Monday 1 April 2013

Jamalul Kiram bukan keturunan sultan yang sah


01/04/2013 5:59pm

KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman mendakwa Jamalul Kiram, yang dipercayai dalang pencerobohan pengganas di Sabah, bukan keturunan sultan Sulu sebenar.
Sebaliknya Muhammad Ridhwan berkata, keturunan kesultanan Sulu sebenar adalah Muedzul Lail Tan Kiram, iaitu anak kandung kesultanan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina.
Beliau berkata, atas faktor itu pertubuhannya menjalankan urusan transaksi kebajikan dengan Muedzul Lail.
"Saya pernah pergi tiga kali ke Jolo, selatan Filipina. Berdasarkan poster gambar terpampang wajah Muedzul Lail di setiap penjuru jalanan dan reaksi masyarakat di sana menunjukkan Muedzul Lail adalah anak kandung sultan Sulu terakhir yang diiktiraf Filipina.
"Sebab itu saya bawakan satu buku kuning dan cek untuk menunjukkan bukti kepada polis bahawa saya tidak kenal Jamalul Kiram itu siapa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment