Wednesday, 8 May 2013

Ketahui Rahsia Posisi Tidur Anda

Assalamualaikum wbt dan hye peeps,

Huaaaarghhh mengantuk nyeeee....
Entry kali berceritakan tentang RAHSIA POSISI TIDUR anda ! Jom tengok anda kat kategori mana?! 
Dah tahu mesti sengeh sorang-sorang punya ! =,=
1) TIDUR DENGAN KEDUA-DUA TANGAN DI BELAKANG KEPALA
  • Individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar.
  • Suka memberi idea yang bernas dan unik yang sukar diperolehi daripada orang lain.
  • Family first ! sebolehnya anda ingin menjaga institusi keluarga dengan sebaik mungkin.
  • Sukar untuk bercinta kerana seorang yang memilih.
  • Seorang yang berterus terang dalam hubungan.
  • Suka luahkan perasaan tidak puas hati tanpa memendam.
  • Sedikit cemburu dan lekas berprasangka.
      ## cepat ubah sikap begini yee..
2) SELUBUNG SELURUH BADAN DENGAN SELIMUT
  • Berpenampilan "macho/cun" di hadapan khalayak ramai.
  • Pemalu dan lemah.
  • Terlalu menyimpan rasa dan perahsia.
  • Suka menyelesaikan masalah sendirian dan pendam daripada orang lain.
  • Sering meracau sewaktu tidur.
  • Tidak gemar/suka meminta bantuan orang lain.
  • Berjiwa lembut dan romantik dalam hubungan.
  • Pencinta setia walaupun ramai beranggapan anda tidak pandai bercinta.
     ## rugi besar laa siapa yang tak tahu menghargai anda..
3) TIDUR DENGAN KEDUA-DUA TANGAN DILETAKKAN DI BELAKANG KEPALA DAN KAKI BERSILANG.
  • Terlalu mementingkan perasaan diri sendiri.
  • Sukar menerima perubahan dalam diri.
  • Lebih gemar bersendiri tetapi mempunyai sikap toleransi.
  • Terlalu mengikut kata hati dan ambil nasihat orang.
  • Seorang yang tegas dalam semua perkara.
  • Tidak takut untuk berhadapan dengan cabaran.
  • mempunyai matlamat hidup yang jelas.
  • Seorang pendendam dalam hubungan.
  • Sekali anda terluka, anda tidak akan berduduk diam dan memastikan si dia menerima balasan yang setimpal.
      ## bahaya sesiapa di paras kategori nie..
4) TIDUR MEMBONGKOK
  • Sering berasa keseorangan dan kecewa dengan kisah silam.
  • Terlalu merendah diri dan kurang keyakinan.
  • Sangat pemalu.
  • Sifat sense of humor sangat kuat.
  • Kurang berkomunikasi dan mudah dicop sombong.
  • Penyabar dalam setiap situasi.
  • Sering teragak-agak dan berbelah bagi dalam memberi cinta kepada pasangan.
  • menganggap bahawa cinta telah lama hilang dalam kamus hidup anda.
      ## terima lah cinta dan cuba balasnya, setiap yang terjadi ada sebab dan hikmahnya..
5) TIDUR MEMBAONGKOK DAN MENGIRING
  • Seorang yang pentingkan diri sendiri dan kuat cemburu.
  • Pendendam.
  • Individu di sekeliling anda akan berhati-hati supaya anda tidak menyakiti diri anda.
  • Mudah meradang pada orang buat hati anda "panas".
  • Yakin pada diri sendiri.
  • Boleh melihat kejayaan dalam setiap perkara yang dilakukan.
  • Suka merealisasikan impian anda.
  • Seorang manis bibir dalam percintaan.
  • Pandai berkata-kata dan suka meluahkan perasaan.
     ## bagi individu yang suka tidur mengiring pada arah kanan dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah ! Tahniah~
6) TIDUR MENGIRING DENGAN BERALASKAN LENGAN DI KEPALA
  • Seorang yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang.
  • Kurang keyakinan dalam diri.
  • Sentiasa belajar dalam kesilapan yang dilakukan.
  • Terlalu boros dalam berbelanja dan belajarlah untuk mengawal nafsu.
  • Dalam diam, sebenarnya anda suka mencari perhatian daripada orang lain.
  • Cepat naik marah apabila berhadapan dengan situasi genting.
  • Tidak lokek untuk memberi hadiah kepada orang tersayang.
    ## rupanya boros nak beli hadiah ke.. boleh dipuji tapi perlu diperbaiki...
7) TIDUR TERLENTANG DENGAN TANGAN DAN KAKI SEDIKIT MENDEPA
  • Pencinta pada kebebasan, keselesaan dan kecantikan.
  • Mempunyai cita rasa yang sangat tinggi.
  • Tidak gemar mengikut arahan orang lain.
  • Boleh berdikari dan pantang bergantung dengan orang lain.
  • Pemboros tapi sesuai dengan pendapatan anda memiliki tidak kurang hebatnya
  • Penyibuk dan suka bergosip.
  • Bekerja keras dan beri komitmen pada kerja.
  • Tapi, si dia banyak makan hati dengan komitmen anda terhadap kerja.
  • Perlu bersikap mengahrgai dan romantik dalam hubungan dengan si dia.
      ## silalah perbaiki jika tidak mahu kehilangan si dia ye...
8) TIDUR MENIARAP
  • Anda seorang yang berfikiran agak sempit.
  • Fikiran terlalu tertumpu dan suka memaksa orang orang lain untuk memenuhi kehendak anda.
  • Seorang yang lalai dan tidak teratur.
  • Manja dan pemurah hati.
  • Popular dikalangan kawan-kawan dan orang sekeliling.
  • Suka memberi pertolongan.
  • Kawan adalah penting dalam hidup anda.
  • Pantang kepada manusia penipu.
  • Sering pelupa segala hal dalam percintaan.
  • Kadang-kadang pasif terhadap si dia.
      ## pandai-pandai la urus masa dan hidup.. dan berjaga-jagalah dalam percintaan anda yaa kerana si dia mungkin bosan dengan anda, dan mungkin minta "clash" .....

cuba teka sifat-sifat orang yang tidur nie macam mana plak??!

No comments:

Post a Comment