Monday 22 April 2013

Perjanjian senjata AS dengan sekutu Arab amaran buat Iran


22/04/2013 2:26am

TEL AVIV - Setiuasaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Chuck Hagel semalam menyatakan bahawa perjanjian senjata dengan sekutu Arab kuasa dunia itu satu amaran buat Iran.
Hagel ketika mengumumkan perkara itu merujuk kepada penjualan pesawat pengisi minyak KC-135, misil pertahanan udara dan pesawat pengangkut tentera V-22 Osprey kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan 25 buah jet F-16 Falcon kepada Israel.
Tambah beliau, perjanjian yang turut membenarkan UAE dan Arab Saudi membeli senjata pertahanan dan serangan jarak jauh itu merupakan isyarat kepada Tehran bahawa tindakan ketenteraan tetap menjadi salah satu pilihan dalam rundingan nuklear dengan Iran.
“Perjanjian ini merupakan isyarat jelas yang tidak dapat dipersoalkan lagi kepada Iran yang juga polisi AS untuk terus memberikan Israel kelebihan ketenteraan di rantau ini,” kata Hagel ketika mengadakan lawatan ke tel Avivi semalam. - Reuters

No comments:

Post a Comment