Tuesday 23 April 2013

Manchester United juara EPL buat kali ke-20

MANCHESTER - Kemenangan 3-0 Manchester United ke atas Aston Villa hasil hatrik hebat Robin Van Persie pada perlawanan awal pagi tadi turut memahat sejarah yang menyaksikan Red Devils merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali ke-20.
Skuad bimbingan Alex Ferguson hanya memerlukan tiga mata untuk bergelar juara selepas saingan terdekat pasukan itu, Manchester City ditundukkan 1-3 oleh Tottenham Hotspur, Sabtu lalu.
Walaupun saingan liga masih berbaki empat perlawanan lagi, kekalahan kepada Spurs telah menutup peluang penyandang juara itu untuk mempertahankan gelarannya.
Kemenagan kali ini merupakan kejuaraan liga ke-13 buat Alex Ferguson selaku pengurus United.

No comments:

Post a Comment