Kulit Muka
Ada sesetengah individu yang menganggap ia adalah sebahagian daripada kecantikan paras rupa. Oleh itu, menjaga kulit muka sangat penting kerana ia merupakan imej bagi seseorang individu. Kalau kulit muka nampak kurang bermaya atau kurang sihat, ia menyukarkan mereka untuk melakukan kerja seharian.
Adakah anda mempunyai masalah
dengan kulit muka anda? Dah cuba pelbagai produk di pasaran tapi masih
belum ada yang sesuai dengan kulit anda? Masih tercari-cari bagaimanakah
cara untuk melicinkan kulit muka anda ? Jom cuba petua di bawah ini :
Tips Melicinkan Kulit Muka
1. Ambil tepung pulut can campurkan
sedikit air. Sebelum tidur, sapukan di bahagian muka anda dan apabila
bangun pada keesokkan harinya, cuci muka anda dengan air suam. Amalkan
dua kali seminggu.
2. Gosokkan serbuk teh yang telah
digunakan ke kulit muka anda. Biarkan selama tiga hingga lima minit
sebelum dicuci sengan air suam. Amalkan selalu bagi menampakkan kesan
yang ketara.
3. Kisar dua biji buah tomato bersama
sedikit gula dan air. Tapiskan dan minum airnya di setiap pagi. Lakukan
sekerap yang mungkin agar kulit muka anda bertambah licin.
4. Ambil wap air nasi atau buih atau
yang sedang ditanak. Sapukan pada muka anda dan biarkan selama 30 minit.
Lakukan setiap hari dan anda boleh lihat hasilnya.
5. Ambil seikit beras dan rendam selama
dua hari. Kupas sengkuang dan kisar bersama kunyit serta beras yang
telah direndam tadi. Sapukan pada kulit muka anda setiap hari dan lihat
hasilnya.
No comments:
Post a Comment