Friday, 31 May 2013

Islam Dijangka ‘Tawan’ Britain

MASJID (gambar kiri) di Jalan Brune, Spitalfields melimpah ketika solat Jumaat diadakan manakala hanya 20 orang hadir ke upacara keagamaan di Gereja St Mary.
London: Ratu Elizabeth adalah pelindung agama Kristian dan paderi kanan England mempunyai tempat di Parlimen Britain.
Bancian pada 2011 juga menunjukkan 33.2 juta penduduk di England dan Wales menganggap diri mereka penganut Kristian.
Di sebalik hakikat itu, realitinya adalah berbeza jika melihat kepada sambutan orang ramai kepada rumah ibadat di negara berkenaan.
Pada setiap pagi minggu, sambutan orang ramai di Gereja St George-In-The-East di Jalan Cannon Street dan Gereja St Mary’s di Jalan Cable amat hambar.
Hanya beberapa ratus meter dari situ, ada sebuah masjid di kawasan kediaman Jalan Brune, Spitalfields, yang melimpah dengan pengunjung ketika solat Jumaat dijalankan.
Jika dibuat perbandingan jumlah pengunjung, ia tentu menampakkan perbezaan yang lebih dramatik.
Di Gereja St George, kurang daripada 15 pengunjung hadir untuk meraikan sambutan Holy Communion.
Ketika gereja itu dibina pada awal abad ke-18, ia direka untuk memuatkan sehingga 1,230 orang.
Jumlah yang sama disediakan di Gereja St Mary yang mula dibuka sejak Oktober 1849.
Ketika jurugambar mengunjungi gereja itu, ia hanya dihadiri kira-kira 20 orang.
Keadaan berbeza sama sekali di masjid di Jalan Brune yang menghadapi ‘masalah’ sendiri akibat dikunjungi orang ramai.
Masjid itu sendiri asalnya adalah ruang kecil yang disewa untuk dijadikan pusat komuniti dan sesuai diisi kira-kira 100 orang.
Namun setiap Jumaat, jumlah pengunjungnya meningkat tiga atau empat kali ganda, menyebabkan mereka terpaksa mendirikan solat di jalan raya.
Berdasarkan perkembangan itu, pemerhati berkata, Kristian bakal menjadi ‘agama silam’ dan orang ramai lebih tertarik kepada Islam.
Dalam tempoh 10 tahun lalu, berlaku penurunan jumlah penduduk England dan Wales yang mengaku menganut Kristian, daripada 71.7 peratus kepada 59.3 peratus daripada keseluruhan populasi.
Bagi tempoh sama, jumlah penganut Islam di situ juga meningkat daripada tiga peratus daripada populasi keseluruhan menjadi 4.8 peratus atau 2.7 juta orang.
Jika pecahan dibuat mengikut kumpulan usia, separuh daripada penganut Islam di situ berusia kurang 25 tahun, manakala hampir suku penganut Kristian menghampiri usia 80 tahun.
Dianggarkan dalam tempoh 20 tahun, lebih ramai penganut Islam berbanding Kristian. Satu keadaan yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa kira-kira 50 tahun lalu. – Daily Mail
Simpati Umat Islam Solat Dalam Kesejukan, Paderi Scotland Benarkan Sembahyang Dalam Gereja - SEBUAH gereja di Scotland muncul sebagai gereja pertama di UK yang memberi peluang kepada umat Islam untuk berkongsi bangunan tersebut bagi menunaikan solat.

St John’s Episcopal Church di Aberdeen kini menerima beratus-ratus umat Islam menunaikan kewajipan lima kali sehari di gereja tersebut kerana masjid yang berdekatan, Masjid Jamek Syed Shah Mustafa terlalu kecil hinggakan jemaah terpaksa menunaikan solat di luar masjid.
Paderi gereja tersebut, Rev Isaac Poobalan, telah memberikan sebahagian daripada kawasan dewan gereja tersebut kepada Imam Besar, Ahmed Megharbi.Ahmed mengimamkan solat di bahagian utama gereja (main chapel).
Poobalan berkata bahawa perkara tersebut adalah kewajipan beliau.
” Menunaikan solat adalah sesuatu yang baik. Tugas saya adalah untuk menggalakkan orang ramai supaya sentiasa berdoa. Saya dapati bahawa masjid tersebut menjadi terlalu sesak pada waktu-waktu tertentu. Apabila saya bertanyakan perkara ini kepada gereja, orang ramai memberi respon bahawa itu bukan masalah kami.
” Namun, saya menganggap perkara ini sebagai masalah bagi saya.
” Saya tidak sanggup lagi melihat umat Islam terpaksa menunaikan solat di kawasan luar masjid… ini kerana cuaca di luar amat sejuk,” katanya.
Simpati Umat Islam Solat Dalam Kesejukan, Paderi Scotland Benarkan Sembahyang Dalam Gereja
Poobalan menambah, beliau ingin meningkatkan usaha serta menjalinkan hubungan baik di antara penganut Kristian dan Islam di sana.
“Ini adalah satu perkara asas dan mudah. Tiada kaitan dengan agama – ini hanyalah satu keperluan manusia. Perbezaan agama tidak sepatutnya meluaskan jurang antara manusia.
” Pada mulanya apabila saya memberikan cadangan ini kepada imam, beliau juga ragu-ragu, kerana perkara seperti ini belum pernah terjadi.

“Namun, pihak masjid telah menerima cadangan tersebut dan hubungan antara masjid dan gereja ini menunjukkan kesan yang positif,” katanya.
Sementara itu, Ahmed Megharbi menyatakan bahawa perkara ini adalah sesuatu yang istimewa dan sepatutnya tidak menjadi masalah jika diaplikasikan di seluruh negara tersebut.
- See more at: http://beritahariann.blogspot.com/2013/05/simpati-umat-islam-solat-dalam.html#sthash.S4r0Q7xb.dpuf

No comments:

Post a Comment