RAGUE 17 Jun - Perdana Menteri Czech, Petr Necas terpaksa meletak
jawatan semalam ekoran skandal rasuah dan pengintipan melibatkan
pembantu rapatnya.
Peletakan jawatan itu sekali gus menyebabkan negara anggota Kesatuan
Eropah (EU) itu terjerumus kepada situasi tidak pasti berhubung siapa
yang akan membentuk kerajaan.
Mengikut Perlembagaan Czech, kesemua kerajaan perlu meletak jawatan
dan mungkin akan berlaku tawar menawar antara perikatan kerajaan,
pembangkang dan Presiden, sebelum sebarang pengganti dilantik.
Necas meletak jawatan beberapa hari selepas pendakwa raya mendakwa
Ketua Pejabat Perdana Menteri, Jana Nagyova kerana merasuah anggota
Parlimen dan mengarahkan ejen perisikan mengintip orang ramai. - REUTERS
No comments:
Post a Comment