NIBONG TEBAL - Kerajaan terpaksa membelanjakan kira-kira RM400,000
sehari bagi membiayai 11,500 banduan asing di beberapa penjara di negara
ini dan sedang mencari jalan bagi mengurangkan bebanan tersebut.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata,
kementeriannya mencadangkan agar banduan warga asing ini dipindahkan ke
negara asal mereka menerusi persetujuan kedua-dua negara.
Menurut beliau, langkah tersebut dilihat lebih praktikal bagi
memastikan perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan untuk setiap
banduan dapat dikurangkan.
"Kita akan mengadakan perbincangan dengan beberapa buah negara agar
satu mekanisme memindahkan banduan (ke negara asal) untuk menjalani baki
tempoh hukuman yang dikenakan.
"Secara kasar, kerajaan membelanjakan RM35 sehari untuk seorang
banduan menjadikan anggaran kira-kira RM1.35 juta sehari bagi membiayai
seramai 39,144 banduan di semua penjara di seluruh negara," katanya.
No comments:
Post a Comment