Rahsia Pemikiran Seorang Lelaki..? Ni patut kaum wanita tahu dan ambil berat..nak tahu apa..? Jom layan..
Perihal Lelaki #1
“Sebenarnya kebanyakan lelaki lebih menyukai wanita yang bijak daripada wanita yang seksi. ”
Ramai juga lelaki
selalu memandang tinggi kepada wanita genius. Paling tidak, wanita yang
mempunyai pendirian tetap dan bijak membuat keputusan. Dalam erti kata
lain, selalu percaya kepada pemikiran sendiri.
Bagi mereka,
memakai jeans yang ketat, t-shirt pendek sehingga ternampak belakangnya,
pusatnya atau wanita bersinglet di pusat membeli-belah adalah Too
Cheap!
Perempuan-perempuan
yang seksi dan seksa ini hanya dilihat sebagai satu objek seks.
Namun…jika berpelajaran, bijak dan seksi, ianya satu kelebihan besar!
It’s big bonus!
Sekiranya seorang
wanita itu pandai mengimbangkan cara berpakaian, penampilan diri,
berilmu dan bijak membuat keputusan pastinya dia adalah pilihan lelaki
yang paling utama.
Maksud berilmu di
sini, anda boleh memilikinya dari berbagai cara bukan hanya dari
kelulusan akademik yang tinggi. Anda boleh menimba ilmu dari
kursus-kursus ataupun workshop apa-apa di mana-mana sahaja dan anda
boleh memiliki ilmu dalam bidang memasak, menjahit, percetakan,
rekacipta dan sebagainya.
Apabila anda
mempunyai ilmu dan kepakaran di dalam sesuatu bidang, anda sudah susah
untuk diperlekehkan atau dipandang rendah oleh sesiapa sahaja. Ini
kerana, apabila seseorang yang mempunyai ilmu dan kepakaran,
keperibadian anda dilihat dari sudut perspektif yang berbeza serta
dihormati ramai dan bukan calang-calang orang yang mudah untuk
dipermainkan. Now you see what is important, right?!
Perihal Lelaki #2
“Lelaki benci dengan wanita yang suka bercerita tentang bekas kekasihnya.”
Ianya amat
memualkan mereka apabila wanita mula bercerita tentang itu dan ini,
kisah lampau dan kenangan manis serta pengalaman mereka semasa bersama
dengan bekas kekasih.
Ianya adalah satu
kesalahan besar bagi mereka. Mereka juga menganggap, jika wanita masih
berperangai begitu, ianya seolah-olah wanita itu masih cinta dan
mempunyai perasaan terhadap bekas kekasihnya, walaupun ianya hanyalah
satu kenangan silam.
Yang nak pergi
cerita kisah-kisah lama tu buat apa? Pening dengan sesetengah wanita ni.
Suka sangat nak bercerita kisah lama. Seolah-olah nak menunjuk yang dia
pernah mempunyai kehidupan yang menarik, lepas tu nak banding-banding
pulak tu hehehe…
“adoi, apa yang awak nak mengajar boyfriend awak sekarang ni?… bertahan? sabar? Tak payahla… buat sakit hati dia je beb!”
Tak usah lah
sayamg… buat sakit hati boyfriend you je. Apa yang paling penting ialah
kebahagiaan masa depan anda berdua. Bukan kisah yang lepas, pengalaman
lalu…boring la beb.
MASA SEKARANG,
bina kebahagiaan sekarang..create new experience untuk anda berdua
kenang segala kemanisannya. Alami segala pengalaman baru bersama
walaupun di tempat yang pernah anda kunjungi bersama exboyfriend. You
know, itu lagi bagus…Lalui bersama boyfriend sekarang, sesuatu yang
pernah dilalui bersama exboyfriend untuk jadikan kenangan silam sudah
tidak bermakna lagi. Perrgh…ini tip aaaa…”manyak mahal wo!”
Perihal Lelaki #3
“Lelaki sangat mengagung-agungkan wanita yang disukainya atau yang baru diminatinya walaupun wanita itu tidak cantik!”
So, jangan cepat
perasan! Hehehe…Kalau nak tahu anda betul-betul cantik atau hebat, jumpa
lelaki yang membenci anda, sesungguhnya walau dia membenci anda
sekalipun lelaki itu tidak akan mengata anda hodoh jika anda cantik.
Amacam??…
sebenarnya ini memang benar. Dah banyak jumpa lelaki-lelaki begini.
Walau dia benci atau geram dengan sikap wanita itu…dia tetap akui yang
wanita itu benar-benar cantik.
Tapi kalau yang
tak cantik tu…tetap tak cantik laaa..hehe. Namun selalunya nasib
menyebelahi mereka. Walau tak cantik pun, kalau si lelaki sudah sayang,
anda tetap kelihatan cun melecun walau pun anda selekeh dan tembam.
Begitulah juga sebaliknya. Hehehe…cool tak?!
Perihal Lelaki #4
“Mengapa masih cinta dengan lelaki yang pernah curang? Kerana lelaki curang akan berlaku curang lagi dan lagi… ”
Lelaki
curang??…jangan bagi peluang kedua kepadanya. Sekali dia curang, dia
akan berlaku curang untuk berkali-kali lagi. Sekali lelaki curang, itu
bermakna dia masih mempunyai nafsu terhadap wanita-wanita lain. Curang
pertama kali itu yang susah untuk dilakukan, tetapi apabila dia sudah
buat sekali…well, yang kedua dan seterusnya is easy!
So, jangan buang
masa! Buang dia! Tidak ada gunanya untuk anda memaafkan lantas memberi
peluang kepadanya untuk kembali, kerana hampir kesemua daripada mereka
akan kembali berlaku curang lagi. Sorry kawan-kawan wanita semua…this is
reality!
Kecuali, dia
terikat dengan perkahwinan yang terpaksa atau perhubungan yang sudah
tiada cinta namun kerana anak-anak atau kerana keluarga dan maruah, lalu
dia tidak dapat putuskan. Lalu, dia terpaksa jatuh cinta pada yang
lain…
Beratus-ratus
email masalah cinta yang mana ramai masih menunggu boyfriend mereka yang
hilang entah ke mana. Dan apabila tersedar yang lelaki mereka curang,
wanita-wanita ini terus menerus bersedih dan seolah-olah tidak mahu
meneruskan hidup normal mereka…
Please faham
ya…lelaki kalau dia masih mahukan anda, dia masih ingin bersama anda,
dia akan sentiasa ‘mengayat’ anda. Dia akan sentiasa call setiap masa,
sms selalu, selalu mahu berjumpa dan berbual mesra, dia akan lakukan apa
sahaja demi untuk bersama anda. Percayalah!
Kalau masih
sayang dan cinta, takkan dia hilang dan senyap je beb, handphone mesti
jawab. Kalau dah tak cinta tu, berborak pun sekadar bertanya khabar je,
dah tak ada kemesraan, dah tak romantik, sms pun balas sikit-sikit,
kadang-kadang tak balas…hmmm, ada wanita lain lah tu. Kalau tak pun dia
dah bosan dengan anda.
So, kerja anda
sekarang ialah…bertekad untuk keluar dari kemelut itu dan memulakan
hidup baru, kemudian membuka hati anda kepada yang baru…
Perihal Lelaki #5
“Lelaki teramat benci dengan wanita-wanita yang suka berlebih-lebih dalam segala hal.”
Ramai lelaki
memang tak suka dengan wanita yang suka bercakap lebih, berpakaian
lebih-lebih, cara berkawan pun lebih-lebih. Lelaki mana pun akan mudah
rimas dengan wanita sebegini. Disarankan yang lebih-lebih tu,
bersederhanalah. Dalam islam pun menyarankan agar kita mengamalkan
kesederhanaan.
Hmm..ingat kami
kaum lelaki ni boleh tahan ke tengok awak semua bersosial, berkawan
rapat dengan lelaki lain, keluar berjalan, minum-minum, makan-makan,
“wa jeles bangat tau!!…ingat tak terseksa batin ke?!!… cuba lelaki buat kat wanita tengok. Tahan ke??”
Hahahaha…kelakar
memang kelakar, tapi itulah hakikatnya. Fikirlah dulu sebelum anda nak
bersosial lebih-lebih. Ingat cam ni…kalaulah boyfriend anda buat sama
seperti apa yang anda buat…okey ke tak? Kalau anda boleh terima then…too
bad lah pada boyfriend itu. Kesianlah kat boyfriend you…kena ngap
sayot! wakakaka…
Meranalah dia
sorang-sorang hehehe…salah satu sebab utama perpisahan banyak terjadi
pun adalah kerana perhubungan yang terlalu sosial sehingga menimbulkan
syak wasangka dan cemburu…
No comments:
Post a Comment