Assalamualaikum
geng blog hijau. Apa hukum kencing sambil berdiri ek?, jawapannya:
Tidak dibolehkan kencing berdiri, kerana ia bercanggah dengan sopan dan
etika yang mulia, di samping mengelakkan diri daripada percikannya.
Namun jika diyakini air kencing itu tidak memercik dan dapat dipastikan
tidak akan terkena dirinya, maka tidak menjadi halangan baginya untuk
kencing berdiri.
Diriwayatkan dari Huzaifah ra yang menceritakan :
“Suatu
ketika Nabi SAW singgah di suatu tempat pembuangan sampah berhampiran
dengan daerah suatu kaum. Di situ, beliau membuang air kecil sambil
berdiri. Melihat itu, aku segera pergi menjauh, tetapi beliau malah
berkata : Mendekatlah ke mari Aku pun segera menghampirinya hingga
berdiri berhampiran dengan tumitnya. Kemudian aku melihatnya berwuduk
dan menyapu kedua-dua khufnya.”
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Petikan
hadis di atas ini adalah untuk menunjukkan bahawa harus kencing sambil
berdiri. Tetapi ia bukan untuk menunjukkan kebiasaan Rasulullah SAW
kencing sambil berdiri. Kebiasaan Rasulullah ialah kencing secara duduk.
Imam
An-Nawawi mengatakan kencing dalam keadaan duduk adalah lebih baik
mengikutnya pandanganku, namun jika seseorang kencing dalam keadaan
berdiri, maka itu juga tetap di bolehkan. Kedua-dua keadaan ini pernah
dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Ada
sebahagian ulamak mengatakan bahawa hukum kencing berdiri adalah makruh
kecuali jika ada sebarang keuzuran. Menurut mereka perbuatan Nabi
kencing berdiri adalah kerana ada keuzuran bagi baginda, kemungkinan
susah bagi baginda untuk duduk pada ketika itu memandangkan tempat itu
ialah tempat pembuangan sampah atau mungkin juga baginda mengalami sakit
tulang belakang. Menurut Imam Syafie orang Arab jika mereka mengalami
sakit belakang, mereka akan kencing berdiri.
Di
kalangan para sahabat sendiri terdapat khilaf tentang kencing berdiri.
Terdapat riwayat menceritakan bahawa Saidina Umar, Ali, Zaid bin Tsabit,
Ibnu Umar, Abu Hurairah dan Anas ra pernah kencing sambil berdiri.
Antara sahabat yang memakruhkannya pula ialah Ibnu Mas’ud dan diikuti
oleh Imam as-Sya’bi dan Ibrahim bin Sa’ad.
Rumusan
dari perbahasan kencing berdiri di atas, maka hukumnya adalah harus
jika orang tersebut mengalami kesukaran untuk kencing duduk. Manakala
hukum makruh pula jika orang tersebut melakukan kencing berdiri dengan
sengaja dan ia tidak mengalami apa-apa kesukaran dan musibah. Namun yang
terbaik ialah kencing sambil duduk. Ini ditegaskan oleh Imam Ibnu
al-Munzir :
“Kencing sambil duduk lebih aku sukai. Namun kencing berdiri hukumnya adalah harus. Kedua-duanya ada dalil dari Nabi SAW”.
Betway Casino India - JT Hub
ReplyDeleteOur casino reviews will provide 여수 출장마사지 you with a list of all the games available. Take advantage of our VIP Rewards program and 제주도 출장샵 enjoy a 여수 출장마사지 VIP 통영 출장안마 stay. Rating: 4.5 · 논산 출장안마 Review by JT Hub