Thursday 16 May 2013

MOYES INTAI BENZEMA SERTAI MAN UTD ?


Karim-Benzema
SUKAN : MOYES INTAI BENZEMA SERTAI MAN U ? | Manchester United kini sedang memburu penyerang Real Madrid, Karim Benzema untuk menggantikan tempat Wayne Rooney yang dikatakan mahu meninggalkan Old Trafford.
Rooney dikatakan bakal dijual dengan harga 25 juta pound dan wang itu akan digunakan untuk mendapatkan Benzema dengan nilai 30 juta pound.
Namun pengurus baru United, David Moyes dikatakan mahu menyelesaikan terlebih dahulu ketentuan masa depan Rooney memandangkan hubungan Moyes dan Rooney dikatakan tidak begitu baik sewaktu mereka bersama-sama di Everton sebelum ini.
Rooney, 27, bertemu bekas pengurus United, Alex Ferguson dua minggu lalu untuk menyatakan kesediaan berhijrah kerana tidak gembira beraksi bukan pada posisi kegemarannya dan sering diletakkan di bangku simpanan musim ini sejak kehadiran Robin van Persie.

No comments:

Post a Comment