Tuesday, 26 March 2013

21 Tanda Lelaki Jatuh Cinta


Monday, May 28, 2012
Daku Amat Menyintai Mu
WANITA yang peka seharusnya mampu mengesan tanda-tanda sekiranya seseorang lelaki itu jatuh cinta dengan memerhati tingkahlaku mereka. Ini kerana lelaki yang sedang jatuh cinta pada kebiasaannya akan MEMPAMERKAN tanda yang ketara sebagai manifestasi perasaan mereka walaupun tanpa penzahiran kata-kata. Agar seorang lelaki jatuh cinta pada seorang wanita, wanita itu mestilah terlebih dahulu mencuri hati lelaki tersebut. Bagi lelaki, hati mereka TIDAK PERNAH LENGKAP. Orang lelaki perlukan sebahagian dari hati seorang wanita yang dicintai untuk melengkapkan hati mereka.


Tanda-Tanda Menunjukkan Apabila Lelaki Jatuh Cinta

1 - Mereka senyum kepada anda (terlalu banyak senyuman yang diberikan).

2 - Mereka gelak dengan lawak jenaka anda (walaupun lawak yang anda sampaikan sebenarnya tidak lawak).

3 - Mereka pertahankan anda daripada orang lain.

4 - Mereka bertanyakan soalan mengenai kehidupan anda.

5 - Mereka merenung anda secara sembunyi.

6 - Mereka akan gagap apabila bercakap berhadapan dengan anda.

7 - Mereka gemar untuk menyebut nama anda.

8 - Mereka memanggil anda dengan nama gelaran yang manja.

9 - Mereka akan mengajak anda keluar.

10 - Mereka akan menelefon atau mesej anda setiap hari.

11 - Mereka akan berperwatakan lebih matang dan menghormati orang lain apabila anda berada dihadapan mereka.

12 - Mereka akan memuji penampilan anda.

13 - Apabila mereka berusaha melakukan lawak jenaka, reaksi anda adalah yang pertama mereka akan lihat.

14 - Mereka sentiasa berusaha untuk bersama dengan anda seperti didalam kumpulan, kelas atau sebagainya.

15 - Mereka bertanyakan rakan anda soalan mengenai diri anda.

16 - Mereka bertanyakan pandangan anda mengenai lelaki lain.

17 - Mereka meminta nasihat anda mengenai wanita lain.

18 - Mereka mengingati semua perkara mengenai diri anda.

19 - Mereka berjenaka untuk mengetahui status diri anda yang sebenar.

20 - Mereka mengambil berat dan perihatin dengan diri anda.

21 - Mereka sentiasa mendoakan kebaikan untuk anda.

Lelaki jatuh cinta apabila mereka menemui wanita yang berjaya mengisi kekosongan di hati mereka. Setiap lelaki mempunyai keinginan masing-masing, namun tanda-tanda di atas adalah kelaziman tingkahlaku yang ditunjukkan oleh lelaki apabila mereka jatuh cinta. [S]

No comments:

Post a Comment