NARATHIWAT - Polis menyatakan, empat anggota tentera terkorban manakala empat yang lain parah semasa mereka cuba mematikan sebutir bom di sebuah pangkalan tentera di wilayah selatan Thailand.
Letupan berlaku selepas beberapa askar mengeluarkan bom yang disembunyikan dalam sebuah tangki gas dan diletakkan di bawah jambatan menuju ke sebuah pangkalan tentera di Narathiwat.
"Mereka sedang memeriksa dan mematikan sebutir bom buatan sendiri apabila bom itu meletup," kata seorang pegawai polis, Leftenan Kolonel Sanit Suwanno.
Lebih 5,000 orang terbunuh di tiga wilayah selatan Thailand sejak gerakan pemisah Islam tercetus pada 2004.
Anggota pasukan keselamatan dan mereka yang mempunyai kaitan dengan kerajaan termasuk penduduk Islam yang bekerjasama dengan pihak berkuasa sering menjadi sasaran serangan. - AFP
No comments:
Post a Comment