Tuesday 12 March 2013

Buaya pertama di dunia terima ekor palsu


Seekor buaya yang diberi nama Mr. Stubbs menjadi buaya pertama di dunia yang menerima ekor palsu. - AGENSI
ARIZONA 11 Mac - Seekor buaya di Amerika Syarikat (AS) menjadi buaya pertama di dunia yang menerima ekor palsu.
Buaya berusia sembilan tahun itu yang diberi nama Mr. Stubbs, tidak mampu berenang selepas kehilangan ekornya akibat digigit oleh buaya lain.
Namun Mr. Stubbs bernasib baik selepas diselamatkan oleh pakar reptilia di Herpetological Society, Phoenix, Arizona.
Pasukan itu telah membuat ekor palsu berteknologi tinggi yang diperbuat daripada getah dan silikon yang berharga beribu-ribu dolar.
Pasukan itu kini dalam usaha melatih buaya itu untuk berenang semula dengan menggunakan ekor palsu.
Russ Johnson daripada Herpetological Society berkata, ekor sangat penting bagi buaya kerana tanpanya haiwan itu tidak boleh berenang.
Menurut Johnson, mereka meminta bantuan daripada pakar reptilia, Justin Georgi dari Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Ortopedik di Arizona untuk membina ekor palsu itu.
"Proses sukar itu melibatkan penggunaan kamera video infra merah untuk mengesan pergerakan haiwan itu dan pusat graviti," katanya. - AGENSI

No comments:

Post a Comment