Siapakah Pemimpin Yang Suka Merendah Diri? (Menarik!) | Banyak pemimpin-peminpin terdahulu ketika di zaman Rasulullah SAW, mempunyai sifat yang suka merendah diri antaranya Salman Al-Farisi.
Merendah-rendahkan diri sini, bukanlah bermakna kita hidup tanpa
sebarang keyakinan, akan tetapi hidup dalam keadaan bersederhana. Memang
sukar untuk kita mencari pemimpin yang suka merendah diri ini. Mungkin ada di antara kita tidak mengenali siapa sebenarnya Salman Al-Farisi ini. Jom ikuti kisah di bawah ini.
Salman Al-Farisi tergolong sebagai salah
seorang sahabat Rasulullah saw. Beliau berasal dari negeri Parsi. Pernah
di masa hidupnya, Salman telah diberi jawatan sebagai Gabenor di salah
sebuah jajahan takluk Islam. Namun demikian kedudukannya itu tidak sedikit pun mengubah keperibadiannya yang penyantun, rendah diri, serta zuhud terhadap kemewahan dunia.
Pada suatu hari, diriwayatkan seorang
rakyat awam tanpa mengenali Salman terus menariknya secara kasar lalu
menyuruhnya melakukan suatu kerja yang berat. Orang itu menjumpai Salman
ketika berada di tepi jalan. Ia mempunyai sebuah karung besar lalu menyuruh Salman memikulnya sampai ke rumah.
Tanpa banyak soal Salman terus
memikulnya. Di pertengahan jalan, seorang lelaki telah memberi salam
kepadanya. Alangkah terkejutnya melihat Salman memikul karung. Lalu
berkata: “Wahai tuan! Tahukah tuan bahawa orang yang memikul karung tuan itu adalah Salman Al-Farisi, Amir negeri kita ini.”
Terkejut lelaki itu mendengarnya, apabila
dikenangkan orang yang dikasarinya itu adalah gabenornya sendiri.
Lantas dia meminta maaf lalu menyuruh Salman menurunkan karung yang
sedang dipikulnya itu. Tetapi Salman menjawab: “Oh tidak mengapa tuan. Biarlah saya memikul barang tuan ini hingga sampai ke rumah tuan“.
Demikianlah ketinggian budi pekerti Salman Al-Farisi, salah seorang
sahabat Rasulullh saw. yang tidak mementingkan darjat kedudukan.
Sangat terpuji sikap pemimpin terdahulu. Tidak mementing dunia semata-mata. Semoga sedikit sebanyak kita boleh ambil pengajaran untuk dijadikan panduan.
ReplyDelete