Ada diceritakan juga dalam kitab Bahrul Mazi. Perang Dunia Ketiga yang diramal akan berlaku dalam tempoh yang singkat. Tetapi, kemusnahannya amat dahsyat. Sehingga dikatakan dunia selepas itu akan kembali menjadi seperti Zaman Pertengahan di mana bala tentera hanya akan menunggang kuda dan bersenjatakan pedang seperti perang zaman dahulu.
“Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang keempat akan berjuang dengan busur dan anak panah.” – Louis Lord Mountbatten
“Saya tidak tahu dengan apa senjata Perang Dunia Ketiga akan digunakan, tetapi Perang Dunia Keempat akan bertempur dengan kayu dan batu.” – Albert Einstein
Apakah kenyataan Einstein dan Mountbatten hanya kebetulan? Kononnya ini disebabkan semua teknologi tidak boleh digunakan lagi pada masa itu kerana EMP (electromagnetic pulse) senjata nuklear itu sendiri berlaku ketika Perang Dunia Ketiga. Jadi, kekuatan bala tentera ketika Perang Dunia Keempat nanti adalah seimbang dan tidak berat sebelah kerana semuanya menggunakan peralatan perang yang sama.
Malah, ada sebahagian hadis yang menekankan akhir zaman nanti akan berlakunya perang menggunakan pedang dan Dajjal akan disembelih dengan pedang. Hadis Nabi juga ada menyebut, Yahudi Zionis akan bersembunyi di balik-balik batu dan kayu dan hanya selamat di belakang pokok Yahudi iaitu pokok Gharqad, yang banyak ditanam di Israel sekarang ini.
“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi. Umat Islam akan membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok ‘Gharqad’, kerana ia adalah pokok Yahudi “. (Hadith Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Perang Akhir Zaman Akan Menggunakan Senjata Tradisional?


Hancurnya bangsa Yahudi merupakan salah satu daripada tanda-tanda datangnya hari kiamat. Bermula dengan sebuah peperangan besar yang melibatkan banyak bangsa di dunia termasuk bangsa Yahudi. Sebelum berlaku peperangan ini, terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam.

Pertempuran dahsyat ini dikenali sebagai Armageddon, di mana lokasi utama perang ini adalah di lembah Megiddo atau Mageddon, Palestin. Mungkin ada yang menganggap Perang Armageddon hanyalah sebuah filem rekaan Hollywood belaka. Kenyataannya, Hollywood yang disokong oleh Yahudi memang mahu menyembunyikan fakta tentang Armageddon ini melalui propaganda filem. Padahal di kalangan para ahli kitab mereka telah mengkaji tentang peperangan ini dan senantiasa bersiap sedia untuk menghadapinya.
Disebutkan dalam Kitab Zakaria (89/13), bahawa sebahagian besar bangsa Yahudi akan mati dalam perang Armageddon dan dua pertiga daripada mereka akan musnah. Sedangkan dalam kitab Zagiyal (12/39) disebutkan: “Akan berlangsung tujuh bulan sehingga rumah Israel berjaya menguburkan mereka (orang-orang mereka yang terbunuh) sebelum membersihkan bumi”.
Sebutan Armageddon sebenarnya tidak terdapat dalam mana-mana Hadis. Hanya disebut dalam kajian-kajian Kristian dan Ahli Kitab. Menurut bahasa Ibrani, Ar bermaksud gunung atau bukit. Mageddo pula adalah nama sebuah lembah di Palestin. Sebuah tempat yang cukup strategik dari segi peperangan. Perang ini juga dikatakan sebagai perang terakhir dengan menggunakan seluruh kekuatan pelbagai peralatan senjata moden yang canggih. Mungkin perang itu adalah Perang Dunia ketiga yang disebut-sebut sebagai Perang Nuklear.
Banyak yang mengatakan bahawa dalam Perang Dunia Ketiga, bom nuklear akan digunakan. Ada diceritakan juga dalam kitab Bahrul Mazi. Perang Dunia Ketiga yang diramal akan berlaku dalam tempoh yang singkat. Tetapi, kemusnahannya amat dahsyat. Sehingga dikatakan dunia selepas itu akan kembali menjadi seperti Zaman Pertengahan di mana bala tentera hanya akan menunggang kuda dan bersenjatakan pedang seperti perang zaman dahulu.
“Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang keempat akan berjuang dengan busur dan anak panah.” – Louis Lord Mountbatten
“Saya tidak tahu dengan apa senjata Perang Dunia Ketiga akan digunakan, tetapi Perang Dunia Keempat akan bertempur dengan kayu dan batu.” – Albert Einstein
Apakah kenyataan Einstein dan Mountbatten hanya kebetulan? Kononnya ini disebabkan semua teknologi tidak boleh digunakan lagi pada masa itu kerana EMP (electromagnetic pulse) senjata nuklear itu sendiri berlaku ketika Perang Dunia Ketiga. Jadi, kekuatan bala tentera ketika Perang Dunia Keempat nanti adalah seimbang dan tidak berat sebelah kerana semuanya menggunakan peralatan perang yang sama.
Malah, ada sebahagian hadis yang menekankan akhir zaman nanti akan berlakunya perang menggunakan pedang dan Dajjal akan disembelih dengan pedang. Hadis Nabi juga ada menyebut, Yahudi Zionis akan bersembunyi di balik-balik batu dan kayu dan hanya selamat di belakang pokok Yahudi iaitu pokok Gharqad, yang banyak ditanam di Israel sekarang ini.
“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi. Umat Islam akan membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok ‘Gharqad’, kerana ia adalah pokok Yahudi “. (Hadith Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Inilah Presiden Termiskin Di Dunia!


Sebagai seorang pemimpin sudah tentu ia akan dilimpahi dengan harta kekayaan dan kemewahan. Namun tahukah anda terdapatnya seorang presiden yang digelar sebagai presiden termiskin di dunia.
Seorang presiden umumnya hidup penuh dengan kekayaan dan nikmat dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan yang diberikan. Namun percaya atau tidak, hal ini berbeza terhadap dengan seorang presiden ini. Beliau telah mendapat sebuah gelaran dari rakyatnya sebagai ‘presiden paling miskin di dunia‘. Presiden itu bukan di Malaysia, tetapi Dialah Jose Mujica, presiden Uruguay dijuluki sebagai “el presidente mas pobre” yang bererti presiden termiskin. Ini disebabkan presiden yang berusia 77 tahun ini menyumbangkan hampir seluruh gajinya sebagai orang nombor satu untuk rakyat.
 Kepada surat khabar Sepanyol, El Mundo, Jose Mujica mengaku menerima gaji sebesar USD 12.500. Namun ia hanya mengambil USD 1.250 dari gajinya. Alhasil ia pun dianugerahi gelar lain sebagai presiden paling dermawan di dunia.
“Saya baik-baik saja dengan jumlah itu, keraa di Uruguay banyak yang hidup dengan penghasilan yang penghasian yang jauh lebih sedikit dari itu.” tuturnya merendah.
Seperti yang dilansir oleh Yahoo, Jose Mujica juga mengajak isterinya yang merupakan seorang senator untuk melakukan hal yang sama.
Jose Mujica tinggal di rumah pertanian di Montevideo. Selama dirinya menjadi presiden, pengeluaran terbesar yang pernah ia keluarkan adalah pembelian sebuah kereta Volkswagen Beetle, senilai USD 1.945.
Hal positif lain yang patut ditabik di masa kepemimpinan Mujica adalah tingkat korupsi yang paling sedikit di antara negara di benua Amerika Selatan. Lelaki yang merupakan mantan pejuang gerila ini sama sekali tidak memiliki akaun bank ataupun hutang. Meski begitu ia mengaku memiliki satu hal berharga yang tidak boleh dibeli oleh wang, iaitu anjingnya, Manuela.
Diketahui, Jose Mujica bukanlah presiden pertama yang menyumbangkan gajinya. Presiden AS John F. Kennedy, menyumbangkan gajinya, hal serupa juga dilakukan Presiden Herbert Hoover.
Selayaknya hal ini patut di contoh bagi para pemimpin di dalam negeri kita. Pemimpin yang benar-benar mengabdikan diri dan kekayaannya untuk rakyat. Bukan hanya untuk kekuasaan dan harta.

20 FAKTA MENARIK TENTANG LIPAS + BONUS GAMBAR LIPAS PALING TERKENAL DI DUNIA


1-Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila..
2-Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow
3-Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
4-Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
5-Lipas mempunyai darah berwarna putih
6-Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
7-Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
8-Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
9-Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
10-Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho
11-Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh
mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
12-Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
13-Lipas ada gigi di dalam perutnya
14-Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
15-Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
16-Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
17-Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
18-Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut 
19-Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
20-Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa.
BONUS
Lipas paling terkenal di Dunia

Pelik!!! Pakaian Wanita Dibuat Daripada Kondom


Assalamualikum dan salam sejahtera terima kasih sudi singah ke blog laman infomasi menarik.Kali ini admin ini kongsikan dengan pengunjung mengenai info pelik.Memang tidak sangka biasanya kondom ni orang selalu fikirkan benda yang tidak baik namun tidak pula untuk mereka yang berjiwa seni bayangkan kondom dikutip dan dibuat pakaian yang cantik-cantik begitu creatifnya manusia lihat gambar-gambar dibawah











Share this article : 

Tuesday 11 June 2013

Mitos negara popular

JERMAN
NEGARA ini menduduki tempat pertama paling popular di kalangan mereka yang ditemui untuk mengumpul maklumat dengan jumlah undian 59 peratus.
Berikutan kedudukan ekonomi yang teguh selain diharap menjadi penyelamat kepada rakan-rakan di Eropah yang tenat akibat kemelesetan ekonomi telah memberi kelebihan untuk menaikkan imej positif negara tersebut.
Jerman telah diberi penilaian yang positif oleh kebanyakan negara dalam Kesatuan Eropah (EU) terutamanya Perancis dan Sepanyol melainkan Greece yang masih sinikal terhadap negara itu dan pernah memberikan imej Nazi kepada Canselornya, Angela Merkel.
Pandangan yang sama dikongsi oleh kebanyakan negara lain di luar Eropah yang melihat kesungguhan pemimpin dan menterinya mempromosi dan menjalin hubungan perdagangan yang efektif sesama mereka.
Antara negara yang memandang tinggi sikap ‘tidak menyombong’ Jerman ini adalah Mongolia, Ghana dan Australia.
Populariti ini berjaya mengembalikan kedudukan Jerman sebagai negara paling popular tahun ini selepas ditinggalkan Jepun untuk kedudukan pertama tahun lepas.

Gigi kuat, sihat dan menawan!


GIGI merupakan salah satu aset penting bagi kehidupan seseorang. Kerosakan gigi yang teruk seperti berlubang pastinya akan menjejaskan rupa paras kamu, sekali gus mengurangkan keyakinan diri.
Umumnya, seorang dewasa mempunyai 32 batang gigi. Gigi-gigi tersebut, termasuklah dua gigi kapak, satu gigi taring, dua geraham kecil dan tiga geraham besar dengan geraham bongsu. Gigi yang tidak akan berganti dinamakan sebagai gigi kekal kerana ia tidak akan tumbuh lagi selepas itu sampai bila-bila.
Oleh itu, penjagaan gigi amatlah penting untuk menjamin kehidupan yang ceria di hari kemudian kelak. Apatah lagi pada usia seperti kamu, waktu sebegini merupakan saat yang tepat untuk kamu mula ambil peduli tentang gigi kamu.
Sudah tentu kamu tidak mahu mengalami sebarang komplikasi gigi, bukan? Itu sebenarnya merupakan antara penyebab ada dalam kalangan kamu enggan memberikan senyuman tatkala bergaya di hadapan kamera.
Jadi, untuk tujuan itu, ruangan Kesihatan kali ini memberikan informasi menarik yang boleh kamu ikuti agar gigi kamu sentiasa sihat dan mampu menawan mereka yang berada di sekeliling kamu. Tentu kamu pernah mendengar peribahasa lebih baik mencegah daripada merawat, bukan? Jadi, teruskan membaca! - LAILISUHANA
Karies Gigi
- Terjadi apabila struktur gigi mereput dan mula mengakibatkan kerosakan (karies) nyata pada gigi. Hal ini berpunca daripada pengambilan gula secara kerap yang membantu kepada pembentukan asid oleh bakteria dalam plak gigi.
- Tindak balas daripada pengambilan itu dengan bakteria yang ada di dalam plak seterusnya akan menghasilkan asid yang akan menyerang gigi kamu dan menyebabkan gigi kamu reput.
- Apabila gigi kamu mulai mereput, secara tidak langsung ia akan memberikan satu implikasi yang negatif kepada penampilan kamu. Harus diingat bahawa gigi yang reput itu merupakan gigi kekal dan tidak mungkin akan berganti.
- Inilah yang akan terjadi apabila kamu gemar mengambil makanan ringan atau manis, tidak menjaga kebersihan mulut seperti amalan memberus gigi secara rutin dan kekurangan pengaliran saliva di dalam mulut.
Tanda Karies Gigi
* Kesakitan pada bahagian gigi (rasa seperti ngilu)
* Gigi mulai bertukar warna menjadi hitam
* Kamu mula akan menjadi tidak selesa untuk mengunyah dan memberus gigi.
* Mulut mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
* Gigi berlubang
Komplikasi Karies Gigi
Bahagian gigi juga mempunyai komplikasi. Antaranya adalah bengkak pada gusi, gigi menjadi mati dan mula kehilangan gigi terutama gigi yang telah pun berlubang.
Tip Penjagaan Gigi
- Gosok gigi kamu setiap dua kali dalam sehari. Sekurang-kurangnya kamu dapat menghalang pembentukan kaviti pada gigi kamu.
- Gosok gigi kamu sebaik-baiknya selepas kamu bersarapan dan sebelum kamu bersedia untuk tidur. Cadangan masa untuk menggosok gigi adalah selama tiga minit setiap sesi.
- Bagi kamu yang mempunyai risiko gigi berlubang yang tinggi, kamu dinasihatkan supaya tidak berkumur selepas menggosok gigi pada waktu malam.
- Amalkan juga flossing pada setiap hari. Flossing dapat membantu kamu membuang sisa-sisa makanan di celah gigi yang sukar dicapai atau dibersihkan oleh berus gigi.
- Dapatkan juga pemeriksaan daripada doktor gigi dari klinik atau hospital yang berhampiran untuk mengetahui tahap kesihatan gigi kamu, sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
- Selain itu, kamu juga perlulah mengelakkan diri kamu daripada mengambil makanan dan minuman yang boleh merosakkan gigi seperti gula-gula dan minuman berkarbonat.

Ronaldo mahu kekal di Real



Cristiano Ronaldo akan membincangkan kontrak baharu bersama Real Madrid selepas pulang daripada percutian. - AFP
MADRID - Presiden Real Madrid, Florentino Perez menegaskan, bintang sayap Portugal, Cristiano Ronaldo mahu meneruskan komitmennya bersama gergasi bola sepak Sepanyol itu biarpun dikaitkan dengan kepulangan semula ke kancah bola sepak Inggeris.
Ronaldo, 28, sebelum ini memberi isyarat bahawa dia bercadang untuk meninggalkan Madrid apabila kontraknya berakhir pada 2015 dan keberatan untuk membincangkan mengenai terma baharu dalam kontraknya.
Begitupun Perez menegaskan, pemain Portugal itu sudah menemui pengurusan kelab baru-baru ini dan mengesahkan dia sedia untuk memulakan rundingan.
"Saya mahu menjelaskan keadaan kepada semua. Adalah menjadi sasaran saya, sasaran Cristiano dan sasaran penyokong Real Madrid untuk melihat dia menyarung jersi kami selama yang mungkin.
"Apabila ramai orang berkongsi hasrat yang sama, perkara itu biasanya akan berlaku. Saya mahukan dia, Real Madrid mahukannya, pemain itu juga mahu perkara yang sama... tanpa sebarang keraguan," tegas Perez kepada akhbar Sepanyol, Marca.
Perez turut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan Ronaldo akan dibenarkan meninggalkan Madrid pada musim panas ini jika Real menerima tawaran yang munasabah.
"Dia masih berbaki dua tahun dalam kontraknya. Semua orang memikirkan dia akan pergi esok, sedangkan kami mahu dia berada di sini untuk tempoh yang lebih lama. Cristiano berada dalam projek jangka panjang kami.
"Real Madrid adalah pasukan yang bergantung kepada pemain yang hebat. Menjadi tradisi kami, dalam satu legasi pasti memiliki seorang legenda.
"Dulu kami ada Alfredo Di Stefano, kemudian Zinedine Zidane dan sekarang jelas fokus utama adalah kepada Ronaldo. Tiada perkara yang lebih baik daripada memiliki pemain terbaik dunia dalam pasukan anda.
"Kami percaya Ronaldo akan memahat nama dalam sejarah kelab menyamai apa yang telah dilakukan oleh Di Stefano," katanya lagi.
Perez bagaimanapun mengakui, tiada rundingan rasmi diadakan dengan pihak Ronaldo ketika ini kerana mereka sentiasa berbincang sepanjang masa.
"Kalau anda tanya saya, apakah kami ada menyentuh tentang wang, jawapannya tidak. Sekarang bukan masa yang sesuai, itu kita kena tunggu selepas dia (Ronaldo) kembali daripada bercuti. Tetapi di Real, kami sentiasa berbincang," kata Perez. - Agensi

Projek Geli-Geli, Guru Wanita Kantoi Tanpa Pakaian

Projek Geli Geli, Guru Wanita Kantoi Tanpa Pakaian
Projek Geli-Geli, Guru Wanita Kantoi Tanpa Pakaian - GARA-GARA tidak dapat menahan nafsu, sepasang kekasih berasmara di dalam sebuah rumah di Kampong Batu 9 disini di cekup penduduk, polis dan pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak, baru-baru ini.
Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampong (JKKK) Kampong Baru, Batu 9, Ahmad Bahrom, 59, berkata, penangkapan itu dilakukan setelah penduduk mengintip gerak geri pasangan itu selama dua minggu di rumah milik ibu bapa lelaki tersebut yang dikatakan telah menjadi tempat pasangan itu melempiaskan nafsu.
Menurutnya juga, sebelum ini, ibu bapa lelaki berkenaan dikatakan telah menasihatkan anaknya supaya bernikah dengan gadis pilihanya itu tetapi lelaki tersebut sengaja melengah-lengahkan untuk berkahwin.
“Ketika serbuan dibuat ibu bapa lelaki itu dikatan tiada dirumah, ia memaksa kami untuk memecah pintu depan rumah tersebut yang dikunci kerana pasangan tersebut dikatakan enggan untuk memberi kerjasama. “Lelaki yang berusia 30-an tersebut adalah seorang kontraktor di kawasan Changkat Jong manakala teman wanitanya yang berusia 25 tahun yang berasal dari Terengganu, adalah merupakan seorang guru yang bertugas si sebuah sekolah menengah di Setapak, Kuala Lumpur, kata ketika ditemui.
Ahmad berkata, ketika serbuan dilakukan, lelaki berkenaan didapati hanya memakai tuala sahaja sementara teman wanitanya berselimut dan berada di atas tilam.
Katanya, pasangan kekasih itu juga gagal menunjukan dokumen yang mengatakan mereka adalah pasangan suami isteri yang sah ketika diminta oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak, Hilir Perak. Pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak enggan memberi maklumat dengan alasan semua kenyataan hanya boleh dibuat oleh Pegawai Penguatkuas di Ibu Pejabat Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh. –

Kenaikan Gaji 1 Julai 2013 Saat Dinanti Penjawat Awam


Kerajaan bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.

“Langkah itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion,” katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan ‘Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020′, di sini.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa serta menteri-menteri Kabinet.

Najib berkata semua inisiatif yang diumumkan merupakan sebahagian daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (STI).

Perdana Menteri juga berkata berkuatkuasa 1 Januari 2013 semua struktur gaji maksimum dalam jadual Gaji Minimum-Maksimum akan diperuntukkan tambahan kenaikan gaji tahunan sebanyak tiga KGT.

“Ini bagi membolehkan seramai 182,434 pegawai yang berada di gaji maksimum mendapat faedah pergerakan gaji tahunan mulai tahun ini (2013) tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa.

“Semoga inisiatif itu dimanfaatkan penjawat awam bagi meningkatkan motivasi mereka untuk terus memberi sumbangan kepada negara,” katanya.

Najib berkata sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, dalam memastikan penjawat awam sentiasa berprestasi tinggi dan berproduktiviti, kerajaan turut bersetuju Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus diberikan kepada pegawai yang mencapai dan berada di gaji maksimum tertakluk memenuhi syarat pergerakan gaji tahunan termasuk syarat prestasi yang ditetapkan.

Perdana Menteri turut menyampaikan berita gembira kepada pegawai kontrak yang berjumlah hampir 50,000 orang yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 bakal disambung setahun lagi sementara kajian secara menyeluruh dilaksanakan. Brnm