'Qirah, ada bulu mata gugur. kat sebelah pipi kanan.'
aku pun cepat-cepatla raba pipi sebelah kanan.
'Tak tak. atas sikit.'
aku raba lagi pipi. dah jumpa.
'Ada yang rindu agaknya?'
Aku tergelak besar. betul ke bulu mata jatuh tandanya ada yang sedang merindui kita?
pastu
ada pulak tokok tambah cakap, kalau bulu mata jatuh kat sebelah mata
kiri, maknanya tidak baik. sama ada kita sedang diumpat atau ada la yang
tak suka kita! habislah aku macam ni.. kemarin 3 helai bulu mata kiri
aku jatuh. aduuhh!
masa
aku tadika pulak, aku dengar la, tips untuk lebatkan rambut ialah
letakkan bulu mata kita yang jatuh tu atas rambut. sejauh mana
kesahihannya tu, aku tak tau la jugak. err.. tapi sampai aku umur 22 pun
aku tetap amalkan petua tu. naif kan?
tapi
secara saintifiknya, bulu mata kita memang akan gugur setiap hari.
macam rambut jugak. jangan risau. dia akan tumbuh balik. tapi kalau kita
menghidap penyakit kronik, bulu mata tak akan tumbuh semula. fakta.
jadi, macam mana cara nak menggalakkan pertumbuhan bulu mata serta mengurangkan kegugurannya?
1.
Jangan gunakan eyeliner atau maskara terlalu tebal. berat tau tak?
dahla berat, kalau mata sensitif tu, lagi la dia akan effect.
2. Amalkan pemakanan multi-vitamin setiap hari bagi merangsang pertumbuhan bulu mata yang sihat.
3. Gunakan pelembab dan boleh juga digunakan minak zaitun dan sapukan pada bulu mata sebelum tidur.
credit to drzubaidi.com
mak
aku jugak pernah cakap, kalau nak lentikkan bulu mata secara
semulajadi, amalkan menyapu lendir lidah buaya pada bulu mata. aku
pernah try, tapi hangat-hangat tahi ayam je la. nampak ke kalau bulu
mata kita lentik? tak faham.
jagalah mata anda serta aksesorinya iaitu bulu mata.
No comments:
Post a Comment