Tuesday 30 April 2013

Hebat! Benarkah Wanita Ini Penembak Tepat “Sniper” Dunia?


Hebat! Benarkah Wanita Ini Penembak Tepat “Sniper” Dunia? | Tidak semua orang mempunyai kepakaran dalam menembak secara tepat. Jadi tidak hairanlah jika kerjaya ini tidak semua orang mampu menggalasnya. Pihak polis juga mempunyai penembak tepat mereka sendiri. Di bawah ini adalah merupakan seorang wanita yang dipercayai mempunyai kemahiran menembak secara tepat. Ia sudah beberapa kali mengegarkan dunia dengan mengunguli kejuaraan dalam acara menembak.
wanita1
Chandro Tomar kelihatan seperti nenek biasa pada umumnya. dia yang kini berumur 78 tahun, mempunyai 6 anak dan sangat menyayangi 15 cucunya.
Nenek Tomar merupakan seorang penembak tepat atau sniper profesional tertua di dunia. Nenek yang berasal Baghpat, Uttar Pradesh, India itu telah memenangi 25 pertandingan menembak tepat nasional. Dan yang lebih mengejutkan, ia mula memegang senapang untuk pertama kalinya pada 10 tahun lepas atau ketika umurnya 68 tahun.
wanita2
wanita4
wanita3
Hanya dalam masa 10 tahun ia mampu menguasai teknik menembak tepat dengan cepat. Kalau Vasily Zaitsev masih hidup, mungkin bakal diadakan pertandingan menembak di antara mereka.
Semuanya bermula ketika Nenek Tomar menemani cucu perempuannya ke sebuah kelab menembak. Cucunya amat tertarik dengan dunia ini namun ia malu untuk pergi sendirian. “Ketika aku sedang menungguinya, aku memutuskan untuk mencuba,” ungkap nenek itu. “Jurulatih melihatku dan terkesima dengan bidikanku.”
Setelah itu ia pun berlatih secara teratur. Farooq Pathan mengatakan Nenek Tomar amat mahir sampai-sampai tak ada lelaki yang berlatih secara bersamaan kerana takut dimalukan. “Ia mempunyai kepakaran mumpuni, tangan yang kukuh, dan mata yang tajam,” ujarnya.
Bakat yang dimiliki Nenek Tomar seolah-olah telah mendarah daging di dalam keluarganya. Seema, salah satu puterinya adalah wanita India pertama yang memenangi kejuaraan pistol dan senapang pada 2010. Sedangkan salah satu cucunya, Neetu Solanki, merupakan penembak tepat antarabangsa yang mewakili India di kejohanan yang berlangsung di negara-negara dunia seperti Hungary dan Jerman. Kedua perempuan itu mengaku kisah Tomar telah memberi inspirasi mereka untuk semakin maju.
“Ia begitu mengagumkan,” ungkap Seema. “Jika ia boleh melakukannya, maka kami pun pasti boleh. Ia memperlihatkan kepada kami bahawa segala sesuatu itu boleh berlaku. Ia telah sangat membantu meningkatkan kehidupan kami. “
Neetu, cucu perempuannya, menambah bahawa di dalam masyarakat yang didominasi oleh lelaki seperti di India, neneknya memberi harapan kepada para generasi muda.
“Para  remaja wanita  mengatakan, ‘kalau nenek boleh, kenapa kita tidak?’ Aku katakan pada mereka: bekerja keraslah dan jagalah dagumu tetap ke atas dan kamu pasti akan bertualang ke banyak tempat,” kata Neetu.

Siapakah Pemimpin Yang Suka Merendah Diri? (Menarik!)


Siapakah Pemimpin Yang Suka Merendah Diri? (Menarik!) | Banyak pemimpin-peminpin terdahulu ketika di zaman Rasulullah SAW, mempunyai sifat yang suka merendah diri antaranya Salman Al-Farisi. Merendah-rendahkan diri sini, bukanlah bermakna kita hidup tanpa sebarang keyakinan, akan tetapi hidup dalam keadaan bersederhana. Memang sukar untuk kita mencari pemimpin yang suka merendah diri ini. Mungkin ada di antara kita tidak mengenali siapa sebenarnya Salman Al-Farisi ini. Jom ikuti kisah di bawah ini.
salman
Salman Al-Farisi tergolong sebagai salah seorang sahabat Rasulullah saw. Beliau berasal dari negeri Parsi. Pernah di masa hidupnya, Salman telah diberi jawatan sebagai Gabenor di salah sebuah jajahan takluk Islam. Namun demikian kedudukannya itu tidak sedikit pun mengubah keperibadiannya yang penyantun, rendah diri, serta zuhud terhadap kemewahan dunia.
Pada suatu hari, diriwayatkan seorang rakyat awam tanpa mengenali Salman terus menariknya secara kasar lalu menyuruhnya melakukan suatu kerja yang berat. Orang itu menjumpai Salman ketika berada di tepi jalan. Ia mempunyai sebuah karung besar lalu menyuruh Salman memikulnya sampai ke rumah.
Tanpa banyak soal Salman terus memikulnya. Di pertengahan jalan, seorang lelaki telah memberi salam kepadanya. Alangkah terkejutnya melihat Salman memikul karung. Lalu berkata: “Wahai tuan! Tahukah tuan bahawa orang yang memikul karung tuan itu adalah Salman Al-Farisi, Amir negeri kita ini.”
Terkejut lelaki itu mendengarnya, apabila dikenangkan orang yang dikasarinya itu adalah gabenornya sendiri. Lantas dia meminta maaf lalu menyuruh Salman menurunkan karung yang sedang dipikulnya itu. Tetapi Salman menjawab: “Oh tidak mengapa tuan. Biarlah saya memikul barang tuan ini hingga sampai ke rumah tuan“. Demikianlah ketinggian budi pekerti Salman Al-Farisi, salah seorang sahabat Rasulullh saw. yang tidak mementingkan darjat kedudukan.

Sila Cuba Ini Dan Kagumi Keagungan Allah


nama allah
Tengok titik hitam di dalam di atas selama 10 saat dan lepas tue tengok ke dinding. Anda pasti akan kagum sebentar. Subhanallah. Kredit info kepada 

Gua Seakan Dalam Kisah Fairy Tale Di Kamchatka, Siberia (6 GAMBAR)


Gua ini terletak 70km daripada selatan Petropavlovsk-Kamchatsky. Gua ini terletak berhampiran dengan gunung berapi Mutnovsky. Gunung berapi Mutnovsky antara gunung berapi di dunia yang diliputi salji. Sungai yang mengalir di dalam gua ini datang dari kolam air panas Gunung Berapi Mutnovsky dan di atas gua ini merupakan salji yang telah menjadi mampat.
1
2

3
4
5
6

Penapis Air Yang Boleh Menukarkan Coke Kepada Air Jernih

Penapis air ini dikeluarkan oleh ÖKO. Sistem yang digunakan adalah dari teknologi NASA. Sistem ini bertujuan untuk mendapatkan bekalan air yang bersih dan sesuai untuk diminum. Uji kaji dibuat menggunakan air coca cola dan hasilnya air coca cola menjadi jernih selepas ditapis menggunakan penapis air ÖKO. Rasa air coca cola yang ditapis seperti meminum air gula.
1
2

Pekerjaan Individu Di Malaysia Sebelum Mereka Terkenal


01. Dato’ Yusoff Haslam – Konduktor Bas
02. Nabil (Raja Lawak 2) – Despatch
03. Amy Mastura – Pramugari
04. Ziana Zain – Pramugari
05. Anuar Zain – Pramugara
06. Shamsul Ghau2 – Polis
07. REM – Cikgu
08. Adibah Nor – Cikgu Bahasa Inggeris
09. Amelina – Operator
10. Nubhan (AF) – Kerani Bank
11. Fauziah Gous – Pramugari
12. Shawal (AF) – Despatch
13. Suhaimi(Inteam) – Guru agama
14. Salleh Yaakob – Askar
15. Aaron Aziz – Jurujual Kereta

Monday 29 April 2013

WOW! - Menakjubkan Padi Bercahaya Pink di Jepun (6 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Permandangan yang menakjubkan pabila Padi bercahaya Pink di Malam hari di Jepun. Biasa kita lihat titik-titik cahaya bintang di langit, tapi ini pula bintang-bintang pink menyinari di Sawah padi dimana Sawah padi ini dipasangkan 20,000 LED merah jambu dan memecahkan rekod dunia.


Sawah padi Shiroyone Senmaida di Jepun kini muncul dalam Guinness Book of World Records dan telah didaftarkan sebagai Globally Important Agricultural Heritage Systems (GIAHS) tahun lepas, sebagai tapak yang unik dan bernilai.

Saksikan lagi gambar-gambar panorama memukau pemandangan di bawah ini..








Terletak di Semenanjung Noto, yang kaya dengan kepelbagaian dengan iklim yang agak panas, sawah padi terkapar atas cerun curam berlatar belakangkan Laut Jepun. Dibentangkan seperti mozek, ia mengandungi lebih 2,000 kolam bekalan air untuk pertanian.


The annual Senmaida (thousand rice fields) Light Up (Senmaida Aze no Mantoue 千 枚田あぜの万燈), Pada Okt 8 2011. Ini adalah salah satu Ritual pencahayaan Ishikawa yang paling popular dan acara penutup musim perayaan Noto. Senmaida, koleksi 2000 sawah padi ditanam oleh penduduk tempatan yang berminat dalam penanaman padi mereka sendiri, akan dinyalakan dengan ribuan lilin. Sawah padi ditanam di lereng bukit di pantai Laut Jepun hanya di luar bandar Wajima. Ini adalah salah satu pemandangan paling indah di Ishikawa. 

SUMBER: ishikawajet, Dailymail

TAOTAUAJER : Indah sungguh permandangan kat Sawah padi Shiroyone Senmaida di Jepun ini, memang best kalau dapat datang sana dengan lampu-lampu yang indah dan romantik..hehe. Berbeza sekali dengan padi di negara kita jika di negara kita di tanam di kawasan landai dan berair di jepun pula ia di tanam di lereng-lereng bukit dan tidak bertakung air

OMG! - Berani mati,Jurugambar ambil gambar anaconda secara dekat (6 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Anaconda adalah spesis ular yang tidak berbisa namun begitu mempunyai tenaga dan tubuh yang besar berbanding dari ular-ular yang lain. Ia adalah salah satu haiwan yang paling di takuti. Tapi seorang jurugambar ini sungguh berani merakamkan gambar haiwan ini secara dekat. Memang giler dan boleh menempah maut.

Franco Banfi penyelam Swiss pergi ke rantau Mato Grosso Brazil untuk merakamkan kejadian yang menakjubkan ini secara dekat, ular Anaconda yang sangat besar dalam habitat semulajadi mereka,

Saksikan lagi gambar-gambar di bawah ini....
Ia berada hanya beberapa inci di bawah permukaan air dan bersedia untuk menyerang - dan korang takkan sedar ia berada di bawah permukaan air.

Imej-imej yang luar biasa menunjukkan ular yang besar 26 kaki (lapan meter) anacondas Mato Grosso di Brazil mencari mangsa.

Dirakamkan oleh penyelam berani dan peminat ular iaitu Franco Banfi, 53, yang menyertai binatang ini dalam habitat semulajadinya  dengan hanya bersenjatakan kamera.


Bersedia untuk menyerang : penyelam Berani dan ular peminat Franco Banfi menangkap imej ular Anaconda yang sangat besar mengintai di bawah permukaan sungai di Mato Grosso do Sul, Brazil


Memburu: Anaconda Ini mengimbas permukaan air mencari mangsanya seperti tikus, ikan atau burung

Besar: Ini Anaconda dengan kira-kira lapan meter panjang. Franco Banfi penyelam Swiss menangkap gambar pada lawatan sepuluh hari untuk Grosso Mato Sul di Brazil.


SUMBER : Dailymail

TAOTAUAJER : Giller la besar, nie kalau tersilap langkah jurugambar tersebut lak menjadi mangsa di ngap oleh ular Anaconda tersebut? Kalau korang ade berani? Memangg hebat berani mati lah juru gambar nieh, kalau tao idak ler. -

OMG! - Sanggupkah Korang Menerima Awek Cun Sebagai Pasangan Anda Setelah Lihat Badannya? (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Adakah Anda Sanggup Ber'Couple' Dengan Gadis Ini? Kalau dilihat pada rupanya, memang boleh tahan tetapi bila tengok tangannya, errr agak kurang menarik eh. 
 Agak -agak kalau kita couple dengan kita ade orang berani kacau tak? huhuu... dah macam yakuza...
TAOTAUAJER : Tetapi apa kata korang? Dan cuba fikir apa kata orang tua bila tengok anak dia dengan gadis dengan tangan macam itu. Dan cuba korang bayangkan bila dah tua nanti , ada tatoo kat tangan dan anak-anak akan lihat dan anak-anak akan ikut pulak jejak langkah ibu. - Koleksi OMG!

INFO! - Ketahui 15 Fakta Mengenai Gunung Everest Yang Kita Tak Penah Tahu

TAOTAUAJER - Ketahui 15 Fakta Mengenai Gunung Everest Yang Kita Tak Penah Tahu, Umum mengetahui yang Gunung Everest merupakan gunung yang paling tinggi di dunia. Disebabkan ketinggiannya itu dan kecantikan pemandangan di situ ramai pendaki di seluruh dunia cuba untuk menawan puncaknya. 
Berikut merupakan 15 fakta mengenai pendaki-pendaki gunung everest.
1. Rakyat Malaysia yang pertama berjaya menawan Everest: N. Mohandas dan M.Magendran.
2. Pendaki termuda dari Asia Tenggara: Mohamed Muqarabin dari Malaysia - 23 tahun
3. Pendakian pertama: Edmund Hillary - 1953
4. Wanita pertama berjaya mendaki: Junko Tabei dari Jepun - 1975
5. Mendaki Menggunakan Basikal: Goran Krop - Dari Kanada - 1993
6. Orang kurang upaya pertama: Tom Whittaker - 1998.
7. Paling muda: Tembe Tsheri - Mendaki pada usia 15 tahun.
8. Paling tua: Yuichiro Miura - 70 tahun 222 hari.
9. Paling pantas sampai ke puncak: Pemba Dorjie Sherpa - 8 jam 10 min - 2004
10. Everest mempunyai 2 laluan memanjat iaitu dari Nepal dan dari Tibet.
11. Ada teori menunjukkan Everest semakin tinggi disebabkan pergerakkan plak tektonik.
12. Cuaca yang ekstrim boleh menyebabkan tangan dan jari- jari membeku. Sebab itu ramai pendaki yang
      kehilangan jari akibat masalah frost.
13. 1.3% yang mendaki Everest menemui ajal.
14. Hanya terdapat 36% Oksigen di puncak Everest.
15. 212 orang telah maut di Gunung Everest dari 1921-2006 ketika cubaan mendaki.
TAOTAUAJER : Tidak dinafikan Gunung Everest adalah gunung yang paling mencabar sekali pendakianya sehinggakan ramai yang mencuba pergi dan tidak kembali. Dengan itu rekod-rekod ini adalah antara mereka yang hebat dan berjaya sampai kemuncak Everest. -

PEMBONGKARAN! - Biar Betul Kejadian WTC Sudah Tertulis Dalam Al Quran

TAOTAUAJER - Masih ingatkan korang akan trajedi menara WTC yang di langgar kapal terbang dan membunuh ramai orang di dalamnya pada tahun 2001? Ia menjadi satu misteri, propaganda dan konspirasi. 
Kalau kita saksikan di youtube terdapat banyak pembongkaran dimana menara tersebut bukanlah runtuh di sebabkan oleh pelanggaran kapalterbang tersebut dan menyebabkan kegagalan struktur bangunan tersebut. Apa yang tao nak kongsikan pada korang adalah dimana tao terjumpa artikel ini yang bertajuk "kejadian WTC sudah tertulis dalam Al Quran" serius ker? ok sama-sama kita ikuti penerangan lanjut di bawah ini...
“Tragedi 11 september 2001 memang membuat pilu. Namun Kejadian tersebut Telah Tercatat dan tidak diketahui oleh seorang pun.

Adalah suatu Keajaiban Al-Quran yaitu membuktikan Suatu kejadian akan terjadi di masa mendatang. Walaupun ALLAH telah MEMPERINGATKAN kita akan kejadian ini,namun kita tak sedar akan maksud dari Surah At-Taubah ayat 109 ini : ”

Ternyata ALLAH telah memberikan kabarnya 14 abad yang lalu tanpa diketahui oleh manusia. Ini adalah salah satu mukjizat Al-Qur’an yang telah membuktikan kejadian pada masa yang akan datang.

Tragedi WTC ada dalam Surah At-Taubah Ayat 109 :

Terjemahan
“Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunannya di atas dasar taqwa kepada ALLAH dan keridhaan-(NYA) itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh , lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan ALLAH tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang Zalim.” 
Disitu disebutkan keruntuhan sebuah bangunan karena yang mendirikannya adalah orang -orang yang zalim.

Pada Surah At-Taubah di atas telah disebutkan kata ditepi jurang yang runtuh yang dalam arabnya “JURUFIN HAR”. ulama tafsir dulu menterjemahakan kata ini sebagai “tepi jurang yang runtuh”

ternyata 14 abad kemudian kata tersebut menjadi nama sebuah jalan dikota New York tempat berdirinya WTC, iaitu : Jalan JERF HAR.

Subhanallah.. !!

Kita ingat kejadian Gedung WTC runtuh pada tanggal 11-9-2001.

Mari kita lihat beberapa kesamaan (yang mestinya bukan hanya kebetulan semata-mata ) :

1. Tanggal 11 adalah tanggal terjadinya tragedi WTC , apakah suatu kebetulan bila surat At Taubah terletak pada juz ke 11.

2. Bulan terjadinya tragedi itu adalah bulan September (bulan ke 9), apakah secara kebetulan jika surat At Taubah berada pada urutan ke 9 dari Alquran.

3. Tahun terjadinya tragedi itu adalah tahun 2001 , apakah secara kebetulan pula bila jumlah huruf dalam surat At Taubah terdiri dari 2001 huruf.

4. Jumlah tingkat di gedung WTC ada 109 tingkat, sekali lagi apakah mungkin kebetulan – berulang sampai 4 kali – bila hal tersebut sudah tertulis dalam Surah At Taubah ayat 109.

Ok tao bagi tau yang  di atas tu adalah Rumors....

Ikuti pula Penjelasan dari seseorang lulusan Al Azhar :

Jika kita sedikit teliti saja maka kesimpulan itu hanya kedustaan atas nama Al Quran. Satu saja dari kesimpulan itu salah maka kesimpulan itu hanya mengada-ada.

Cuba kita lihat misalnya :

1. Betulker bangunan WTC 109 tingkat ? Tenyata tidak. bangunan WTC yang roboh itu terdiri dari 110 tingkat. Ini bukan susah untuk dibuktikan. Datanya boleh dilihat oleh orang seluruh di dunia. Silakan dicari di bahagian search msn.com atau yahoo, cari info tentang WTC New York.


2. Benarkah terletak di jalan Jerf Har ? Ternyata tidak. WTC itu terletak di Wall Street.
3. Kejadian pada tanggal 11, Surat At Taubah ada di juz 11 ? Hanya orang yang tidak pernah baca Al Quran yang mengatakan demikian. Jelas sekali keseluruhan ayat Surat At Taubah ada di juz 10. Lebih detailnya surat At-Taubah terdiri dari 129 ayat, yang 92 ayat ada di juz 10 dan selebihnya (37 ayat) ada di juz 11. Apakah persamaan tarikh kejadian WTC dengan surah At-Taubat bukankah ia satu kedustaan dan “pemerkosaan” Al Quran.
4. Di ayat 109 ada perkataan  JURUFIN HAR . Sudah jelas terbantah karena jalannya bulan Jerf Har tapi Wall Street. Dalam tafsir apa pun, sepanjang beliau belajar di Al Azhar University, baik di tafsir Ar Razi dan lainnya, tidak ada seorang ulama pun yang memaksudkan kalimat ‘jurufin haar” itu untuk mengisyaratkan nama sebuah jalan di Amerika. Terlalu nista dan remeh Al-Quran mengisyaratkan hanya sebuah nama jalan. Maha Suci Allah dari mengisyaratkan hal-hal remeh.
5. Yang mengatakan jumlah huruf dari awal surat sampai ayat 109 berjumlah 2001. Maka itu juga satu penipuan. Sebab baru sampai ayat 25 jumlah hurufnya sudah 2001. Juga yang mengatakan jumlah kalimatnya 2001, hanya cukup-cukup ajer.
Saya tidak tahu ini siapa punya angkara. Yang jelas inilah gaya Israiliyah moden. Hasil kerja orang-orang yang hanya ingin membuat bodoh umat Islam. Dan orang awam yang tidak tahu apa-apa mendengar kabar seperti itu akan sangat semangat mempropagandakan kesana-kemari. Ia makan mentah-mentah tanpa rasa risau. Dan setelah itu jadi keyakinan dan pendapat masyarakat awam ternyata hanya kedustaan belaka. Mereka akan ragu pada Al Quran dan ulama. Padahal itu kerjaannya musuh Islam. Sapmapi bila umat ini tidak terus dibodohi orang? Dalam memahami Al Quran, kitab sucinya saja bukan begitu mudah didustai orang.
Sekali lagi, ikhwah wal akhawat, jangan mudah mempermainkan Al Quran. Alangkan bagusnya jika ayat 109 itu dibaca tafsirnya dipahami dengan baik isinya. Dipahami asbabun nuzulnya. Kandungannya dimasukkan ke dalam nurani untuk bekal hidup di dunia dan akhirat. Bukan malah diperkosa dengan zalim dan mempropagandakannya dengan semena-mena dan justru melecehkan kemukjizatan Al Quran.
Sama seperti beberapa waktu yang lalu. Ada yang mengotak-atik rahasia angka 9 sebagai mukjizat Al Quran. Ternyata juga sebuah kedustaan, itu kerjaannya kaum Bahaiyah yang mengingkari risalah Muhammad saw.
Apakah hakikat mukjizat Al Quran itu ? Hakikat terbesar adalah bahwa Al-Quran adalah petunjuk bagi manusia untuk berjalan lurus meraih keredhaan Allah SWT. Siapa yang mengikuti petunjuk Al Quran akan selamat di dunia dan di akhirat akan memperolah nikmat yang tiada putusnya. Inilah mukjizat Al Quran sepanjang masa. Dan syaitan selalu ingin menjauhkan dari hekikat Al Quran ini diturunkan.
Firman Allah, “Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi kabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal shaleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar” QS. Al Israa : 9
Ini saja. Semoga bermanfaat. Mari hidup bersama Al Quran, memahami dan mengamalkan isi Al Quran. Dan membela Al Quran dari serangan orang ateis yang membenci Al Quran.
TAOTAUAJER : Rasanya benda nieh dah bayang yang tersebar tetapi tidak ramai yang tahu kebenarannya, dimana kejadian WTC telah tertulis didalam Al-Quran adalah rumor semata-mata dan tindakan orang yang tidak bertanggungjawab yang saje jer nak memperbodohkan orang islam. - Koleksi Pembongkaran

Masyaallah! Keajaiban Dunia Di Panama City, Florida

florida_coastline_01 florida_coastline_03

Sunday 28 April 2013

Gambar Menarik – Rumah Paling Selamat Di Dunia

Sudah tentu bila kita ada rumah, kita nak rumah kita selamat kan? Tak kira la selamat dari bencana alam mahupun penjenayah. Kalau korang nak rumah yang selamat, boleh cuba buat rumah korang camni.. :)


Photobucket

Photobucket

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Photobucket

Photobucket
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Motorsikal Mini Diperbuat Dari Kulit Lobster

Seorang chef yang kreatif dari Taiwan telah menggunakan sebaik mungkin kulit lobster yang telah dibuang untuk membuat sebuah motorsikal miniatur. Ianya sangat kreatif dan menarik sehinggakan pakar-pakar pengukir makanan telah mempamerkan hasil kerja beliau kepada khalayak ramai ketika menjalankan sebuah seminar seni memasak, di Fuzhou, China. Jadi, bagi para tukang masak sekalian, janganlah dibuang kulit-kulit lobster setelah diambil isinya, sebaliknya lakukanlah sesuatu yang menarik daripadanya. Enjoy!


lobster-motorcycles2-550x380 lobster-motorcycles3-550x362 lobster-motorcycles4-550x389 lobster-motorcycles-550x389