KOTA BHARU 23 April - Wartawan sambilan RTM, Mohamed Yacob, 61,
meninggal dunia dipercayai selepas diserang penyokong sebuah parti
politik di hadapan rumahnya di Bandar Lama Gua Musang dekat sini
kira-kira pukul 1.15 pagi ini.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas Allahyarham membunyikan
hon kereta kerana tidak berpuas hati laluan masuk ke rumahnya dihalang
oleh seorang penyokong parti berkenaan.
Menurut sumber, seorang lelaki yang berada di pejabat parti Gua
Musang itu telah datang ke arah mangsa dan berlaku pertengkaran sebelum
beliau ditumbuk.
"Isteri mangsa yang berada di rumah terkejut dengan kejadian itu dan
terus menjerit meminta pertolongan, tiga lelaki yang berada di pejabat
parti telah datang dan menyuraikan keadaan.
"Mangsa yang lebam di muka kemudiannya di bawa masuk ke rumah dan
mangsa kemudiannya meminta ubat daripada isterinya sambil mengadu sakit
dada, beliau kemudian di bawa ke Hospital Gua Musang dan disahkan
meninggal dunia dalam perjalanan," katanya ketika dihubungi di sini
hari ini.
Allahyarham sebelum ini telah disahkan menghidap sakit jantung dan darah tinggi.
Sebelum kejadian Mohamed dikatakan membuat liputan program calon
Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Abdul Aziz
Yusoff.
Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang pengesahan daripada pihak polis. -
No comments:
Post a Comment