Allahy berfirman yang bermaksud;
Apakah
manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali)
tulang-temulangnya?. Bahkan, Sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun
(kembali) jari-jemarinya dengan sempurna. (Surah al-Qiyamah; 3-4)
Ketika
Tuhan menyatakan dalam Al-Qur'an bahawa amat mudah bagiNya untuk
membangkitkan manusia selepas kematian, cap jari manusia secara khusus
ditekankan;
Kepentingan
dalam cap jari mempunyai pengertian yang istimewa. Ini adalah kerana
set cap jari setiap orang adalah unik bagi dirinya. Setiap orang yang
hidup atau pernah hidup dalam dunia ini mempunyai satu set cap jari yang
unik.
Ini adalah
sebab mengapa cap jari diterima sebagai satu bukti penting pengenalan
diri, yang eksklusif kepada pemiliknya, dan digunakan untuk tujuan
pengenalan identiti di seluruh dunia.
Tetapi apa yang
lebih penting ialah bahawa ciri-ciri cap jari ini baru ditemui pada
akhir kurun ke 19. Sebelum itu, manusia menanggap cap jari adalah satu
lengkungan yang biasa tanpa sebarang kepentingan atau pengertian yang
spesifik. Bagaimanapun dalam Al-Qur'an, Tuhan mengisyaratkan cap jari,
fakta yang tidak menarik minat siapa ketika itu, dan menarik tumpuan
kita kepada kepentingannya- satu kepentingan yang akhirnya baru difahami
hari ini.
No comments:
Post a Comment