Firman Allah bermaksud;
"Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; gelap gelita yang tindih menindih, apabila dia mengeluarkan tangannya tiadalah dia dapat melihatnya, dan barangsiapa yang tiada diberi cahaya oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. Surah An-Nur: 40)
Persekitaran umum dasar laut diterangkan dalam sebuah buku bertajuk Ocean.
Kegelapan di
dasar laut dan lautan ditemui sekitar kedalaman 200 meter dan ke bawah.
Pada kedalaman ini, di sana hampir-hampir tidak terdapat cahaya. Di
bawah kedalaman 1000 meter, di sana langsung tidak terdapat cahaya.
Hari ini, kita
dapat mengetahui struktur umum mengenai lautan. Sifat-sifat makhluk
hidupan di dalamnya, salinisasinya melalui pengetahun tentang kadar
kandungan air, kawasan dan kedalamannya. Kapal selam dan peralatan
khusus yang dibangunkan dengan teknologi moden, membantu saintis untuk
merakamkam maklumat seperti ini.
Manusia tidak
mampu menyelam lebih dari 40 meter ke bawah tanpa sebarang bantuan atau
peralatan khusus. Mereka tidak dapat bertahan tanpa peralatan di dasar,
bahagian yang gelap di lautan, seperti pada kedalaman 200 meter. Atas
sebab ini, para saintis hanya akhir-akhir ini mampu menyingkap maklumat
terperinci mengenai lautan ini. Bagaimanapun kenyataan 'gelap gelita di
lautan yang dalam' telah pun di selitkan di dalam surah An-Nur 1400
tahun dahulu. Ianya sudah pasti satu dari keajaiban Al-Qur'an di mana
maklumat seperti ini dikhabarkan ketika di mana tidak ada sebuah
peralatan pun yang dapat membantu manusia untuk menyelam ke dasar
lautan.
Sebagai
tambahan, fakta di dalam ayat 40 surah Nur: gelap gelita di lautan yang
dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya
pula awan; menarik perhatian kita kepada satu lagi keajaiban Al-Qur'an.
Para saintis
baru-baru ini telah menemui bahawa di sana terdapat gelombang ombak di
dalam lautan, yang mana terjadi pada kepekatan sempadan dua permukaan di
atas lapisan-lapisan yang mempunyai kepekatan berbeza. Gelombang
internal ini melitupi air laut yang dalam kerana bahagian yang jauh ke
dalam mempunyai kepekatan yang lebih tinggi dari air yang berada di
atasnya. Gelombang internal bertindak seperti ombak di permukaan lautan.
Ianya boleh berpecah sama seperti ombak di permukaan. Ombak internal
ini tidak dapat dilihat dengan mata manusia, tetapi ia dapat dikesan
dengan mengkaji perubahan suhu atau salinisasi pada suatu kedudukan yang
diberi.
Kenyataan yang
terdapat di dalam Al-Qur'an berbunyi secara mutlak selari kepada
penjelasan di atas. Tanpa perlu kepada pengkajian, seorang dapat melihat
dengan jelas ombak pada permukaan laut. Tatapi suatu yang amat mustahil
bagi seseorang untuk melihat ombak di dalam laut (internal).
Sebenarnya, dalam surah Nur, Tuhan menarik perhatian manusia kepada satu
lagi jenis ombak yang berlaku di dalam lautan. Suatu yang pasti, fakta
ini yang baru ditemui oleh saintis baru-baru ini, menunjukkan sekali
lagi bahawa Al-Qur'an adalah kalam Tuhan.
No comments:
Post a Comment