Hancurnya bangsa Yahudi merupakan salah
satu daripada tanda-tanda datangnya hari kiamat. Bermula dengan sebuah
peperangan besar yang melibatkan banyak bangsa di dunia termasuk bangsa
Yahudi. Sebelum berlaku peperangan ini, terdapat beberapa peristiwa lain
yang membawa kepada terjadinya peperangan ini menurut kronologi hadis
akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam.
Pertempuran dahsyat ini dikenali sebagai Armageddon, di mana lokasi utama perang ini adalah di lembah Megiddo atau Mageddon, Palestin. Mungkin ada yang menganggap Perang Armageddon hanyalah sebuah filem rekaan Hollywood belaka. Kenyataannya, Hollywood yang disokong oleh Yahudi memang mahu menyembunyikan fakta tentang Armageddon ini melalui propaganda filem. Padahal di kalangan para ahli kitab mereka telah mengkaji tentang peperangan ini dan senantiasa bersiap sedia untuk menghadapinya.
Disebutkan dalam Kitab Zakaria (89/13),
bahawa sebahagian besar bangsa Yahudi akan mati dalam perang Armageddon
dan dua pertiga daripada mereka akan musnah. Sedangkan dalam kitab
Zagiyal (12/39) disebutkan: “Akan berlangsung tujuh bulan sehingga rumah
Israel berjaya menguburkan mereka (orang-orang mereka yang terbunuh)
sebelum membersihkan bumi”.
Sebutan Armageddon sebenarnya tidak
terdapat dalam mana-mana Hadis. Hanya disebut dalam kajian-kajian
Kristian dan Ahli Kitab. Menurut bahasa Ibrani, Ar bermaksud gunung atau
bukit. Mageddo pula adalah nama sebuah lembah di Palestin. Sebuah
tempat yang cukup strategik dari segi peperangan. Perang ini juga
dikatakan sebagai perang terakhir dengan menggunakan seluruh kekuatan
pelbagai peralatan senjata moden yang canggih. Mungkin perang itu adalah
Perang Dunia ketiga yang disebut-sebut sebagai Perang Nuklear.
Banyak yang mengatakan bahawa dalam
Perang Dunia Ketiga, bom nuklear akan digunakan. Ada diceritakan juga
dalam kitab Bahrul Mazi. Perang Dunia Ketiga yang diramal akan berlaku
dalam tempoh yang singkat. Tetapi, kemusnahannya amat dahsyat. Sehingga
dikatakan dunia selepas itu akan kembali menjadi seperti Zaman
Pertengahan di mana bala tentera hanya akan menunggang kuda dan
bersenjatakan pedang seperti perang zaman dahulu.
“Jika Perang Dunia Ketiga adalah
berjuang dengan senjata nuklear, yang keempat akan berjuang dengan busur
dan anak panah.” – Louis Lord Mountbatten
“Saya tidak tahu dengan apa senjata
Perang Dunia Ketiga akan digunakan, tetapi Perang Dunia Keempat akan
bertempur dengan kayu dan batu.” – Albert Einstein
Apakah kenyataan Einstein dan
Mountbatten hanya kebetulan? Kononnya ini disebabkan semua teknologi
tidak boleh digunakan lagi pada masa itu kerana EMP (electromagnetic
pulse) senjata nuklear itu sendiri berlaku ketika Perang Dunia Ketiga.
Jadi, kekuatan bala tentera ketika Perang Dunia Keempat nanti adalah
seimbang dan tidak berat sebelah kerana semuanya menggunakan peralatan
perang yang sama.
Malah, ada sebahagian hadis yang
menekankan akhir zaman nanti akan berlakunya perang menggunakan pedang
dan Dajjal akan disembelih dengan pedang. Hadis Nabi juga ada menyebut,
Yahudi Zionis akan bersembunyi di balik-balik batu dan kayu dan hanya
selamat di belakang pokok Yahudi iaitu pokok Gharqad, yang banyak
ditanam di Israel sekarang ini.
“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah
seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi. Umat Islam akan
membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu
dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit
memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan bunuhlah
orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok ‘Gharqad’, kerana ia adalah pokok
Yahudi “. (Hadith Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment