Saturday, 18 May 2013

Subhanallah! Batu Sungai Bersinar Seperti Permukaan Bulan


Subhanallah! Batu Sungai Bersinar Seperti Permukaan Bulan (7 Foto) | Setiap orang mempunyaipengalaman bermandi manda tidak kiralah sama ada di kawasan air terjun, sungai mahupun di laut. Di Brazil, dikatakan terdapat sebuah sungai yang boleh dikunjungi oleh semua orang. Apa yang menariknya di sini adalah, batu-batu sungai di sini mirip seperti permukaan bulan. Tidak cukup itu lagi, permukaan bati di sini juga mempunyai keunikan yang tersendiri. Jom kita layan gambar di bawah ini.
batu7
Sebuah tempat tertutup dan peribadi dikawasan Taman Negara Chapda dos Veadeiros, Brazil, terdapat sebuah tempat kuno atau taman air atau kolam renang yang dicipta oleh alam. Kolam atau taman air ini biasa disebut dengan nama Vale da Lua atau Lembah Bulan, sebahagian orang mengenalinya sebagai Moon Valley. Vale da Lua terbentuk dari aliran Sungai San Miguel yang dahulunya merupakan bekas aliran lava.
Batu ini sangat unik dan menganggap batu ini seperti batu-batu yang ada di permukan bulan. Lembah Bulan (moon Valley) tidak begitu dikenal, bahkan dikalangan masyarakat Brazil sendiri.
Lembah Bulan dianggarkan terbentuk 1.8 juta tahun yang lalu. Bentuknya yang aneh, terdapat banyak gua dan lorong, menjadi daya tarik tersendiri. bahkan kalau dilihat dari atas langit batu Vale da Lua mengeluarkan cahaya. Pekara ini disebabkan batu didaerah sini banyak mengandung batu kuarza.
batu1
batu2
batu3
batu4
batu5

Siapakah Sahabat Rasulullah Yang Dimandikan Oleh Malaikat


Siapakah Sahabat Rasulullah Yang Dimandikan Oleh Malaikat  | Bercakap tentang pergorbanan parasahabat waktu ketika dahulu memang tiada tandingannya. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demiIslam. Jadi tidak hairanlah, apabila seorang sahabat yang dikenali sebagai Hanzalah bertindak menyertai peperangan bersama Rasulullah SAW biarpun dirinya baru sahaja mengadakan majlis pernikahan. Ia biarkan rasa seronok, semata-mata untuk memberi kemenangan kepada Islam. Allahuakhbar!
hanzalah
Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya, Jamilah binti Ubay sudah siap diatur. Kebetulan pula, hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud. Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah s.a.w., “Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti.” Pada masa itu, Nabi Muhammad s.a.w. dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang. “Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini,” balas Rasulullah s.a.w.. “Tetapi saya sungguh berhajat bagi menyertainya, ” Hanzalah bertegas. Rasulullah s.a.w. berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari, setelah selesai upacara perkahwinan.
Hanzalah mendiamkan diri. Ada benarnya saranan Nabi Muhammad itu; perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan dirinya bahkan bakal isterinya juga. Pada malam Jumaat yang hening, perkahwinan antara Hanzalah bin Abu Amir dan Jamilah binti Ubay dilangsungkan secara sederhana. Suasana yang hening dan sunyi itu tidak tenang hingga ke pagi. Kota Madinah tiba-tiba dikejutkn dengan paluan gendang yang bertubi-tubi. Paluan gendang mengejutkan para pejuang bersama laungan menyebarkan berita.
“Bersegeralah! Kita bersegera perangi musuh Allah.”
“Berkumpul segera! Keluarlah! Rebutlah syurga Allah!”
“Perang akan bermula!”
Pukulan gendang dan laungan jihad itu mengejutkan pasangan pengantin yang baru sahaja dinikahkan. Hanzalah bingkas dari tempat tidurnya, “Saya harus menyertai mereka.” “Bukankah malam ini malam perkahwinan kita dan Nabi Muhammad mengizinkan kanda berangkat esok?” Soal isterinya. Hanzalah menjawab tegas, “Saya bukanlah orang yang suka memberi alasan bagi merebut syurga Allah.”
Jamilah terdiam dan hanya mampu memerhatikan suaminya bersiap memakai pakaian perang dan menyelitkan pedang ke pinggangnya. Hanzalah menoleh ke arah isterinya, “Janganlah bersedih, doakan pemergian saya semoga saya beroleh kemenangan.” Suami isteri itu berpelukan dan bersalaman. Berat hati Jamilah melepaskan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya ke medan perang. Namun, Jamilah menguatkan hatinya dan melepaskannya dengan penuh redha. “Saya mendoakan kanda beroleh kemenangan.”
Hanzalah melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya, dia berjaya bergabung dengan tentera Islam yang tiba lebih awal daripadanya.
Di medan perang, jumlah tentera musuh adalah seramai tiga ribu orang yang lengkap bersenjata manakala jumlah tentera Islam hanyalah seramai seribu orang. Perbezaan itu tidak menggugat sanggar wibawa tentera Islam termasuklah Hanzalah. Dia menghayun pedangnya menebas leher-leher musuh yang menghampiri dan apabila dia terpandang Abu Sufyan, panglima tentera Quraisy, Hanzalah menerkam Abu Sufyan umpama singa lapar. Mereka berlawan pedang dan bergelut; akhirnya Abu Sufyan sungkur ke tanah. Tatkala Hanzalah mengangkat pedang mahu menebas leher Abu Sufyan, dengan kuat panglima tentera Quraisy itu menjerit menarik perhatian tentera Quraisy. Tentera-tentera Quraisy menyerbu Hanzalah dan Hanzalah tewas, rebah ke bumi.
Sebaik sahaja perang tamat, tentera Islam yang tercedera diberikan rawatan. Mayat-mayat yang bergelimpangan dikenalpasti dan nama-nama mereka, tujuh puluh orang kesemuanya, dicatat. Sedang Nabi Muhammad yang tercedera dan patah beberapa batang giginya diberi rawatan, beliau mengatakan sesuatu yang menyentak kalbu, “Saya terlihat antara langit dan bumi, para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air daripada awan yang diisikan ke dalam bekas perak.” Abu Said Saidi, antara tentera yang berada dekat dengan Nabi Muhammad bingkas mencari jenazah Hanzalah. “Benar kata-kata Nabi Muhammad. Rambutnya masih basah bekas dimandikan!” Abu Said Saidi menyaksikan ketenangan wajah Hanzalah walaupun beliau cedera parah di seluruh badannya. Rambutnya basah dan titisan air mengalir di hujung rambutnya sedang ketika itu matahari terik memancar.

Pelik! Mengapa Tempat Ini Wanita Dilarang Masuk


Pelik! Mengapa Tempat Ini Wanita Dilarang Masuk | Secara umumnya, tempat larangan bagi sesuatu jantina adalah melibatkan seperti kawasan persalinan, tandas, bilik dan lain-lain lagi. Tetapi di sebuahtempat di Jepun, terdapat satu kawasan yang dikatakan wanita dilarang untuk masuk. Tempat ini dikenali sebagai Gunung Omine. Ia adalah sebuah gunung suci di Nara, Jepun. Gunung ini nama rasminya adalah Gunung Sanjo, namun kerana berada di pergunungan Omine makanya disebut Gunung Omine. Tetapi mengapa ya?
gunung1
Gunung Omine adalah sebuah gunung suci di Nara, Jepun. Gunung ini nama rasminya adalah Gunung Sanjo, namun kerana berada di pergunungan Omine makanya disebut Gunung Omine.
Di puncak gunung ini terdapat sebuah kuil Ominesanji, pusat agama Budha Shugendo di Jepun. Seluruh bahagian gunung ini adalah tempat suci untuk ziarah dan latihan sami kuil tersebut.
Pada 2004, UNESCO menjadikan gunung ini sebagai laman Warisan Dunia.
Namun anehnya, perempuan tidak dibenarkan masuk sama sekali. Tidak hanya perempuan, orang yang keluarganya baru meninggal pun dilarang masuk ke kawasan gunung ini.
Selama 1,300 tahun, hanya lelaki yang dibenarkan masuk dan melihat Kuil Budha yang terkenal di ketinggian 5.640 kakinya ini. Alasannya sama dengan tempat pelancongan lain yang melarang perempuan masuk, yakni kehadiran mereka dianggap dapat mengganggu kesungguhan jemaah yang melawat gunung ini.
gunung2
gunung3

Thursday, 16 May 2013

Hitler Mungkin Ada Benarnya


Adolf Hitler
Ketika saya menulis rencana ini (pada Hari Sabtu) saya sedang berada di Osnabruck, Jerman. Pada Hari Jumaat semalam saya memberikan ceramah ringkas di sebuah masjid di sini yang diberi nama Masjid Ibrahim. Kebanyakan ahli jemaahnya merupakan orang Arab.
Saya berucap dalam bahasa arab mengenai isu semasa umat Islam sekarang khususnya Palestin. Imamnya yang berasal dari Syria berkhutbah dengan berani dan bersemangat tentang isu Gaza. Bahkan beliau berkempen agar ahli jamaahnya menyertai demonstrasi aman membantah kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.
Saya melihat satu keperluan apa yang beliau kempenkan, sebab di Berlin telah dibuat demonstrasi besar menyokong tindakan Israel. Malanglah jika ada masjid di Malaysia yang tidak berani mengutuk Israel. Hari ini (Ahad) saya bercadang hendak ke Berlin untuk berjumpa dengan beberapa pihak.
Ini adalah kali pertama saya sampai ke Jerman. Semasa kecil apa yang saya tahu mengenai Jerman iaitu tenteranya di pihak yang jahat berperang melawan hero-hero Amerika. Ini semua adalah pengaruh filem ‘Combat’ semasa zaman tersebut.
Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri ‘Combat’ tersebut, maka digambarkan merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yang jahat. Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan kerana hero yang ditabalkan berada di pihak tentera Amerika.
Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutama kanak-kanak. Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepada bahan bacaan yang berbagai, nama Adolf Hitler dan puak ‘Nazi’nya agak sinonim dengan Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jerman itu disebut. Selain itu, tidak banyak maklumat tambahan tentang Jerman yang saya baca.
Sebelum saya sampai ke Jerman, seminggu lepas saya menghabiskan buku yang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis-habisan. Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia mendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia.
Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pasti memang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam. Membunuh dengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang menentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilang perusahaan yang teratur. Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun. Di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu dikutuk oleh rakyat negaranya.
Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu?
Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya. Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi.
Mein Kampf

Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut.
Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak. Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies. Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi.

Warsaw Ghetto
Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto. Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam.
Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka. Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? Jawapannya, samada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya.
Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya.
Apapun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini. Lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman ini.
Jika lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi s.a.w pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi s.a.w. Maka mereka pun diusir.
Pada zaman Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengistiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat.
Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara ‘borong’ dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.
Bahkan dalam sirah Nabi s.a.w, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabah yang mulia bernama ‘Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain.
Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk.
Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya:
“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”. Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?” Jawab mereka: “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”. Sabda Rasulullah: “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”. Jawab mereka: “Allah lindunginya dari perkara tersebut”. Sabda Rasulullah: “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”. Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah”. Lantas mereka berkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”. (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).
Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan. Kepercayaan Hitler itu, mungkin ada benarnya..

Cara Mudah Yahudi Merosakkan Umat Islam


Cara Mudah Yahudi Merosakkan Umat Islam – Mungkin ada dikalangan kita mengatakan ini semua satu kebetulan,sedangkan hakikatnya inilah perancangan teliti Yahudi,tanyalah diri sendiri samada kita pernah ditewaskan atau tidak dengan senjata-senjata ini :
SONG
Lagu yang menghiburkan.Ada anak-anak muda Islam yang tidak tahu mengucap tapi boleh menghafal lagu Hindustan atau lagu inggeris yang panjang menjela tapi tidak tahu membaca Al Fatihah.Malah ada dikalangan ibubapa yang menggalakkan untuk berkaraoke agar anak boleh menjadi penyanyi atau pelakon.
SEX
Lagi satu kegilaaan remaja atau orang tua.Sex ada dimana-mana,di kaca tv ,dalam filem,dalam iklan.Babak sex memang lumrah.Malah ada penerbit filem yang sudah berani memaparkan adegan berbikini di kolam renang.Ada pula yang lebih berani merakamkan adegan seks diri sendiri kononya untuk tatapan peribadi dan berkongsi dengan kawan menyaksikannya. Lagi sekali Yahudi Laknatullah berjaya.
SMOKE
Rokok menjadi kegilaan para remaja dan sekarang ini remaja perempuan semakin berani menghisap rokok di khalayak ramai.Kononya merekalah yang ‘up to date’.Dulu perempun yang merokok ini adalah golongan pelacur atupun penari kabaret
SPORTS
Pelbagai jenis sukan ditonjolkan sama ada untuk lelaki atau perempuan.Mereka sama -sama berlumba untuk mencari nama hinggakan bola sepak wanita turut di adakan.Bila bersukan tutup aurat jauh sekali..Sembahyang pun selalu ‘miss’. Bukan sahaja pemain,malahan yang menonton.
FUN
Hiburan dimana -mana.Kita dapati makin banyak pusat hiburan yang melalaikan di buka.Malahan makin ramai di panggil artis-artis luar negara untuk menghiburkan.Ada juga hiburan yang mengenakan sysrat membeli minuman keras untuk melihat konsert seseorang artis

FASHION

Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam,sehinggakan kalau pakai tudung punmereka tidak menutup aurat.Pakai tudung tapi berbaju ketat yang kadang -kadang menampakkan pusat.Yahudi ketawa lagi …umat Islam dah hampir sama macam dia..

FOOD
Banyak makanan yang diragukan status halalnya dijual dipasaran kita.Kita berbangga dengan makan barat seperti fast food dan buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina.Bila makan benda haram ,macamana iman nak mantap,maka lahirlah generasi umat Islam yang berfikiran macam Yahudi.
Walaupun nampak remeh tapi inilah cara-cara halus Yahudi merosakkan hati generasi umat Islam.

MOYES INTAI BENZEMA SERTAI MAN UTD ?


Karim-Benzema
SUKAN : MOYES INTAI BENZEMA SERTAI MAN U ? | Manchester United kini sedang memburu penyerang Real Madrid, Karim Benzema untuk menggantikan tempat Wayne Rooney yang dikatakan mahu meninggalkan Old Trafford.
Rooney dikatakan bakal dijual dengan harga 25 juta pound dan wang itu akan digunakan untuk mendapatkan Benzema dengan nilai 30 juta pound.
Namun pengurus baru United, David Moyes dikatakan mahu menyelesaikan terlebih dahulu ketentuan masa depan Rooney memandangkan hubungan Moyes dan Rooney dikatakan tidak begitu baik sewaktu mereka bersama-sama di Everton sebelum ini.
Rooney, 27, bertemu bekas pengurus United, Alex Ferguson dua minggu lalu untuk menyatakan kesediaan berhijrah kerana tidak gembira beraksi bukan pada posisi kegemarannya dan sering diletakkan di bangku simpanan musim ini sejak kehadiran Robin van Persie.

Wednesday, 8 May 2013

Ketahui Rahsia Posisi Tidur Anda

Assalamualaikum wbt dan hye peeps,

Huaaaarghhh mengantuk nyeeee....
Entry kali berceritakan tentang RAHSIA POSISI TIDUR anda ! Jom tengok anda kat kategori mana?! 
Dah tahu mesti sengeh sorang-sorang punya ! =,=
1) TIDUR DENGAN KEDUA-DUA TANGAN DI BELAKANG KEPALA
  • Individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar.
  • Suka memberi idea yang bernas dan unik yang sukar diperolehi daripada orang lain.
  • Family first ! sebolehnya anda ingin menjaga institusi keluarga dengan sebaik mungkin.
  • Sukar untuk bercinta kerana seorang yang memilih.
  • Seorang yang berterus terang dalam hubungan.
  • Suka luahkan perasaan tidak puas hati tanpa memendam.
  • Sedikit cemburu dan lekas berprasangka.
      ## cepat ubah sikap begini yee..
2) SELUBUNG SELURUH BADAN DENGAN SELIMUT
  • Berpenampilan "macho/cun" di hadapan khalayak ramai.
  • Pemalu dan lemah.
  • Terlalu menyimpan rasa dan perahsia.
  • Suka menyelesaikan masalah sendirian dan pendam daripada orang lain.
  • Sering meracau sewaktu tidur.
  • Tidak gemar/suka meminta bantuan orang lain.
  • Berjiwa lembut dan romantik dalam hubungan.
  • Pencinta setia walaupun ramai beranggapan anda tidak pandai bercinta.
     ## rugi besar laa siapa yang tak tahu menghargai anda..
3) TIDUR DENGAN KEDUA-DUA TANGAN DILETAKKAN DI BELAKANG KEPALA DAN KAKI BERSILANG.
  • Terlalu mementingkan perasaan diri sendiri.
  • Sukar menerima perubahan dalam diri.
  • Lebih gemar bersendiri tetapi mempunyai sikap toleransi.
  • Terlalu mengikut kata hati dan ambil nasihat orang.
  • Seorang yang tegas dalam semua perkara.
  • Tidak takut untuk berhadapan dengan cabaran.
  • mempunyai matlamat hidup yang jelas.
  • Seorang pendendam dalam hubungan.
  • Sekali anda terluka, anda tidak akan berduduk diam dan memastikan si dia menerima balasan yang setimpal.
      ## bahaya sesiapa di paras kategori nie..
4) TIDUR MEMBONGKOK
  • Sering berasa keseorangan dan kecewa dengan kisah silam.
  • Terlalu merendah diri dan kurang keyakinan.
  • Sangat pemalu.
  • Sifat sense of humor sangat kuat.
  • Kurang berkomunikasi dan mudah dicop sombong.
  • Penyabar dalam setiap situasi.
  • Sering teragak-agak dan berbelah bagi dalam memberi cinta kepada pasangan.
  • menganggap bahawa cinta telah lama hilang dalam kamus hidup anda.
      ## terima lah cinta dan cuba balasnya, setiap yang terjadi ada sebab dan hikmahnya..
5) TIDUR MEMBAONGKOK DAN MENGIRING
  • Seorang yang pentingkan diri sendiri dan kuat cemburu.
  • Pendendam.
  • Individu di sekeliling anda akan berhati-hati supaya anda tidak menyakiti diri anda.
  • Mudah meradang pada orang buat hati anda "panas".
  • Yakin pada diri sendiri.
  • Boleh melihat kejayaan dalam setiap perkara yang dilakukan.
  • Suka merealisasikan impian anda.
  • Seorang manis bibir dalam percintaan.
  • Pandai berkata-kata dan suka meluahkan perasaan.
     ## bagi individu yang suka tidur mengiring pada arah kanan dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah ! Tahniah~
6) TIDUR MENGIRING DENGAN BERALASKAN LENGAN DI KEPALA
  • Seorang yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang.
  • Kurang keyakinan dalam diri.
  • Sentiasa belajar dalam kesilapan yang dilakukan.
  • Terlalu boros dalam berbelanja dan belajarlah untuk mengawal nafsu.
  • Dalam diam, sebenarnya anda suka mencari perhatian daripada orang lain.
  • Cepat naik marah apabila berhadapan dengan situasi genting.
  • Tidak lokek untuk memberi hadiah kepada orang tersayang.
    ## rupanya boros nak beli hadiah ke.. boleh dipuji tapi perlu diperbaiki...
7) TIDUR TERLENTANG DENGAN TANGAN DAN KAKI SEDIKIT MENDEPA
  • Pencinta pada kebebasan, keselesaan dan kecantikan.
  • Mempunyai cita rasa yang sangat tinggi.
  • Tidak gemar mengikut arahan orang lain.
  • Boleh berdikari dan pantang bergantung dengan orang lain.
  • Pemboros tapi sesuai dengan pendapatan anda memiliki tidak kurang hebatnya
  • Penyibuk dan suka bergosip.
  • Bekerja keras dan beri komitmen pada kerja.
  • Tapi, si dia banyak makan hati dengan komitmen anda terhadap kerja.
  • Perlu bersikap mengahrgai dan romantik dalam hubungan dengan si dia.
      ## silalah perbaiki jika tidak mahu kehilangan si dia ye...
8) TIDUR MENIARAP
  • Anda seorang yang berfikiran agak sempit.
  • Fikiran terlalu tertumpu dan suka memaksa orang orang lain untuk memenuhi kehendak anda.
  • Seorang yang lalai dan tidak teratur.
  • Manja dan pemurah hati.
  • Popular dikalangan kawan-kawan dan orang sekeliling.
  • Suka memberi pertolongan.
  • Kawan adalah penting dalam hidup anda.
  • Pantang kepada manusia penipu.
  • Sering pelupa segala hal dalam percintaan.
  • Kadang-kadang pasif terhadap si dia.
      ## pandai-pandai la urus masa dan hidup.. dan berjaga-jagalah dalam percintaan anda yaa kerana si dia mungkin bosan dengan anda, dan mungkin minta "clash" .....

cuba teka sifat-sifat orang yang tidur nie macam mana plak??!